Bolehkah Saya Menjalani Diet Mayo Di Bulan Ramadan?

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 05/12/2019 . 3 minit bacaan
Share now

Puasa boleh jadi salah satu cara yang efektif bagi anda untuk menurunkan berat badan. Ada pelbagai kaedah diet yang boleh dilakukan untuk menurunkan berat badan, salah satunya adalah diet mayo. Ramai orang yang mengaku berjaya menurukan beberapa kilogram berat badannya hanya dalam dua tempoh minggu sahaja. Lebih-lebih lagi hari ini sudah banyak penyajian makanan yang menyediakan menu diet mayo. Ttapi adakah menjalani diet mayo semasa puasa baik untuk badan anda? Ikuti penjelasannya di bawah.

Konsep asas diet mayo

Diet mayo atau yang disebut sebagai mayo clinic diet adalah sebuah program pengurusan berat badan jangka panjang yang dicipta oleh pasukan pakar penurunan berat badan di Mayo Clinic. Diet mayo ini direka untuk membantu memperbaiki gaya hidup anda dengan menerapkan tabiat baru yang lebih sihat. Tujuannya adalah membuat perubahan senderhana dalam program pengaturan makanan yang disertai dengan aktiviti sukan sehingga penurunan berat badan boleh dicapai dengan cara yang sihat dan menyeronokkan.

Diet mayo menganggap bahawa tenaga yang keluar dan masuk di dalam tubuh harus seimbang sehingga anda boleh mendapatkan berat badan yang bukan hanya sesuai, tetapi juga sihat. Jadi dengan melakukan diet mayo, anda diharapkan dapat memperbaiki gaya hidup anda dengan menerapkan pola hidup seimbang. Jika dilakukan dengan betul, anda boleh mengekalkan tabiat pola hidup sihat dalam kehidupan anda.

Cara melakukan diet mayo

Ramai orang menganggap tetapan makanan pada diet mayo hanya sekadar mengurangkan makanan yang mengandungi garam tinggi dan berlemak selama 14 hari. Namun ternyata ada perkara lain yang perlu anda perhatikan untuk melakukan diet mayo, seperti:

  • Sayur-sayuran, buah-buahan, dan makanan sumber protein adalah jenis makanan yang perlu ada dalam diet mayo.
  • Garam mengikat air di dalam badan. Oleh sebab itu, ketika anda memutuskan untuk melakukan diet mayo, anda harus mengehadkan pengambilan garam. Hal ini dilakukan agar badan boleh mengeluarkan lebih banyak cecair sehingga boleh mengurangkan berat badan anda.
  • Mengehadkan pengambilan gula yang berlebihan untuk mengawal kadar gula darah dalam badan.
  • Terlalu banyak pengambilan lemak menyebabkan kenaikan berat badan. Hal ini yang membuatkan kebanyakan menu diet mayo biasanya mengandungi makanan yang dikukus atau direbus.
  • Jumlah kalori yang perlu masuk ke badan anda bergantung kepada keperluan kalori anda. Jadi, anda harus mengimbangi pengambilan makanan yang masuk ke dalam tubuh dengan aktiviti fizikal yang anda lakukan.

Bolehkah saya menjalani diet mayo semasa puasa?

Pada dasarnya, puasa semasa menjalani diet mayo boleh dilakukan. Berdasarkan tetapan makan diet mayo, diketahui jika diet mayo pada asasnya merujuk kepada sekatan jumlah kalori dan pengambilan makanan yang mengandungi garam, gula, dan lemak yang diimbangi dengan aktiviti sukan. Sebab itulah puasa semasa diet mayo boleh dilakukan, asalkan anda sanggup menjalaninya.

Selain itu, dengan melakukan puasa semasa diet mayo, anda secara tidak langsung menerapkan pola hidup sihat sepanjang berpuasa di bulan Ramadan. Hal ini tentu akan semakin membuka peluang anda untuk boleh menurunkan berat badan. Namun, anda tetap harus memastikan jika puasa semasa diet mayo tidak mengganggu aktiviti seharian anda yang membuat diri anda penat kerana kurang tenaga.

Ingat, selain pengambilan makanan anda juga perlu mengimbanginya dengan aktiviti fizikal seperti bersenam. Senaman boleh dilakukan semasa bulan puasa. Hal ini bergantung kepada keadaan badan anda. Setiap orang mempunyai ketahanan tubuh yang berbeza-beza.

Ada beberapa orang yang memilih untuk bersenam selepas berbuka semasa tubuh sudah mendapatkan pengambilan makanan, tapi ada juga orang yang mampu bersenam 30 minit sebelum berbuka puasa kerana mereka mampu melakukan sukan pada waktu tersebut. Anda boleh melakukan sukan kardio seperti berbasikal, joging, berjalan, ataupun senaman ringan lain yang membolehkan anda bergerak.  

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    BUANG Tabiat Ini, Jangan Gosok Mata Kalau Termasuk Habuk! Jika Tidak, Ini Yang Akan Jadi!

    Mata termasuk bendasing boleh terjadi bila-bila masa sahaja. Debu, kotoran, dan partikel-partikel kecil yang ditiup angin boleh termasuk ke dalam mata.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Mata 29/10/2020 . 3 minit bacaan

    Kajian Kata Berkumur Guna Minyak Kelapa Boleh Putihkan Gigi & Elok Untuk Mulut, Betul Ke?

    Khasiat minyak kelapa kerap dikaitkan dengan kesihatan tubuh, termasuklah menjaga kesihatan mulut dan gigi. Jom kenali cara unik tersebut dalam artikel ini!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nana Muhammad
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Mulut 29/10/2020 . 3 minit bacaan

    Buah Epal Bukan Saja Bagus Untuk Kesihatan, Orang Nak Kurus Pun Boleh Amalkannya!

    Makan sebiji epal sehari mampu ‘menjauhkan’ seorang doktor. Ternyata ia benar kerana buah epal juga dikatakan dapat cegah obesiti. Jom baca artikel ini.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Gaya Hidup Sihat, Pemakanan 29/10/2020 . 3 minit bacaan

    Jus Buah-buahan Sihat Tapi Manis, Jadi Boleh Ke Pesakit Diabetes Minum Air Buah?

    Ada yang bertanya, boleh atau tidak jika pesakit diabetes minum jus buah-buahan? Adakah terdapat buah untuk jus tertentu yang lebih sihat untuk mereka?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Pusat Kesihatan, Diabetes 29/10/2020 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    banyak minum air

    Bahaya Jika Kurang Minum Air Kosong, Tapi Kalau Terlebih Minum, Ini Yang Berlaku Pada Tubuh Anda

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 30/10/2020 . 3 minit bacaan
    cara suntik insulin

    Pesakit Diabetes Kena Tahu, Insulin Bukan Main Suntik Saja, Ada 4 Bahagian Tubuh PALING Sesuai

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 30/10/2020 . 3 minit bacaan
    lelaki tidak subur

    Bahaya Hepatitis B Sehingga Boleh Jejaskan Kesuburan Lelaki? Ini Dia Jawapan Kajian!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 30/10/2020 . 3 minit bacaan
    kesukaran tidur insomnia

    Selalu Susah Nak Tidur? Hati-hati! Makanan & Minuman Ini Boleh Sabotaj Waktu Tidur Anda

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 30/10/2020 . 3 minit bacaan