5 Makanan yang Patut Dielakkan Sewaktu Sahur

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 02/12/2019 . 3 minit bacaan
Share now

Salah satu waktu makan yang penting sewaktu bulan puasa adalah sahur. Anda harus memastikan pengambilan makanan yang memberi tenaga selama lebih kurang 12 jam berpuasa. Oleh itu, anda harus benar-benar mempertimbangkan jenis makanan yang patut anda ambil. Berikut adalah beberapa jenis makanan yang sebaiknya anda elakkan ketika sahur:

1. Kopi

Salah satu alasan mengapa kopi sebaiknya anda elakkan sewaktu sahur adalah kerana sifatnya yang laksatif. Anda mungkin menyedari kekerapan anda ke tandas bertambah setelah minum kopi. Ini disebabkan komponen dalam kopi yang meransang fungsi usus besar sehingga badan anda kemudian membuang sisa pencernaan lebih cepat. Selain itu, sifat asid pada kopi juga dapat mengganggu keadaan perut anda. Komponen yang disebut chlorogenic acid dapat meransang peningkatan asid perut. Kopi juga bersifat diuretik; menggalakkan pengeluaran air daripada badan yang meningkatkan risiko dehidrasi sewaktu puasa.

2. Makanan masin

Selain tentunya dapat menyebabkan hipertensi, makanan masin ternyata dapat meransang rasa haus. Anda pasti tidak ingin merasa haus sepanjang hari karena makanan bergaram yang anda makan sewaktu sahur. Contoh makanan yang patut anda elakkan sewaktu sahur untuk mengelakkan rasa haus ialah acar, kacang bergaram, kuaci, serta makanan dalam tin. Jenis makanan tersebut memiliki kadar garam tinggi sehingga dapat meransang rasa haus. Anda juga patut mengurangkan jumlah garam dan perasa makanan yang anda gunakan dalam masakan.

3. Karbohidrat sederhana

Sewaktu anda berpuasa, tubuh anda tidak menerima makanan selama lebih dari 12 jam, sementara anda tetap menggunakan tenaga untuk bekerja dan melakukan aktiviti. Jika anda tidak mendapat bahan bakar yang mencukupi pada waktu sahur, anda mungkin akan cepat merasa penat sewaktu berpuasa. Pada saat sahur, anda disarankan untuk mengambil makanan yang termasuk dalam karbohidrat kompleks? Mengapa?

Jika anda mengambil karbohidrat kompleks, tenaga yang berasal daripada makanan tersebut akan dilepaskan secara perlahan kepada tubuh. Dengan itu, anda akan memiliki tenaga yang mencukupi untuk jam-jam seterusnya sewaktu berpuasa. Contoh makanan yang termasuk dalam karbohidrat kompleks adalah beras perang, barli, gandum, dan oat. Anda boleh mencari makanan yang termasuk dalam jenis rendah glisemik, yang biasanya termasuk dalam makanan jenis karbohidrat kompleks.

Lalu apa yang terjadi jika anda mengambil banyak karbohidrat sederhana? Anda mungkin merasa cepat kenyang tetapi setelah itu anda cepat merasa lapar kembali. Hal ini disebabkan kesan karbohidrat sederhana yang berbeza daripada karbohidrat kompleks. Tenaga yang dihasilkan daripada karbohidrat sederhana terus dilepaskan kepada tubuh sehingga tidak akan bertahan lama untuk membantu anda tetap merasa kenyang sewaktu berpuasa. Contoh karbohidrat sederhana adalah gula pasir, susu dan produk tenusu, minuman berkarbonat, gula-gula, kuih-muih, dan sebagainya. Bukan bererti anda tidak boleh mengambil karbohidrat sederhana, tetapi imbangkan dengan pengambilan karbohidrat kompleks untuk membantu anda tetap cergas sepanjang berpuasa.

