backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan

1

Tanya Doktor
Simpan

Kami Bongkar 6 Rahsia Mudah Untuk Dapat Kulit Muka Persis Artis KOREA!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 28/06/2022

    Kami Bongkar 6 Rahsia Mudah Untuk Dapat Kulit Muka Persis Artis KOREA!

    Sudah menjadi impian setiap individu tidak kira lelaki atau wanita terutamanya untuk memiliki kulit muka persis artis Korea yang putih, bersih dan tanpa cela.

    Persoalannya, apakah rahsia yang diamalkan oleh mereka? Jom terus baca artikel ini untuk tahu!

    #1. Jangan sekadar mencuci muka sekali sahaja

    Kebanyakan kita beranggapan bahawa mencuci muka sekali sahaja setiap hari sudah mencukupi.

    Walhal, ini adalah tidak benar sama sekali kerana jika anda ingin menjadikan kulit anda persis artis Korea, anda perlu mencuci muka anda secara berganda. 

    Maksudnya di sini adalah masyarakat Korea akan mencuci muka lebih daripada sekali dan sekurang-kurangnya dua kali.

    Ini kerana anda yang menggunakan solekan perlu membersihkannya daripada kulit muka setiap menggunakan pembersih solekan yang berasaskan minyak untuk cucian yang pertama.

    Untuk cucian kedua, anda perlu gunakan pencuci wajah yang biasa untuk membersihkan kulit hingga ke dalam (deep clean).

    Jadi, pastikan anda membersihkan wajah setiap kali selepas memakai solekan lebih daripada sekali sebelum anda masuk tidur.

    artis korea

    Rahsia kulit muka artis Korea #2. Peraturan 10 saat

    Apa itu peraturan 10 saat?

    Peraturan ini sangat popular dalam kalangan artis Korea di mana individu yang baru sahaja selesai mandi, perlu memakai toner atau esen pada wajah dalam masa kurang 10 saat!

    Amalan ini dikatakan perlu dilakukan untuk mengelakkan kulit anda menjadi kering.

    Secara hipotesisnya, lebih lama anda tangguh untuk memakai toner atau esen, lebih cepat kulit anda akan menjadi kering.

    Untuk menjayakan amalan ini, anda boleh simpan toner atau esen di dalam bilik mandi untuk memudahkan ia dicapai dan digunakan selepas sahaja anda selesai mandi.

    Amalan ini mungkin berpunca daripada tahap sensitiviti kulit pada wajah yang sangat nipis.

    Jadi, anda perlu secepatnya mengunci lembapan pada kulit wajah untuk sentiasa melindunginya.

    #3. Sentiasa bawa topeng muka

    Bagi masyarakat dan artis Korea, topeng muka adalah seakan sesuatu yang sangat penting.

    Ia merupakan kegilaan bagi setiap kelompok masyarakat mereka tidak kira jantina dan usia.

    Ini disebabkan oleh sifat topeng ini yang boleh melembap, mengelupas dan mencerahkan kulit.

    Ketika menggunakannya, terdapat satu tip yang sangat berguna iaitu sentiasa bawa ia ke mana-mana sahaja terutamanya ketika anda mengunjungi gim atau spa.

    Ini kerana tempat sebegini akan membuat liang pori pada wajah anda terbuka kerana wap yang panas.

    Jadi, setiap kali anda berasa kulit anda mula mengalami ketidakselesaan, segera gunakan topeng ini untuk memastikan kulit muka anda sentiasa segar.

    artis korea

    #4. Sentiasa pakai pelindung matahari

    Masyarakat kita beranggapan bahawa pelindung matahari sama ada berbentuk krim atau ubat sapuan hanya perlu dipakai apabila kita hendak keluar rumah ketika cuaca panas sahaja.

    Ini adalah amalan yang silap sama sekali.

    Di Korea, masyarakat mereka sangat bersikap hati-hati dan akan mengambil langkah pencegahan yang awal untuk mengelak penuaan.

    Jadi, pemakaian pelindung matahari yang tinggi SPF walaupun bukan ketika cuaca panas adalah sangat dititikberatkan.

    Bukan setakat pelindung matahari sahaja, anda juga sebenarnya perlu sentiasa memakai topi untuk melindungi wajah anda daripada sinaran ultra ungu atau gunakan payung ketika berada di luar rumah.

    Selain wajah, lindungi juga kulit tangan atau kaki anda dengan menutupnya dengan pakaian yang sesuai agar ia tidak terlalu terdedah kepada cahaya terik matahari. 

    Bukan bermaksud anda wajib mengelak cahaya matahari umpama drakula, cuma kurangkan pendedahan terhadapnya kerana sinaran ultra ungu ini boleh membuat kulit anda jadi gelap dan kusam sekali gus merosakkan kulit anda.  

    Baca lagi artikel berkaitan:

    Rahsia kulit muka artis Korea #5. Urut wajah 

    artis korea

    Di Korea, sudah menjadi rutin yang sangat biasa bagi mereka untuk mengurut wajah mereka pada setiap hari.

    Jika anda ingin mencubanya, anda mungkin boleh amalkan urutan menggunakan tulang ketuk jari atau ibu jari untuk mengurut seluruh permukaan wajah anda dengan lembut untuk merangsang sel dan otot di bawah kulit. 

    Ini bukan sahaja akan melancarkan peredaran darah dan oksigen pada muka namun juga akan membuatkan kulit wajah anda lebih sihat dan cantik.

    Dalam pada itu, urutan muka ini dikatakan mampu membuat kulit wajah anda menjadi tegang sekali gus menghalang kedutan daripada muncul.

    Ini merupakan teknik yang sangat mudah dilakukan untuk melambatkan penuaan.

    Rahsia kulit muka artis Korea #6. Tampar wajah

    Aneh, bukan? Hakikatnya, amalan aneh ini adalah sangat popular di Korea.

    Mungkin jika dilihat dari segi saintifiknya, ia sedikit menyerupai teknik urutan wajah yang mampu melancarkan peredaran darah dan oksigen.

    Ini merupakan punca mengapa masyarakat di sana sangat gemar menampar wajah mereka sendiri.

    Dikatakan juga, lebih kuat anda tampar, lebih banyak manfaat yang anda akan terima.

    Jika anda ingin mencubanya, tiada masalah.

    Cuma pastikan anda tidak meninggalkan kesan lebam pada pipi yang akan merosakkan penampilan anda.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Gabriel Tang Pei Yung

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 28/06/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan