Nak Sihat Kan? Ini 10 Jenis Makanan Yang Kalian Perlu ELAK Dalam Menu Harian!

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 11/08/2020 . 3 minit bacaan
Share now

Sedarkah anda bahawa pengambilan makanan tidak berkhasiat boleh memberikan kesan kepada kesihatan?

Jenis makanan tidak berkhasiat

Jika anda ingin mengurangkan berat badan, atau menghindari masalah kesihatan yang kronik, anda mungkin perlu menghindari atau sekurang-kurangnya tidak mengambil secara keterlaluan makanan yang disenaraikan sebagai makanan tidak berkhasiat. 

Berikut adalah antara senarai makanan tersebut:

  1. Minuman bergula

minuman tidak berkhasiat

Sebarang makanan atau minuman yang mengandungi kandungan gula tambahan merupakan antara bahan yang paling tidak sihat pada masa kini. Apabila seseorang individu mengambil minuman berkalori gula, otak anda tidak ‘mendaftarnya’ sebagai makanan. 

Minuman manis ini merupakan antara faktor utama yang menyumbang kepada masalah kegemukan pada masa kini dan meminumnya dalam jumlah yang tinggi boleh memacu kepada pertambahan lemak dan masalah obesiti. 

  1. Piza

Kebanyakan piza yang dihasilkan secara komersial diperbuat daripada bahan yang tidak sihat.

Doh piza tersebut kebanyakannya diperbuat daripada tepung gandum halus dan daging yang digunakan kebiasaannya adalah daging yang diproses.

  1. Roti

Kebanyakan roti komersial adalah tidak sihat, walaupun kepada individu yang tidak mempunyai masalah dengan pengambilan gluten.

Ini kerana, kebanyakan roti putih diperbuat daripada gandum halus, yang mempunyai kandungan nutrien penting yang sangat rendah dan boleh menyebabkan peningkatan mendadak pada tahap kandungan gula dalam darah.

  1. Jus buah-buahan

jus buah

Jus buah-buahan biasanya lebih banyak kandungan air gula berperisa buah-buahan berbanding buah-buahan yang sebenar. 

 Malahan, sebenarnya, jus buah-buahan mengandungi kandungan gula yang sama seperti minuman air berkarbonat yang terdapat di pasaran dan adakalanya kandungan gulanya adalah lebih tinggi lagi.

Perlu ditekankan di sini, jus buah-buahan yang dimaksudkan adalah jus buah-buahan segera dalam kotak, manakala jus buah-buahan yang menggunakan buah-buahan segar masih dikira berkhasiat dan baik untuk diamalkan.

  1. Marjerin

Ia seringkali dianggap sebagai alternatif yang sihat kepada mentega. Sebaliknya, ia adalah satu fakta yang tidak benar sama sekali.

Marjerin adalah pseudo-makanan (pseudo-food) yang diproses sehingga menghasilkan rasa dan tekstur seperti mentega. Ia sarat dengan kandungan bahan buatan dan kebiasaannya dihasilkan daripada minyak sayuran industri yang telah dihidrogenasi untuk menjadikannya lebih padat.

Ini sekali gus meningkatkan kandungan lemak trans dengan tinggi sekali. 

  1. Pastri, biskut dan kek

Kebanyakan pastri, biskut dan kek merupakan antara makanan tidak berkhasiat yang sering dimakan oleh kebanyakan individu.

Makanan jenis ini diperbuat daripada gula halus, tepung gandum halus dan tambahan lemak, yang kebiasaannya terkandung lemak trans yang tinggi.

Ia hampir langsung tidak mengandungi nutrien, tetapi lebih banyak kandungan kalori dan bahan yang tidak sihat. 

  1. Kentang goreng, kerepek kentang

makanan ringan

Kentang adalah sejenis makanan yang baik dan berkhasiat untuk kesihatan.

Namun, hakikat ini berubah apabila ia adalah mengenai produk makanan yang terhasil daripadanya, seperti kentang goreng dan kerepek kentang. 

Kedua-dua makanan ini mempunyai kandungan kalori yang sangat tinggi, dan seringkali diambil dalam jumlah yang berlebihan dan banyak.

Makanan ini juga boleh mengandungi acrylamides dalam jumlah yang tinggi, iaitu bahan karsinogen yang terbentuk apabila kentang digoreng, dibakar atau dipanggang.

  1. Makanan ringan bebas gluten

Kebanyakan individu pada masa kini cuba untuk menggantikan makanan yang mengandungi gluten dengan makanan bebas gluten. 