4. Makanan pedas

Sama seperti makanan masin, makanan pedas dapat meransang rasa haus berterusan. Selain itu, mereka yang menderita keradangan perut disarankan untuk menghindari makanan pedas kerana dapat meransang peningkatan asid perut sehingga berpotensi menyebabkan sakit pada bahagian atas perut. Dan, bagi sesetengah orang, makanan pedas menyebabkan sakit perut.

5. Makanan tinggi lemak

Makanan yang tinggi lemak bekerja dengan dua cara. Yang pertama, makanan tinggi lemak dapat menganggu dan melambatkan proses pengosongan perut sehingga memburukkan simptom sembelit. Yang kedua, makanan tinggi lemak dapat mempercepat kerja sistem pencernaan sehingga menimbulkan cirit-birit. Kesan daripada makanan tinggi lemak ini bergantung pada jenis lemak  yang anda makan dan kecenderungan tindak balas badan anda terhadap makanan tinggi lemak.

Pada waktu sahur sebaiknya anda mengurangkan jenis makanan tinggi lemak agar terhindar daripada sembelit atau cirit-birit sewaktu berpuasa. Sebagai alternatif, anda boleh mengambil jenis makanan yang sama tetapi dengan cara penyediaan yang berbeza. Contohnya menggantikan menu ayam goreng menjadi ayam bakar.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy
    Rujukan

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Makan Guna Tangan Baik Untuk Kesihatan? Ada Lagi 4 Tradisi Melayu Bagus Diamalkan

    Mungkin anda tidak tahu, ada beberapa tradisi Melayu yang sebenarnya baik untuk kesihatan anda. Apakah antara amalan budaya kaum Melayu ini?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Gaya Hidup Sihat, Fakta Menarik 05/05/2020 . 3 minit bacaan

    Melancap Ketika Puasa? Ini Yang Anda Perlu Tahu!

    Jika anda ingin berhenti melancap pada bulan puasa, inilah masanya. Anda boleh ikut 9 tip yang dikemukakan dalam artikel ini.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Tips Kesihatan, Gaya Hidup Sihat 04/05/2020 . 4 minit bacaan

    Puasa Terbatal Jika Buat Ujian Swab COVID-19? Ini 17 Perkara Boleh & Tidak Boleh Dilakukan Jika Berpuasa

    Adakah ujian swab COVID-19 boleh dilakukan semasa puasa Ramadan? Ketahuinya di sini dengan lebih lanjut sama ada ia boleh sebabkan batal puasa ataupun tidak

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Perayaan 04/05/2020 . 3 minit bacaan

    Tak Tahu Nak Masak Apa Masa Sahur? Ini 7 Menu Simple Boleh Cuba Sepanjang Ramadan Ini!

    Bagi mereka yang masih tercari-cari menu untuk sahur sepanjang bulan Ramadan ini, ini 7 menu sahur simple yang boleh anda cuba. Sedap dan jimat masa!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Perayaan 30/04/2020 . 4 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    bulan ramadhan

    Cuaca Panas Terik Di Luar Buat Badan Lesu? AWAS! Ini 15 Tanda Anda Dehidrasi Masa Berpuasa

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 18/05/2020 . 3 minit bacaan
    puasa 20 jam

    Anda Sanggup Puasa 20 Jam Sehari Sepanjang Ramadan? Ini Cabaran Bagi Umat Islam Di Luar Negara

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 13/05/2020 . 3 minit bacaan
    7-tip-menyusukan-badan-ketika-berpuasa

    Risau Kesan Pada Bayi Jika Menyusukan Anak Ketika Berpuasa? Cuba Amalkan 7 Tip Ini…

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 06/05/2020 . 3 minit bacaan
    bahaya merokok

    Ingin Berhenti Merokok Bulan Puasa Ini? Buat 5 Tip Di Bawah Confirm Anda Tak Hisap Lagi

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 05/05/2020 . 3 minit bacaan