8 Kelebihan Minyak Ikan Untuk Kesihatan, Salah Satunya Baik Untuk Jantung Anda!

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 13/08/2020 . 6 minit bacaan
Share now

Anda pasti pernah mendengar tentang kebaikan mengambil minyak ikan dalam diet pemakanan seharian, bukan? Tetapi adakah anda benar-benar memahami apa itu minyak ikan dan apakah manfaat dan kebaikan yang boleh diperolehi daripadanya? Artikel ini akan membantu anda untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenainya. 

Apa itu minyak ikan?

Minyak ikan adalah lemak atau minyak yang diekstrak daripada tisu ikan. Kebiasaannya ia dihasilkan daripada ikan berminyak seperti ikan tuna dan ikan tenggiri. Adakalanya ia turut diperbuat daripada hati ikan, sebagai contoh, minyak hati ikan kod. 

Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) turut menyarankan pengambilan ikan dalam diet pemakanan setiap minggu. Ini kerana asid lemak omega-3 yang terdapat pada ikan memberikan pelbagai manfaat kesihatan, ia adalah termasuk membantu melindungi dan mencegah beberapa penyakit.

Walau bagaimanapun, jika anda tidak dapat mengambil hidangan 1-2 hidangan ikan bagi setiap minggu, pengambilan supleman tambahan berasaskan minyak ikan akan dapat membantu anda untuk mendapatkan omega-3 yang mencukupi. 

Kebiasaannya, 30% minyak ikan terdiri daripada asid lemak omega-3, manakala bakinya terdiri daripada lemak lain. Sesetengah daripadanya juga biasa mengandungi beberapa jenis vitamin, seperti vitamin A dan vitamin D. 

Umumnya, jenis omega-3 yang terdapat dalam minyak ikan menawarkan manfaat kesihatan yang lebih baik berbanding omega-3 yang boleh ditemui dalam beberapa sumber tumbuhan. Sumber omega-3 utama dalam minyak ikan adalah asid eikosapentaenoic (eicosapentaenoic acid, EPA) dan asid docosahexaenoic (docosahexaenoic acid, DHA), manakala bagi omega-3 dalam sumber tumbuhan pula mengandungi asid alpha-linolenic (ALA). Walaupun ALA merupakan asid lemak penting, EPA dan DHA mempunyai lebih banyak manfaat kesihatan.

Ikan, suplemen atau tumbuhan?

Memakan ikan yang kaya dengan asid lemak omega-3 dan nutrien lain dipercayai memberikan lebih banyak manfaat kesihatan keseluruhan secara am dan kesihatan jantung secara khususnya berbanding pengambilan suplemen.

Pilihan makanan lain selain ikan yang turut mengandungi beberapa asid lemak omega-3 adalah termasuk flaxseed, walnut, minyak kanola, kacang soya dan minyak soya. Walau bagaimanapun, sama dengan suplemen, bukti manfaat kesihatan dan jantung yang lebih sihat daripada memakan makanan ini tidaklah sekuat daripada memakan ikan.

Apakah jenis ikan yang perlu dimakan?

Ikan berlemak seperti ikan salmon, makerel, sardin dan tuna mengandungi asid lemak omega-3 yang paling banyak dan sekali gus mempunyai banyak manfaat. Tetapi terdapat banyak jenis makanan laut mengandungi asid lemak omega-3 yang sedikit.

Manakala sesetengah ikan, seperti tilapia dan ikan keli, dipercayai tidak membantu memberikan kesihatan jantung yang sihat kerana ia mengandungi tahap asid lemak yang tidak sihat. Perlu diingat juga bahawa mana-mana ikan boleh menjadi tidak sihat bergantung pada bagaimana ia disediakan. Contohnya, merebus atau membakar ikan adalah pilihan yang lebih sihat daripada yang digoreng.

Berapakah jumlah omega-3 yang perlu diambil?

Bagi seorang individu dewasa, sekurang-kurangnya dua hidangan ikan yang kaya dengan omega-3 seminggu disyorkan. Saiz hidangan ialah 3.5 auns (99 gram). Bagi individu wanita yang hamil atau merancang untuk hamil serta kanak-kanak harus mengehadkan jumlah ikan yang dimakan kerana mereka paling mudah terdedah kepada kesan potensi toksin dalam ikan.

Minyak Ikan, Kelebihannya untuk Kesihatan - ikan, suplemen atau tumbuhan

Kepelbagaian manfaat kesihatan

  1. Jantung dan darah

Keberkesanan penggunaan minyak ikan telah diuji untuk pelbagai jenis keadaan kesihatan. Kebiasaannya ia digunakan untuk keadaan yang berkaitan dengan sistem jantung dan darah. Sesetengah individu menggunakannya untuk membantu menurunkan tekanan darah, trigliserida dan tahap kolesterol. Ia juga sering digunakan untuk mencegah penyakit jantung atau strok (angin ahmar) dan beberapa masalah berkaitan jantung seperti arteri tersumbat, sakit dada, denyutan jantung yang tidak teratur, pembedahan pintasan, kegagalan jantung, mencegah pembekuan darah dan tekanan darah tinggi selepas pemindahan jantung. 

