4 Tabiat Untuk Mengurangkan Berat

Ditulis oleh

Kemas kini Tarikh 28/03/2019 . 2 minit bacaan
Share now

Mengurangkan berat dan mengekalkan penurunan berat badan untuk jangka masa yang panjang memerlukan perubahan gaya hidup yang mudah. Berlapar, kekurangan atau pengambilan makan secara berlebihan tidak boleh menjadi sebahagian daripada gaya hidup sihat atau usaha menurunkan berat badan. Setiap tindakan atau perancangan harus berdasarkan keupayaan dan kemampuan diri untuk mengikuti perubahan yang anda lakukan dan menghasilkan tabiat yang lebih sihat.

Penurunan berat badan dan kesihatan sepatutnya boleh dikekalkan, jika tidak, anda hanya melakukan perubahan jangka masa pendek. Anda seharusnya boleh mengurangkan berat dan menyingkirkannya tanpa mendatangkan kejutan atau menjejaskan kehidupan seharian anda.

Begitu juga, mengurangkan berat badan tidak memerlukan anda memanjangkan tempoh ke gim atau terikat dengan beberapa diet. Berikut adalah empat cara yang lebih sihat untuk membantu anda menjadi melangsingkan badan, menghilangkan lemak tanpa menjejaskan kehidupan atau mengganggu masa anda.

Senaman harian

Cipta rutin senaman sekurang-kurangnya 15-20 minit setiap hari. Tukarkan senaman antara kardiovaskular dan regangan setiap hari.

Sama ada anda bangun 20 minit lebih awal setiap hari atau melakukan senaman pada waktu tengahari. Pastikan ia adalah masa yang sama setiap hari, untuk menjadikannya sebagai rutin. Ia boleh semudah melakukan senaman pernafasan, push ups, sit ups, senaman regangan di rumah sebelum mandi pada waktu pagi. Mungkin anda boleh berjalan atau jogging pada waktu pagi di taman untuk mendapatkan udara yang segar.

Bersenam setiap hari membolehkan berlakunya perubahan dalam bentuk badan dan cara badan anda memproses kalori. Apabila anda bersenam, anda melakukan pergerakan pada hati, minda dan badan. Bersenam pada waktu pagi ‘membangunkan’ metabolisme, melepaskan endorfin yang menjadikan emosi anda lebih baik dan menyegarkan minda untuk permulaan hari anda. Anda sedang membangunkan jisim otot, seterusnya meningkatkan keberkesanan metabolisme, sekali gus memberikan anda merancangan pelan pemakanan yang tidak terhad.

Makan makanan sebenar

Ia perlu menjadi slogan pemakanan anda! Tiada siapa pernah menjadi gemuk kerana memakan sayuran – makanan sebenar yang dihasilkan alam semula jadi. Peningkatan jumlah makanan diproses di pasaran dengan kempen pemasaran yang bijak menjadi pnuca lebih 66% komuniti di barat mengalami masalah berlebihan berat badan. Setiap kali anda memakan sesuatu, tanya kepada diri anda soalan yang mudah – adakah ia makanan sebenar?

Jangan melangkau waktu makan

Waktu makan adalah sama penting dengan apa yang anda makan. Badan anda memerlukan bahan bakar untuk menjana tenaga, jadi dengan melangkau makan, kadar metabolisme boleh menurun. Makan secara tetap dan berkala sepanjang hari akan menormalkan tahap gula dalam darah dan mencegah kekurangan tenaga dan tumpuan. Sarapan glisemik rendah membantu memulakan sistem pembakaran tenaga dan mencipta keadaan pembakaran lemak di dalam badan anda sekali gus membantu menghilangkan lemak.

Tidur berkualiti

Tidur adalah salah satu perkara asas utama dalam kesihatan. Perkara asas yang lain adalah pemakanan yang sihat, senaman teratur dan minda yang positif – jika keempat-empat aspek ini dilaksanakan dengan baik, anda mungkin tidak mengetahui nama doktor anda.