Malangnya, dalam pencarian dan usaha menggantikan makanan yang mengandungi gluten kepada makanan yang bebas gluten, seringkali kebanyakan individu memilih untuk menggantikannya dengan makanan ringan yang diproses yang bebas gluten.

Lebih memburukkan keadaan apabila makanan pengganti bebas gluten ini adalah lebih tinggi kandungan gula, minyak tidak sihat dan bijirin halus seperti kanji jagung atau kanji ubi kayu.

Penggunaan kanji halus ini akan cenderung meningkatkan tahap gula dalam darah dengan mendadak, malahan ia adalah sangat rendah dalam kandungan nutrien penting.

  1. Yogurt rendah lemak

Yogurt sememangnya merupakan antara makanan yang berkhasiat.

Tetapi, sangat menyedihkan apabila kebanyakan yogurt yang berada di pasaran, yang dijual di pasar raya dan kedai runcit, adalah tidak mendatangkan khasiat seperti yang diharapkan. 

Kebanyakan yogurt tidak mengandungi bakteria probiotik seperti yang dipercaya umum.

Ini kerana apabila yogurt menjalani prosedur pempasteuran selepas penapaian, ia akan membunuh semua bakteria.

  1. Makanan ringan rendah karbohidrat

makanan ringan

Mengamalkan diet rendah karbohidrat merupakan antara pilihan diet yang sering dilakukan.

Terdapat pelbagai pilihan makanan sebenar boleh anda makan ketika sedang dalam diet rendah karbohidrat ini yang kebanyakannya adalah berkhasiat.

Namun, sebaliknya bagi produk makanan pengganti rendah karbohidrat yang diproses, seperti bar coklat rendah karbohidrat tidak sebagus yang dicanangkan.

Ini kerana makanan yang diproses sebegini akan mengandungi jumlah makanan sebenar yang sedikit tetapi mempunyai campuran kandungan ramuan tiruan yang tinggi, yang pastinya menjadikan ia sebagai makanan tidak berkhasiat yang perlu dielakkan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy"
Rujukan

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

AWAS! Jangan Setuju Sertai Makan Buffet Di Hotel, Boleh Jadi Penyebab COVID-19!

Kempunan nak makan di restoran bufet? Ada risiko untuk anda mendapat jangkitan COVID-19. Oleh sebab itulah pemilik restoran perlu membuat perubahan.

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
Coronavirus, COVID-19 25/06/2020 . 3 minit bacaan

Pinggan Viral Bercorak Mungkin Nampak Cantik Tapi Bahaya! – Baca Ini Sebelum Beli

Tidak dinafikan, pinggan viral mungkin nampak cantik tapi bahaya ekoran terdapat plumbum di dalamnya. Klik artikel untuk tahu dengan lebih lanjut!

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
Ditulis oleh Ahmad Farid
Berita, Berita Tempatan 03/06/2020 . 3 minit bacaan

Ibu Mengandung, JANGAN Ambil 4 Makanan Ini Kalau Tak Nak…

Semasa mengandung, macam-macam benda terasa ingin disuap ke mulut. Tetapi ada 9 jenis makanan harus dielakkan oleh wanita hamil. Jom semak!

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Kehamilan, Penjagaan Ibu hamil 31/03/2020 . 3 minit bacaan

7 Resepi GERENTI SIAP 30 MINIT, Jom Tukar Menu Masakan Anda Minggu Ini!

Dalam perintah kawalan pergerakan ini, mahu tidak mahu, kena masaklah. Hmmm...inginkan resepi mudah dan ringkas? Ada resepi masakan untuk anda cuba!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Gaya Hidup Sihat, Pemakanan 20/03/2020 . 5 minit bacaan

Artikel lain untuk anda

warna kulit

Rahsia Kulit Putih Hanya Dengan Makanan, Lepas Ini Tak Perlu Lagi Buat Rawatan Cerahkan Kulit

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Diterbitkan pada 04/09/2020 . 3 minit bacaan
sistem pertahanan badan

Anak Selalu Jatuh Sakit? Ibu Cuba Check Diet Si Kecil, 7 Makanan Ini Buat Sistem IMUN LEMAH!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 25/08/2020 . 3 minit bacaan
makanan yang dilarang untuk pcos

Hati Hati Jika Ada Cyst Pada Ovari, Wanita PCOS Jangan Sentuh Makanan Ini!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Diterbitkan pada 06/08/2020 . 3 minit bacaan
perut masuk angin

Saja Suka-Suka Lambat Makan, Ini Akibat Yang Terjadi Pada Perut, Antaranya Berat Badan NAIK!

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
Ditulis oleh Ahmad Farid
Diterbitkan pada 27/07/2020 . 3 minit bacaan