  1. Buah pinggang

Minyak ikan juga digunakan untuk pelbagai masalah berkaitan dengan buah pinggang termasuk penyakit buah pinggang, kegagalan buah pinggang, dan komplikasi buah pinggang yang berkaitan dengan kencing manis, sirosis (cirrhosis), penyakit Berger (IgA nephropathy), pemindahan jantung, atau penggunaan ubat yang disebut siklosporin.

  1. Otak

Ikan mungkin mendapat reputasi sebagai ‘makanan otak’ kerana sesetengah individu mengambil ikan untuk membantu mengatasi masalah kemurungan, gangguan bipolar, psikosis, kecelaruan hiperaktif kurang daya tumpuan (ADHD), penyakit Alzheimer, gangguan penyelarasan pembangunan, sakit kepala migrain, epilepsi, skizofrenia dan gangguan mental.

  1. Mata

Terdapat juga individu yang menggunakan minyak ikan untuk masalah berkaitan mata seperti mata kering, katarak, glaukoma dan degenerasi makula yang berkaitan dengan usia (AMD), keadaan yang biasa untuk berlaku kepada individu dewasa berusia yang boleh membawa kepada masalah penglihatan yang serius. Ia juga digunakan untuk mengelakkan komplikasi mata yang berkaitan dengan diabetes.

  1. Abdomen

Minyak ikan juga biasanya diambil secara oral untuk merawat masalah ulser perut yang disebabkan Helicobacter pylori (H. pylori), penyakit radang usus, pankreatitis, gangguan penyakit yang disebut phenylketonuria -mudah dikenali sebagai PKU, keadaan penyakit diwarisi yang jarang berlaku, disebabkan oleh asid amino yang dipanggil phenylalanine yang membina dalam badan-, penyakit Crohn, sindrom Behcet dan Sindrom Raynoud.

  1. Masalah wanita

Pengambilan minyak ikan bagi sesetengah individu wanita adalah untuk mencegah kesakitan ketika tempoh haid, kesakitan payudara, komplikasi berkaitan dengan kehamilan, seperti keguguran yang termasuk disebabkan keadaan yang disebut sebagai sindrom antiphospholipid, tekanan darah tinggi, lewat kehamilan, kelahiran pramatang, tumbesaran bayi yang perlahan, dan untuk menggalakkan perkembangan bayi.

  1. Berat, otot

Minyak ikan juga sering diambil untuk membantu mengurangkan berat badan, meningkatkan prestasi ketika bersenam dan kekuatan otot, membantu mengurangkan kesakitan otot selepas bersenam, radang paru-paru, kanser, penyakit paru-paru, alahan bermusim, sindrom keletihan kronik, dan mencegah penyempitan pada pembuluh darah selepas pembedahan untuk membesarkannya.

  1. Keadaan lain

Minyak ikan juga digunakan untuk masalah penyakit kencing manis, pradiabetes, asma, gangguan pergerakan dan koordinasi yang disebut sebagai dyspraxia, disleksia, ekzema, autisme, obesiti, tulang rapuh dan lemah tulang (osteoporosis) rheumatoid arthritis (RA), penyakit autoimun yang disebut sebagai lupus sistem erythematosus (SLE), fibrosis sista, penyakit gusi dan penyakit Lyme. Ia juga digunakan sebagai sebahagian daripada makanan khas yang diberikan secara intravena (IV) untuk individu yang mengalami masalah kulit bersisik dan gatal (psoriasis), jangkitan darah (sepsis).

Minyak ikan dan penyakit jantung

Asid lemak omega-3, yang banyak didapati dalam minyak ikan, semakin banyak digunakan dalam pengurusan penyakit kardiovaskular. Jelas bahawa minyak ikan yang digunakan dalam dos secara klinikal mengurangkan trigliserida tinggi.

Kebanyakan individu yang mengambil suplemen minyak ikan berdasarkan dakwaannya meningkatkan kesihatan jantung. Berdasarkan data yang dikumpulkan sebagai sebahagian daripada National Health Interview Survey yang diterbitkan pada Februari 2015 dalam Laporan Statistik Jantung Kebangsaan, jumlah itu melebihi 18 juta orang dewasa di Amerika Syarikat.

Adakah minyak ikan bagus untuk penyakit jantung?

Jika anda bimbang tentang penyakit jantung, makan satu hingga dua hidangan ikan seminggu boleh mengurangkan risiko kematian akibat serangan jantung.

Selama bertahun-tahun, Persatuan Jantung Amerika telah mencadangkan agar setiap individu memakan ikan yang kaya dengan asid lemak omega-3 sekurang-kurangnya dua kali seminggu.

Asid lemak Omega-3 dapat mengurangkan trigliserida, menurunkan tekanan darah, mengurangkan pembekuan darah, mengurangkan strok dan risiko kegagalan jantung dan mengurangkan degupan jantung yang tidak teratur.

