Multitasking Media Berlebihan dan Risiko Obesiti

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 10/07/2020 . 2 minit bacaan
Share now

Sekiranya perhatian anda dialihkan ke arah yang berbeza oleh telefon pintar dan peranti digital lain, sila ambil perhatian: multitasking media kini telah dikaitkan dengan obesiti. Pernyataan ini berdasarkan kajian yang bertajuk ‘Media Multitasking is Associated with Higher Risk for Obesity and Increased Responsiveness to Rewarding Food Stimuli’ yang diterbitkan dalam jurnal Brain Imaging and Behavior. Multitasking media bermaksud penggunaan pelbagai media seperti televisyen, telefon, komputer, tablet secara serentak dan kelakuan ini meningkat dalam kalangan pengguna media yang lebih muda bermula era tahun 2000.

Penyelidikan baru daripada Rice University menunjukkan bahawa pertukaran di antara peranti digital dikaitkan dengan peningkatan kecenderungan terhadap godaan makanan dan kekurangan pengendalian diri, yang boleh menyebabkan kenaikan berat badan. Richard Lopez, felo penyelidik pasca kedoktoran yang juga penulis utama kajian menyatakan, peningkatan pendedahan terhadap telefon, tablet dan peranti mudah alih yang lain telah menjadi salah satu perubahan yang paling ketara terhadap persekitaran manusia dalam beberapa dekad yang lalu, dan ini berlaku semasa tempoh di mana kadar obesiti juga meningkat di kebanyakan tempat. Oleh itu, pasukan penyelidiknya ingin menjalankan kajian untuk menentukan samada wujud hubungan di antara obesiti dan penyalahgunaan peranti digital – sepertimana pemerhatian terhadap kecenderungan orang ramai untuk melibatkan diri dalam multitasking media.

Kajian tersebut dijalankan dalam dua bahagian. Dalam kajian pertama, 132 orang peserta di antara berumur 18 dan 23 tahun telah menyelesaikan soal selidik yang menilai tahap multitasking media mereka dan gangguan. Ini dilakukan dengan menggunakan skala 18-item Media Multitasking-Revised (MMT-R) yang baru dibangunkan. Skala MMT-R mengukur kelakuan proaktif penggunaan telefon yang kompulsif atau tidak sesuai (seperti keinginan untuk memeriksa telefon anda bagi melihat mesej semasa anda sedang bercakap dengan orang lain) serta perilaku lebih pasif (seperti gangguan yang berkaitan dengan media yang mengganggu pekerjaan anda). Para penyelidik mendapati bahawa skor MMT-R yang lebih tinggi dikaitkan dengan indeks jisim badan yang lebih tinggi (BMI) dan peratusan lemak badan yang lebih tinggi, yang menunjukkan kemungkinan wujudnya hubungan diantara keduanya.

Dalam penyelidikan susulan, 72 orang peserta daripada kajian terdahulu yang telah menjalani imbasan fMRI, di mana para penyelidik mengukur aktiviti otak ketika para peserta ditunjukkan dengan beberapa gambar. Beberapa gambar makanan yang menyelerakan tetapi menggemukkan telah dimasukkan dalam campuran gambar. Apabila individu yang mempunyai keupayaan dalam multitasking media melihat gambar makanan, penyelidik telah memerhatikan peningkatan aktiviti di bahagian otak yang berurusan dengan godaan makanan. Para peserta dalam kajian ini, yang juga mempunyai BMI yang lebih tinggi dan lebih banyak lemak badan, juga lebih cenderung menghabiskan masa di sekitar kafetaria kampus.

Secara keseluruhannnya, Lopez menyatakan bahawa penemuan kajian ini mencadangkan bahawa terdapat hubungan antara media multitasking, risiko obesiti, penilaian berasaskan otak untuk mengawal diri dan pendedahan kepada isyarat makanan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"
    Rujukan

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Pakar Kongsi 4 Sebab MESTI Elak Makan Lewat Malam, Rupanya Ada Kaitan Dengan Jantung?

    Kita selalu dengar nasihat agar jangan makan malam terutamanya lewat malam. Apa sebabnya? Jom klik artikel untuk tahu jawapannya dengan lebih lanjut!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Gaya Hidup Sihat, Pemakanan 20/05/2020 . 3 minit bacaan

    Kenapa Hasrat Nak Diet Selalu Gagal? Anda Mungkin Belum Tahu 7 Tip Penting Ini, Boleh Buat Masa Raya!

    Ramai yang berhasrat untuk berdiet namun gagal kerana tidak tahu cara diet yang betul. Jom klik artikel untuk kenal 7 tip penting yang kalian belum tahu!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Gaya Hidup Sihat, Pemakanan 18/05/2020 . 3 minit bacaan

    Rahsia Langsing Che Puan Syamim: 9 Tahun Tak Sentuh Nasi – Ini Tip Efektif Turun Berat?

    Pernahkah anda tertanya apakah cara turun berat badan yang Che Puan Syamim Farid amalkan? Adakah ia sesuai untuk anda? Jom ikuti artikel ini!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Gaya Hidup Sihat, Sihat Bergaya 11/03/2020 . 3 minit bacaan

    Ada Darah Tinggi, Anda Boleh Cuba 4 Penawar Ini Bagi Turunkan Masalah Hipertensi!

    Jika anda baru atau sudah lama didiagnosis dengan masalah hipertensi, pasti anda tercari-cari penawar darah tinggi yang berkesan. Ikuti 4 tips ini.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Pusat Kesihatan, Hipertensi 05/03/2020 . 4 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    penyusuan susu ibu

    Seronoknya Dengar Tip Kembali Langsing Lepas Bersalin, Hanya Menyusukan Bayi, TAPI Benarkah?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 29/09/2020 . 3 minit bacaan
    susu rendah lemak

    Susu Rendah Lemak Lebih Baik Daripada Susu Penuh Krim? SALAH! Ini Tak Sesuai Untuk Si Kecil

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 10/09/2020 . 3 minit bacaan
    dagu berlapis

    Hilangkan Dagu Berlapis, Nak Jawline On Point? Ini 6 Senaman Yang Boleh Diamalkan!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 02/09/2020 . 3 minit bacaan
    minum air

    Ibu, Cukup Tak Air Yang Anak Minum Setiap Hari? Ini Panduan Jumlah Air Yang Si Kecil Perlukan

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 24/06/2020 . 3 minit bacaan