Cuba untuk dapatkan waktu tidur yang sama setiap malam. Sasarkan untuk 8 jam tidur yang berkualiti dan pastikan anda tidur sebelum tengah malam untuk membolehkan waktu yang mencukupi untuk sistem detoksifikasi semula jadi anda menyelesaikan fungsi kitaran.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat, diagnosis atau rawatan perubatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"

    DARI PAKAR Phil Kelly

    Sains Di Sebalik Pengiraan Kalori

    Mitos kalori yang keluar dalam rangkap (ayat) kalori hanya tidak mahu mati! Kalori adalah sebahagian gambaran tetapi idea penurunan berat badan konvensional memberi penekanan kepada kepentingan tenaga (atau kalori). Jadi ...

    Ditulis oleh Phil Kelly

    Senaman Kardio Buat Perut Gendut? Jadi Senaman Apa Yang Sesuai Untuk Bakar Lemak?

    senaman kardio adalah senaman yang dilakukan dengan intensiti sederhana sehingga tinggi (kardio kronik) boleh menjadi tidak produktif.

    Ditulis oleh Phil Kelly
    kardio

    5 Cara Melawan Tekanan Dan Kekal Cergas

    Tekanan adalah pembunuh pada zaman moden ini! Tekanan membuatkan anda menjadi tua, menjejaskan produktiviti kerja, mengganggu perhubungan anda dan menghalang anda untuk mendapat mencapai tahap kesihatan optimum ...

    Ditulis oleh Phil Kelly
    5 Cara Melawan Tekanan Dan Kekal Cergas

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Tip Hilangkan Berat Badan Pada Waktu Malam, Memang Sangat Mudah & Berkesan!

    Tip ajaib tentang cara menurunkan berat badan pada waktu malam. Tak sangka rupanya senang saja untuk nak cepat kurus. Jom amalkan cara ini.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Farah Aziz
    Tips Kesihatan, Kesihatan A-Z, Kesihatan A-Z 14/02/2019 . 2 minit bacaan

    Manfaat Senaman Terhadap Kesihatan Pencernaan

    Sistem pencernaan yang kuat adalah penting untuk kesihatan anda. Jika makanan tidak dicerna dengan betul, ia boleh membawa kepada beberapa masalah kesihatan. Sebahagiannya termasuk pedih ulu hati, masalah gastrousus ...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
    Ditulis oleh Farah Aziz
    Gaya Hidup Sihat, Kecergasan 21/08/2018 . 2 minit bacaan

    Abaikan Pengambilan Karbohidrat Adalah Salah!

    Apabila berkait dengan proses mengurangkan berat badan, kebanyakan orang menggalakkan tidak mengambil sumber karbohidrat dalam diet seharian. Tetapi menurut pakar nutrisi, tanggapan berkenaan ternyata salah. Adalah ...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Farah Aziz

    Khasiat Sebiji Epal Hijau Dapat Mencegah Sakit Jantung & Memelihara Sel Kulit Wajah

    Epal hijau sentiasa menjadi buah-buahan yang disukai orang ramai. Namun, pernah tak anda ambil tahu khasiat berkaitan dengannya? Baca lanjut untuk tahu.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
    Ditulis oleh Farah Aziz
    Gaya Hidup Sihat, Pemakanan 21/06/2018 . 1 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    turun berat badan

    Pssttt.. Rahsia Nak Turun Berat Badan Cuma Jaga Tidur Saja? Orang Nak Kurus Wajib Baca!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 24/06/2020 . 3 minit bacaan
    tip kurus di bulan puasa

    Berpuasa Tapi Makan Banyak Masa Sahur Dan Iftar? Relaks, Anda Pasti Takkan Gemuk Jika Amalkan 5 Tip Ini!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 28/04/2020 . 3 minit bacaan
    berat badan naik semasa hamil

    Berat Naik Mendadak Ketika Hamil & Doktor Suruh Kurangkannya? Apa Kata Cuba Cara Ini

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 28/11/2019 . 3 minit bacaan
    makanan tidak sihat

    Oh Ada Rupanya! Ini 6 Makanan Tidak Baik TETAPI Boleh Bantu Kurangkan Berat Badan!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 05/11/2019 . 4 minit bacaan