Adakah Anda Gemar Makan Mengikut Perasaan?

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 29/11/2019 . 2 minit bacaan
Share now

Pernahkah anda menggunakan makanan untuk menenangkan diri daripada kesedihan, kemarahan, kebosanan atau kekecewaan? Adakah ia berlaku secara tetap? Jika jawapan anda adalah ya, maka anda mungkin mempunyai masalah makan mengikut perasaan (emotional eating). Artikel di bawah akan memberi maklumat lanjut mengenai perkara ini.

Apa penyumbang makan mengikut perasaan?

  • Masalah berkaitan kesihatan
  • Konflik dengan rakan-rakan, keluarga, dan rakan-rakan di tempat kerja
  • Tekanan
  • Keadaan kewangan
  • Keletihan

Tips untuk berhenti makan mengikut perasaan

Kurangkan tekanan anda

Daripada melegakan tekanan dengan makan, cuba sesuatu yang lain. Sebagai contoh, anda boleh mengambil bahagian dalam aktiviti fizikal seperti yoga, meditasi atau pernafasan dalam.

Hilangkan kebosanan

Ramai orang makan setiap kali mereka berasa bosan, tabiat yang tidak baik terhadap bajet dan kesihatan anda. Cuba untuk berjalan-jalan, mendengar muzik, menonton filem atau pergi ke gim setiap kali anda merasa ingin makan.

Elakkan sebarang godaan

Jangan letak makanan di sekeliling rumah anda. Melihat makanan dengan begitu kerap adalah sebab mengapa anda begitu terdorong untuk makan.

Snek sihat

Jika anda tidak boleh menahan rasa lapar anda, mengapa tidak gantikan semua makanan snek dengan makanan yang sihat seperti buah-buahan atau kacang. Semangkuk yogurt, disamping buah-buahan seperti strawberi, blueberi, kiwi dan beberapa jenis kacang yang akan membuat rasa yang luar biasa dan snek yang sihat.

Jangan mengekang diri

Satu kesilapan yang ramai orang lakukan untuk makan kurang kerap adalah dengan menghadkan kalori, memaksa diri makan makanan yang sihat dan mengelakkan makanan lain sepenuhnya. Ini mungkin berkesan untuk mereka yang dapat menahan diri, bagaimanapun, bagi sesetengah orang, ia hanya akan meningkatkan keinginan makan mereka hari demi hari. Pada titik tertentu, mereka tidak boleh mengawal keinginan lagi dan akan makan lebih daripada sebelum ini, untuk menebus hari-hari diet tersebut.

Dapatkan sokongan

Diet dan cuba untuk mengawal keinginan anda adalah jauh lebih sukar apabila anda melakukannya sendiri tanpa memaklumkan mana-mana ahli keluarga atau rakan-rakan. Bantuan emosi serta fizikal yang boleh anda terima daripada mereka akan memudahkan perjalanan.

Belajar dari masa lalu

Jika anda gagal daripada diet lepas dan pernah makan mengikut perasaan, jangan berputus asa. Maafkan diri dan cuba lagi. Senaraikan semua kesilapan yang telah anda lakukan dan cuba untuk mengelakkan melakukannya pada masa akan datang.

Anda bukan satu-satunya orang yang makan mengikut perasaan. Perlu diingat bahawa makan setiap kali anda rasa tertekan, sedih, atau bosan hanya akan membawa masalah kesihatan dan komplikasi. Amalkan tips di atas untuk kawalan makan yang lebih baik. Jika ini tidak berkesan, ia adalah masa untuk mendapatkan bantuan profesional.

Hello Health Group  tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"
    Rujukan