Kolesterol Naik Mendadak Pada Bulan Ramadan?

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 05/12/2019 . 2 minit bacaan
Share now

Beberapa kajian menunjukkan bahawa pada Ramadan, umat Islam yang berpuasa boleh mengawal tahap kolesterol mereka dengan baik. Puasa boleh membantu menurunkan kolesterol dalam darah. Walau bagaimanapun, sesetengah orang mengadu tentang peningkatan kolesterol semasa berpuasa.

Bolehkan tahap kolesterol seseorang naik mendadak pada bulan puasa? Apakah puncanya dan bagaimanakah cara mencegahnya? Anda boleh lihat keterangan di bawah.

Faktor kenaikan kadar kolesterol semasa puasa

Berpuasa di bulan Ramadan bukan bermakna anda bebas daripad masalah kolesterol. Ini kerana, tiga perkara di bawah menjadi punca kenaikan kadar kolesterol semasa puasa.

1. Tidak menjaga pola pemakanan

Kesilapan terbesar orang yang berisiko kadar kolesterol tinggi dalah kerana tidak menjaga pola pemakanan secara sihat selama sebulan berpuasa. Selepas menahan lapas dan dahaga sepanjang hari, kebanyakan orang menjadi tidak terkawal ketika sahur dan berbuka. Terdapat juga pemahaman yang salah, iaitu kerana sepanjang hari tidak makan apa-apa makanan yang dapat meningkatkan tahap kolesterol, maka apabila berbuka anda bebas memakan makanan dengan kadar kolesterol yang tinggi.

Walaupuan seharian berpuasa, anda tidak disarankan untuk memakan makanan dengan kadar kolesterol yang tinggi. Jadi anda harus menjaga pola pemakanan rendah kolesterol walaupun seharian tidak makan apa-apa.

Menurut kajian pakar dari University of Chicago Department of Radiation and Cellular Oncology, makan sebiji telur sahaja sudah boleh membuatkan kadar kolesterol naik mendadak. Apatah lagi jika anda berbuka dengan hidangan berlemak dan bersantan yang sangat tinggi kolesterolnya.

2. Sindrom metabolik

Sindrom metabolik adalah sekumpulan keadaan perubatan yang boleh meningkatkan risiko penyakit jantung. Keadaan yang dimaksudkan termasuk berat badan berlebihan (terutama di pinggang dan perut), gula dalam darah tinggi, tekanan darah tinggi, serta kadar trigliserida tinggi. Tiga keaddan ini boleh berlaku semasa berpuasa, terutama jika seharian perut kosong sepanjang hari tiba-tiba dipenuhi dengan pelbagai makanan tidak sihat ketika berbuka.

Misalnya, berbuka dengan hidangan manis, diteruskan dengan hidangan berlemak untuk mkana malam. Anda juga berisiko mengalami sindrom metabolik. Sindrom ini mengakibatkan kenaikan kadar kolesterol jahat (LDL) dalma darah.

3. Kekurangan taurin

Taurin merupakan jenis asid amino yang berfungsi untuk mengawal kadar kolesterol jahat dalam darah dan hati. Ketika puasa, anda mungkin kekurangan taurin. Taurin boleh didapatkan daripada zat besi dan vitamin A. Sumber makanan yang tinggi taurin antara sayuran lain seperti bayam, brokoli, dan cendawan.  

Disebabkan sepanjang hari anda tidak makan apa-apa makanan yang mengandungi nutrisi zat besi dan vitamin A, tubuh mengalami kekurangan taurin dan kadar kolesterol suakr dikawal.

Mencegah peningkatan kadar kolesterol semasa puasa

Anda memerlukan strategi yang tepat untuk mencegah kolesterol meningkat semasa puasa. Berikut adalah perkara yang perlu anda perhatikan untuk mengelakkan kadar kolestrol naik mendadak.

  • Sahur dan berbuka dengan pola pemakanan rendah kolesterol dan rendah gula
  • Ambil ubat penurun kolesterol (misalnya statin) pada waktu malam
  • Perbanyak memakan makanan yang boleh membantu mengawal kadar kolesterol ketika sahur dan berbuka, misalnya oatmeal dan ikan salmon
  • Tetapkan rutin bersenan semasa puasa
  • Menjaga saiz hidangan makanan semasa sahur dan berbuka
  • Jika anda berlebihan berat badan atau obesiti, cuba kawal berat badan semasa puasa

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"
    Rujukan

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Kolesterol Tinggi: Apa yang Anda Perlu Lakukan?

    Keadaan kolesterol tinggi boleh berlaku kepada sesiapa sahaja. Kolesterol adalah sejenis lipid yang dihasilkan oleh hati secara semula jadi.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
    Ditulis oleh Farah Aziz
    Gaya Hidup Sihat, Pemakanan 29/08/2018 . 9 minit bacaan

    Awasi Metabolic Syndrome

    Metabolic syndrome (MS) atau sindrom metabolik adalah kumpulan beberapa keadaan yang wujud dalam satu masa pada individu. MS meningkatkan risiko kepada penyakit jantung serta diabetes dan strok. Ia juga dikenali ...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim
    Tips Kesihatan, Gaya Hidup Sihat 06/08/2018 . 2 minit bacaan

    Mentega Shea

    KegunaanApakah kegunaan Mentega Shea? Mentega shea adalah lemak daripada benih yang berasal dari pokok shea. Pokok shea boleh ditemui di rantau tropika Afrika Timur dan Barat. Mentega shea berasal dari dua isirung ...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
    Ditulis oleh Muhammad Ikraam Abdul Latif
    Ubat/Herba A-Z, Herba A-Z 28/05/2018 . 3 minit bacaan

    Cabai Jawa / Lada Panjang

    KegunaanApakah kegunaan Cabai Jawa / Lada Panjang? Cabai jawa adalah sejenis tumbuhan. Buah (lada) tumbuhan ini biasa digunakan untuk membuat ubat. Lada panjang India digunakan untuk meningkatkan selera makan dan ...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
    Ditulis oleh Muhammad Ikraam Abdul Latif
    Ubat/Herba A-Z, Herba A-Z 28/05/2018 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    lifestyle-changes-can-prevent-type-2-diabetes

    Perubahan Gaya Hidup Boleh Mencegah Diabetes Jenis 2

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Farah Aziz
    Diterbitkan pada 26/02/2019 . 2 minit bacaan

    Kolesterol Tinggi Dalam Kalangan Lelaki

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Farah Aziz
    Diterbitkan pada 23/11/2018 . 2 minit bacaan

    Adakah Kolesterol Tinggi Menyebabkan Pembekuan Darah?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Farah Aziz
    Diterbitkan pada 19/10/2018 . 2 minit bacaan

    Adakah Kolesterol Tinggi Akibat Keturunan?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Farah Aziz
    Diterbitkan pada 05/09/2018 . 2 minit bacaan