Saintis Bangunkan Model Ramalan Wabak Salmonella!

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 10/07/2020 . 3 minit bacaan
Share now

Sepanjang bulan yang lalu sahaja, terdapat banyak laporan mengenai bakteria salmonella yang menjangkiti telur di Australia, yang membawa kepada pemanggilan semula banyak produk dan seruan amalan kebersihan yang lebih ketat oleh pakar-pakar.

Dalam satu kajian bertajuk ‘Network Properties of Salmonella Epidemics’ yang diterbitkan dalam jurnal Scientific Reports, pasukan penyelidik dari University of Sydney telah membangunkan satu model yang boleh meramalkan wabak beberapa bulan lebih awal.

Walaupun ramalan ini dapat memberikan tanda amaran awal untuk pengawasan penyakit dan membolehkan peruntukan sumber kesihatan yang cukup dan tepat pada masanya, pasukan penyelidik mendapati bahawa wabak salmonella mungkin akan menjadi lebih teruk pada masa hadapan.

Diketuai oleh Pengarah Kumpulan Penyelidikan Sistem Kompleks, Profesor Mikhail Prokopenko, pasukan tersebut menggunakan data terikan bermula 2008 hingga 2016 untuk menunjukkan bahawa rangkaian genetik patogen salmonella dikaitkan hanya dengan beberapa tahap pemisahan, yang menunjukkan peningkatan keparahan epidemik masa hadapan.

Perkembangan bakteria Salmonella

Menurut Profesor Prokopenko, data mengenai wabak salmonella di New South Wales dalam dekad yang lalu telah menyerlahkan “peperangan” yang berterusan antara patogen dan hos manusia mereka.

Beliau turut menambah, dalam senario klasik evolusi Darwin, patogen tersebar dari masa ke semasa dengan mencipta banyak variasi yang bermutasi, dengan “klon” yang lebih berjangkit, yang akan menjadi paling dominan dalam populasi mereka sendiri.

Setiap tahun, terdapat kira-kira 93.8 juta jangkitan salmonella global, mengakibatkan kira-kira 155,000 kematian di seluruh dunia. Menurut CSIRO, patogen ini bertanggungjawab untuk lebih banyak kematian di Australia berbanding penyakit bawaan makanan yang lain.

Kajian menunjukkan bahawa rangkaian salmonella beroperasi sebagai ‘dunia kecil’, sepertimana rangkaian sosial manusia, di mana seluruh dunia dihubungkan melalui rangkaian sambungan yang pendek.

Para penyelidik percaya bahawa tahap pemisahan bakteria salmonella yang dekat ini boleh menyebabkan kemunculan ketegangan agresif, meningkatkan peluang untuk kemunculan ‘superbug’, sejenis bakteria yang telah menjadi tahan terhadap ubat-ubatan antibiotik.

Salah seorang penyelidik, Dr Oliver Cliff menjelaskan, walaupun patogen salmonella telah lama diperhatikan, terdapat sedikit pemahaman mengenai perkembangannya dan bagaimana bakteria telah berkembang menjadi bakteria yang lebih kuat.

Manusia jadi tempat membiak bakteria salmonella yang baik

Pasukan mereka mendapati ada kaitan antara keparahan epidemik salmonella dan kepelbagaian genetik patogen dan hos manusia menyediakan persekitaran yang sempurna untuk bakteria tersebut terus berkembang.

Menurut beliau lagi, wabak bawaan makanan biasanya menjejaskan hasil pengeluaran segar, penyajian besar-besaran, serta hospital dan fasiliti penjagaan warga tua. Mereka berharap agar pemahaman yang lebih baik tentang salmonella akan membawa kepada perlindungan sumber makanan yang lebih baik untuk mengurangkan kekerapan penyakit dan kematian.

Pakar mikrobiologi kesihatan awam dari Centre for Infectious Diseases and Microbiology, University of Sydney, Professor Vitali Sintchenko percaya bahawa kajian tersebut adalah contoh kuat bagaimana kerumitan patogen boleh dipetakan untuk menunjukkan evolusi patogen yang tidak dikenali sebelumnya.

