Ramadan Yang Sihat

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 28/11/2019 . 2 minit bacaan
Share now

Jika anda mempunyai berat badan berlebihan yang ingin dibuang, bulan Ramadan adalah peluang keemasan untuk menjadikan impian anda kenyataan selagi anda tidak mengambil makanan berkalori tinggi selepas berbuka puasa.

Perubahan dalam badan semasa berpuasa

Tempoh berpuasa anda akan memberi kesan kepada bagaimana badan anda berubah untuk mengatasi kekurangan pada pengambilan nutrisi. Walaupun anda telah berhenti makan selepas hidangan terakhir, ia mengambil masa sehingga 8 jam untuk sistem penghadaman menyerap sepenuhnya nutrien sebelum badan anda benar-benar memasuki fasa berpuasa.

Apabila anda tidak berpuasa, badan anda menggunakan glukosa yang tersimpan di dalam hati dan otot untuk menghasilkan tenaga. Semasa berpuasa, pertamanya, jumlah glukosa yang disimpan ini igunakan dengan agak cepat. Oleh itu, badan anda, perlu beralih kepada sumber tenaga lain iaitu lemak. Jika tempoh berpuasa berterusan selepas badan telah kehabisan lemak, protein akan diuraikan untuk menghasilkan tenaga. Pada saat inilah anda mula berasa kebuluran. Walau bagaimanapun, bukanlah perkara biasa bagi seseorang untuk rasa kebuluran sepanjang bulan Ramadan memandangkan kita berbuka  setiap hari.

Peralihan dari glukosa kepada lemak

Oleh kerana puasa Ramadan hanya berlangsung dari terbit fajar hingga terbenam matahari, anda boleh mengimbangi kekurangan tenaga melalui hidangan selepas berbuka. Dengan cara ini, badan anda hanya menggunakan glukosa dan lemak untuk menghasilkan tenaga. Protein tidak akan digunakan.

Disebabkan badan anda menguraikan lemak untuk menghasilkan tenaga, anda akan kehilangan berat badan. Tahap kolesterol dalam darah anda juga dikurangkan. Jika anda pesakit diabetes atau mempunyai masalah tekanan darah, berpuasa adalah sangat bermanfaat bagi anda. Selepas berpuasa selama beberapa hari, badan anda akan melepaskan endorfin dalam kepekatan yang tinggi ke dalam darah anda, menyebabkan peningkatan fokus dan kesihatan mental.

Adalah penting untuk mengekalkan pengambilan sihat dan air yang sihat semasa berbuka. Semasa berpuasa, badan anda mungkin berpeluh lebih daripada biasa. Jadi, anda perlu cuba kekal terhidrat untuk membantu buah pinggang anda mengawal keseimbangan air dan garam. Untuk mengelakkan kerosakan otot, masukkan makanan tenaga, seperti karbohidrat dan lemak sihat dalam diet anda.

Kekal selamat ketika berpuasa di bulan Ramadan

Secara umumnya, anda hanya perlu melakukan apa yang anda sepatutnya lakukan di luar Ramadan, iaitu mengamalkan diet yang seimbang, dengan karbohidrat, lemak dan protein yang mencukupi. Jika tidak, anda mungkin berakhir mendapat lebih berat badan kerana makanan yang dimakan pada waktu berbuka. Puasa di bulan Ramadan adalah satu peluang untuk mengurangkan berat badan dan menjadi lebih sihat. Jangan sia-siakan peluang tersebut. Ini adalah masa untuk mendisiplinkan diri sendiri. Intipati Ramadan adalah disiplin dan kawalan diri. Walaupun sewaktu masa untuk berbuka puasa, anda tidak perlu melanggar disiplin anda.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"
    Rujukan

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Jangan Ambil Mudah Masalah Urat Simpul Semasa Hamil! Ini Keadaan PERIT Yang Dialami Bakal Ibu

    Bengkak kaki adalah antara perkara normal dilalui ibu hamil. Begitu juga dengan masalah urat simpul. Pastinya ia punca rasa perit bagi wanita mengandung.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Kehamilan, Penjagaan Ibu hamil 28/09/2020 . 3 minit bacaan

    Ada Cara Untuk Lambatkan Penuaan, Cubalah Jus Mengkudu, Tinggi Kandungan Antioksidan!

    Tahukah anda, jus mengkudu boleh membantu mengurangkan penuaan akibat daripada radikal bebas. Khasiat mengkudu yang tinggi antioksidan ini jadi penawarnya!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Gaya Hidup Sihat, Pemakanan 28/09/2020 . 3 minit bacaan

    Hah, Migrain Boleh Buat Buta Sebelah Mata? Ini Yang Anda Perlu Tahu Tentang Risiko Migrain Okular!

    Pernahkah anda menghadapi masalah penglihatan seperti buta sebelah mata semasa diserang migrain? Ini mungkin tanda anda menghidap migrain okular!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Pusat Kesihatan, Masalah Neurologikal 28/09/2020 . 3 minit bacaan

    AWAS! Ubah Tabiat Makan Laju, Bukan Saja Buat Anda Jadi GEMUK, Tapi Ada Banyak Risiko Lain!

    Salah satu daripada punca gemuk adalah disebabkan oleh makan dengan gelojoh. Jadi, apa yang perlu anda lakukan untuk elak jadi gemuk?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Gaya Hidup Sihat, Pemakanan 28/09/2020 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    minum kopi

    Warga Emas Yang Gemar Minum Kopi, Ini Berita Baik! Kopi Boleh Kurangkan Risiko Nyanyuk & Parkinson

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 29/09/2020 . 3 minit bacaan
    tip hubungan seks

    Kepuasan Seks Kian Menurun? Mungkin Ini Masanya Untuk Cuba 2 Teknik Mustahak Ini!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 28/09/2020 . 3 minit bacaan
    gangguan tidur menghantar mesej

    Dalam Banyak-Banyak Gangguan Tidur, ‘Sleep Texting’ Paling RARE! Mungkin Anda Pernah Alaminya!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 28/09/2020 . 3 minit bacaan
    air besar

    Ini Sebab Mengapa Lelaki ‘LEPAK’ Lebih Lama Dalam Bilik Air, Ada Kaitan Dengan Psikologi

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 28/09/2020 . 3 minit bacaan