“Boleh makan lagi ke roti atau makanan tamat tarikh luput ni?”, bisik Farid dalam hatinya.
Disemak secara perubatan oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung · Dokter Umum · Hello Health Group
“Boleh makan lagi ke roti atau makanan tamat tarikh luput ni?”, bisik Farid dalam hatinya.
“Tarikh luput dah habis, tapi roti banyak lagi ni. Membazir kalau buang…”, getus lagi hatinya memikirkan roti yang masih banyak.
Kami pasti ramai antara kita yang sering mengalami situasi seperti ini. Roti yang dibeli masih tidak termakan, tetapi tarikh luputnya telah tamat. Hendak dibuang sayang, hendak disimpan belum tentu selamat dimakan.
Adakah anda pernah terlintas, adakah makanan yang telah tamat tempoh selamat dimakan atau tidak? Ikuti jawapannya di bawah.
Pernahkah anda menjumpai tanda seperti ‘Guna Sebelum’ atau ‘Baik Sebelum’ dan diikuti dengan catatan tarikh? Sebenarnya, setiap frasa berikut mempunyai perbezaan dan kebanyakan daripadanya adalah amaran berkenaan kualiti makanan, bukannya amaran keselamatan.
Adakah anda tahu bagaimana syarikat pengeluar makanan menentukan tarikh tersebut? Ia bergantung kepada kepada beberapa perkara iaitu:
Ketahui maksud sebenar frasa-frasa berikut:
Makanan yang tidak memerlukan penyejukan untuk tahan lama seperti bijirin, makanan kering dan makanan dalam tin masih boleh dimakan walaupun tarikhnya telah tamat. Tetapi bagi makanan berasaskan daging, tenusu dan telur, ia adalah tidak selamat.
Cara terbaik untuk mengenal pasti sekiranya sesuatu produk makanan itu masih selamat atau tidak adalah dengan menggunakan deria bau dan rasa anda.
Pada kebiasaannya, makanan tamat tarikh luput akan mengandungi kulat, bakteria dan yis, yang menyebabkannya memberikan isyarat amaran kepada deria bau dan rasa anda. Makanan tamat tarikh luput atau telah rosak akan mempunyai tekstur, warna, bau dan rasa yang berbeza.
Berikut merupakan antara anggaran cadangan tempoh untuk sesuatu makanan selamat dimakan walaupun tarikh yang dinyatakan telah tamat:
Untuk pengetahuan anda, penyakit bawaan makanan yang sering berlaku adalah disebabkan oleh pencemaran makanan, bukannya disebabkan oleh proses pereputan makanan secara semula jadi.
Bakteria seperti listeria lebih gemar dan berkembang biak dalam suhu yang lebih panas. Oleh itu, amat penting untuk anda menyimpan makanan tamat tarikh luput yang mudah rosak pada suhu yang sesuai untuk mengelakkan pembiakan bakteria.
Mungkin selepas ini, anda boleh mencuba menyimpan roti di dalam peti sejuk untuk mengekalkan ketahanannya daripada rosak.
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen