Makanan untuk Mata

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 05/12/2019 . 2 minit bacaan
Share now

Semakin kita terdedah kepada peranti elektronik seperti skrin tablet, TV, telefon, serta faktor-faktor lain seperti sinar UV daripada matahari atau kotoran , mata kita beransur-ansur semakin lemah. Jadi, bagaimana kita boleh melindungi mata yang  berharga ini? Artikel di bawah akan menyediakan anda dengan diet sihat yang boleh membantu mata anda.

Lemak Ikan

Ikan air sejuk kaya dengan asid lemak omega 3 dan DHA,  menawarkan begitu banyak manfaat untuk seluruh badan anda, bukan sahaja kepada mata. Makanan ini elok untuk kulit, rambut, dan kesihatan anda secara umum,  terutamanya, untuk perlindungan terhadap sindrom mata kering, degenerasi makula, dan juga katarak. Anda boleh menikmati kebaikan hidangan yang lazat dibuat daripada ikan bilis, ikan kembung, tuna, sardin, salmon atau trout.

Lobak

Ramai yang menyokong tabiat memakan buah-buahan dan sayur-sayuran berwarna oren secara harian, termasuklah lobak merah. Lobak merah kaya dengan vitamin, mineral, dan beta-karotena, iaitu sejenis vitamin A yang memberikan makanan warna oren. Ia menyumbang kepada kesejahteraan mata dengan melindungi penglihatan anda, membantu retina dan membantu bahagian-bahagian mata yang lain berfungsi dengan baik. Oleh itu,amalkan tabiat makan lobak merah setiap hari untuk mata lebih cerah.

Sayuran berdaun hijau

Sayur-sayuran, terutama sayur-sayuran berdaun tidak hanya bermanfaat untuk kulit dan sistem penghadaman, tetapi  juga menyumbang dengan ketara dalam memastikan penglihatan anda terang dan jelas. Ini adalah kerana sayur-sayuran berdaun mempunyai banyak zeaxanthin dan lutein, pigmen tumbuhan yang bertindak sebagai antioksidan mengurangkan kebarangkalian mengalami degenerasi makula dan katarak. Tambah beberapa bahagian sayur-sayuran berdaun seperti kale, brokoli, bayam, Collard hijau, avokado atau kacang ke dalam makanan harian dan anda akan mendapati penglihatan anda semakin baik dalam masa yang singkat!

Badam

Badam sentiasa dikenali sebagai mempunyai manfaat kesihatan. Ia boleh menjadi pengganti yang sesuai untuk makanan ringan berbahaya atau gula-gula. Makan sedikit (bersamaan kira-kira satu aun) badam setiap hari dan anda telah mendapat dos vitamin E- pelindung untuk mata yang mencukupi.

Bijirin

Bijirin penuh bukan sahaja lazat untuk dimakan, tetapi juga mengandungi indeks glycemic yang rendah (GI) yang berkesan dalam mengurangkan risiko degenerasi makula berkaitan usia.

Mata boleh menjadi lebih baik dengan makanan yang disenaraikan di atas. Selain itu, jika anda mempunyai sebarang soalan atau bimbang mengenai keadaan mata anda, jangan teragak-agak untuk mendapatkan bantuan daripada pakar.

Hello Health Group  tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"
    Rujukan