Menurut beliau, kertas penyelidikan mereka dapat mengenal pasti bagaimana patogen Salmonella berkembang dan bermutasi dan dapat membantu kita memahami apa yang mempengaruhi adaptasi, perubahan dan pengukuhan patogen tersebut.

Beliau turut menambah, usaha bersama para penyelidik patogen, pihak berkuasa kesihatan awam dan industri makanan segar, pemetaan rangkaian ini akan membantu meramalkan wabak masa hadapan dengan memahami tingkahlaku patogen salmonella

Tip untuk mengelakkan jangkitan bakteria salmonella

Kesimpulan

Oleh itu, sebagai pengguna, pastikan barangan yang anda beli di pasar atau pasar raya berada dalam keadaan yang bersih terutamanya produk-produk makanan segar seperti telur, ikan, ayam dan daging. Produk-produk makanan seperti ini amat mudah dicemari dengan bakteria salmonella.

Begitu juga dengan penyediaan makanan di rumah. Amalkan kebersihan sepanjang masa apabila mengendalikan makanan. Pastikan anda tidak mencampuri bahan makanan yang telah dimasak dengan makanan yang belum dimasak.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"
    Rujukan

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Ini 5 Jenis Masalah Kulit Yang Sering Berlaku Jika Terlalu Lama Pakai Topeng Muka!

    Musim wabak COVID-19 ini, kita tentunya lebih kerap memakai topeng muka apabila keluar rumah. Tapi, topeng muka juga boleh sebabkan 5 masalah kulit ini

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Gaya Hidup Sihat, Sihat Bergaya, Penjagaan Kulit 21/05/2020 . 3 minit bacaan

    Alami Keracunan Makanan Bulan Puasa Ini? Ada 12 Benda Anda Perlu Ambil & Elak, Biar Cepat Sembuh

    Anda mengalami sakit perut sehingga muntah-muntah? Itu mungkin simptom keracunan makanan. Jom ketahui cara merawat keracunan makanan.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Gaya Hidup Sihat, Pemakanan 07/05/2020 . 3 minit bacaan

    Susah Nak Dapat Stok Hand Sanitizer? Boleh Buat Sendiri Di Rumah Dengan 3 Bahan Saja

    Jika ketiadaan air, gel pembersih tangan adalah pengganti untuk mencegah wabak COVID-19. Tetapi stok sukar didapati di kedai, macam mana? Jom buat sendiri!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Coronavirus, COVID-19 23/03/2020 . 3 minit bacaan

    JANGAN Bergantung Pada Hand Sanitizer Saja Untuk Basmi COVID-19, Ini Risiko Anda Tak Sedar!

    Ramai orang gemar memakai cecair pencuci tangan. Namun, tahukah anda bahawa terdapat banyak keburukan hand sanitizer yang tersembunyi?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Coronavirus, COVID-19 01/03/2020 . 4 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    testis lelaki

    Jangan Sangka Testis Lelaki Tidak Punya Bakteria, Kajian Kata Ia Boleh Jejaskan Kesuburan!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 09/09/2020 . 3 minit bacaan
    sakit mata

    Sakit Mata Boleh Berjangkit? Ini Sebab Mengapa Tak Boleh Pandang Orang Yang Ada Keradangan Mata!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 04/09/2020 . 3 minit bacaan
    meruang ketika hamil

    Meruang Masa Mengandung, Boleh Ke? 5 Sebab Ini Akan Buat Anda Berfikir 2x Sebelum Lakukannya

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 01/09/2020 . 3 minit bacaan
    Ingin Cepat Sembuh Daripada Sakit Tekak? Ini Penawarnya

    Ingin Cepat Sembuh Daripada Sakit Tekak? Ini Penawarnya

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 03/07/2020 . 8 minit bacaan