Makan sekurang-kurangnya satu hingga dua hidangan ikan seminggu, terutamanya ikan yang kaya dengan asid lemak omega-3, kelihatan mengurangkan risiko penyakit jantung, terutamanya kematian jantung yang tiba-tiba.

Apa yang anda perlu tahu jika ingin beri anak suplemen omega-3?

Minyak Ikan, Kelebihannya untuk Kesihatan - ikan salmon

Jika anda memutuskan untuk memberikan anak-anak anda suplemen omega-3, berikut adalah beberapa perkara yang perlu diberikan perhatian oleh anda, antaranya adalah seperti:

  1. Cari suplemen yang diperbuat daripada isi ikan berbanding hati. Minyak hati ikan mungkin mengandungi toksin atau amaun vitamin A – adalah sejenis vitamin larut lemak – yang  jika kandungannya terlalu banyak atau tinggi, melebihi tahap normal, yang mana ianya tidak elok untuk kanak-kanak dan boleh menyebabkan kesukaran dalam peryingkiran dari badan berbanding vitamin larut air yang mudah disingkirkan melalui air kencing. Suplemen mengandungi minyak mikroalga adalah lebih sesuai untuk golongan vegetarian.  yang terlalu banyak, yang mana ianya tidak elok untuk kanak-kanak. Suplemen mengandungi minyak mikroalga adalah lebih sesuai untuk golongan vegetarian.
  2. Periksa arahan dos pada label dan pastikan anda tidak beri anak melebihi dos yang disarankan. Pengambilan minyak ikan yang berlebihan boleh menyebabkan sakit perut atau cirit-birit.
  3. Suplemen cecair adalah yang terbaik untuk diberikan kepada anak kecil. Suplemen berbentuk kapsul boleh menyebabkan anak anda tercekik, jadi jangan berikan suplemen jenis ini kepada kanak-kanak di bawah usia tiga tahun. Suplemen jenis cecair ada dijual dalam botol dan pek kecil.
  4. Berikan suplemen pada waktu makan dan mulakan dengan dos yang rendah. Anda boleh menambah dos secara berperingkat sehingga ke dos yang disarankan. Jika anak anda tidak gemar mengambil suplemen, anda boleh campurkannya di dalam susu atau jus mereka.

Gaya hidup sihat

Sememangnya omega-3 dapat membantu menyumbang kepada perkembangan otak dan mata yang baik. Ia mencegah dan melawan keradangan dan membantu mencegah penyakit jantung dan kemerosotan fungsi otak. 

Minyak ikan merupakan antara sumber omega-3 yang paling banyak, dan individu yang berisiko untuk mendapat sebarang gangguan masalah kesihatan, boleh mendapat manfaat kebaikan dengan mengambilnya dalam diet pemakanan setiap hari. 

Walau bagaimanapun, memakan ikan adalah lebih baik daripada pengambilan suplemen. Pengambilan dua hidangan ikan setiap minggu boleh membekalkan cukup omega-3 untuk badan.

Pengambilan ikan sebagai minyak ikan pastinya adalah lebih berkesan dalam mencegah pelbagai penyakit, namun bagi individu yang tidak menggemari ikan atau sukar untuk memakan ikan, anda boleh memilih untuk mengambil suplemen sebagai alternatif.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Anda mungkin berminat untuk membaca artikel berikut:

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Minyak Ikan Mengurangkan Risiko Penyakit Jantung

    Asid lemak omega-3, yang banyak didapati dalam minyak ikan, semakin banyak digunakan dalam pengurusan penyakit kardiovaskular. Jelas bahawa minyak ikan yang digunakan dalam dos secara klinikal mengurangkan trigliserida ...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Farah Aziz
    Tips Kesihatan, Gaya Hidup Sihat 18/10/2018 . 2 minit bacaan

    Tak Semua Lemak Itu Jahat, Ini 4 Sumber Terbaik Untuk Dapatkan Lemak Sihat

    Tidak semua jenis lemak adalah jenis lemak jahat. Ada juga kategori jenis lemak baik atau lemak sihat yang bagus untuk anda. Apakah contohnya?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Farah Aziz
    Gaya Hidup Sihat, Pemakanan 20/06/2018 . 2 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    minyak zaitun

    Minyak Zaitun: Adakah Ia Pilihan yang Sihat?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Farah Aziz
    Diterbitkan pada 02/07/2020 . 8 minit bacaan
    kardiovaskular

    Kajian Terbaharu Menyokong Manfaat Vascepa Terhadap Kesihatan Kardiovaskular

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Shelby
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 25/03/2019 . 2 minit bacaan

    Bagaimana Jika Ibu Hamil Ingin Ambil Minyak Ikan? Selamat Atau Tidak?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Wazir Aiman Mohd Abdul Wahab
    Diterbitkan pada 25/02/2019 . 2 minit bacaan
    fish-oil-heart-health

    Minyak Ikan dan Kesihatan Jantung

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 17/12/2018 . 2 minit bacaan