backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan

1

Tanya Doktor
Simpan

7 Mitos Berkenaan Penyakit Kelamin, Ini Yang Sering Berlegar

Disemak secara perubatan oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 09/04/2021

    7 Mitos Berkenaan Penyakit Kelamin, Ini Yang Sering Berlegar

    STD atau penyakit kelamin bukanlah satu terma yang baharu dalam masyarakat kita pada masa kini. Sebut sahaja berkenaan sifilis, herpes atau HIV, hampir semua orang pasti tahu ia adalah jenis-jenis jangkitan kelamin.

    Namun, terdapat juga beberapa maklumat yang tidak begitu pasti kebenarannya yang disebarkan dalam masyarakat kita.

    Ada pelbagai tanggapan yang kita tersalah anggap sebelum ini berkenaan dengan penyakit seksual.

    Ini beberapa mitos terkenal berkaitan jangkitan kelamin yang pernah kita dengar sebelum ini. 

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Seksual, sila dapatkannya di sini.

    7 mitos yang sering berlegar berkenaan penyakit kelamin

    Mitos 1: Jangkitan kelamin ini lebih baik daripada yang itu

    Kebenarannya, tiada satu pun jangkitan yang lebih baik atau lebih buruk berbanding daripada jangkitan yang lain.

    Ini kerana kesemua masalah kelamin adalah jangkitan yang boleh dirawat, diuruskan dengan baik serta boleh disembuhkan.

    Apabila terdapat tanggapan, sesetengah jangkitan adalah lebih baik daripada yang lain, secara tidak langsung ia akan menimbulkan satu naratif yang tidak benar atau negatif kepada penghidap sesetengah penyakit ini.

    #2 Dapat STD kerana aktiviti seks tidak selamat

    penyakit kelamin

    Kita mungkin sering beranggapan bahawa STD berlaku hasil daripada penglibatan dalam aktiviti seks berisiko atau tidak selamat.

    Ia mungkin benar, tetapi ia tidak semestinya begitu. 

    Aktiviti seks berisiko bukanlah satu-satunya penyebab kepada seseorang itu mendapat jangkitan kelamin atau penyakit kelamin.

    Sebagai contoh, masalah STD seperti herpes, boleh berjangkit hanya melalui sentuhan kulit ke kulit.

    Dengan hanya bersalam atau memeluk individu lain, anda masih boleh mendapat jangkitan ini.

    Anda pasti tidak sangkakannya, bukan?

    No. 3, ini mitosnya: Tengok badan pun dah boleh tahu dia ada penyakit kelamin

    Bagi sesetengah penyakit kelamin, ia sememangnya mempunyai beberapa gejala yang boleh dikenal pasti.

    Namun, ada juga jangkitan yang tidak langsung menunjukkan sebarang simptom atau gejala.

    Dalam beberapa keadaaan, sesetengah simptom ini tidak kelihatan atau hanya terbentuk menyerupai perkara-perkara lain seperti luka, bulu yang tidak tumbuh atau jangkitan yis bagi wanita.

    Status jangkitan seksual yang dialami oleh seseorang individu tersebut tidak hanya bergantung kepada pemeriksaan terhadap alat kelaminnya sahaja.

    Ada perkara lain yang perlu diketahui seperti tarikh terakhir dia melakukan ujian pemeriksaan dan hasil daripada ujian tersebut. 

    Mitos 4: Saya tidak akan dijangkiti STD jika mengamalkan hubungan seks selamat

    penyakit kelamin

    Ini ternyata kurang tepat. 

    Benar, amalan seks secara selamat seperti memakai kondom sememangnya mengurangkan risiko anda untuk mendapat STD.

    Namun tidak semua penyakit boleh dielakkan dengan hanya menggunakan kondom.

    Ada juga penyakit kelamin yang masih lagi boleh berjangkit kepada anda walaupun mengamalkan seks selamat seperti penyakit herpes.

    Ini kerana penyakit herpes boleh tersebar melalui sentuhan kulit ke kulit antara individu.

    Mitos penyakit kelamin 5: Saya boleh mendapat jangkitan kelamin daripada tempat duduk tandas

    Sehingga kini, tidak terdapat sebarang bukti saintifik yang menunjukkan individu boleh mendapat jangkitan seksual jika duduk pada tempat duduk tandas semasa membuang air. 

    Kebanyakan penyakit kelamin hanya boleh berjangkit melalui hubungan seks sahaja.

    Selain itu, bakteria dan juga virus penyakit seksual tidak mampu hidup di luar tubuh badan manusia untuk tempoh masa yang lama.

    Bakteria dan juga virus memerlukan hos bernyawa untuk terus hidup seperti tubuh manusia dan juga haiwan.

    Saya ada seorang pasangan sahaja, tidak mungkin saya terkena penyakit kelamin: Mitos No. 6

    Anda berisiko rendah untuk mendapat jangkitan kelamin jika mempunyai hanya seorang pasangan.

    Tetapi ia tidak bermaksud anda benar-benar bebas daripada sebarang jangkitan tersebut.

    Ini kerana pasangan anda berkemungkinan pernah melakukan aktiviti seks bersama individu lain sebelum dia mengenali anda.

    Cara terbaik untuk memastikan diri anda dan pasangan bebas daripada jangkitan ini adalah dengan melakukan ujian pemeriksaan di klinik atau hospital.

    Mitos 7: Saya tidak akan dijangkiti kerana hanya melakukan seks oral atau seks anal

    penyakit kelamin

    Ini tidak benar sama sekali.

    Penyakit ini boleh berjangkit melalui air mani, darah, persetubuhan dan juga mana-mana cecair yang keluar dari tubuh.

    Walaupun anda hanya melakukan seks oral, tidak bermakna anda benar-benar bebas daripada jangkitan seksual. 

    Seks oral hanyalah aktiviti seks yang berisiko rendah untuk menyebabkan anda mendapat penyakit seksual. 

    Oleh sebab itu, anda digesa untuk melakukan seks secara selamat sepanjang masa.

    Jangan buat tanggapan sendiri, lakukan ujian pemeriksaan sekarang

    Jangan membuat tanggapan sendiri yang anda tidak mempunyai jangkitan kelamin.

    Ini kerana kebanyakan tanggapan yang wujud ternyata tidak tepat.

    Sebagai contoh, anda mungkin berfikir tidak akan mendapat penyakit kelamin kerana pasangan anda pancut luar atau menggunakan dua kondom untuk mengelakkan jangkitan.

    Ternyata kedua-dua tanggapan seperti ini juga adalah sesuatu yang salah dan tidak benar.

    Oleh itu, cara terbaik untuk memastikan anda bebas jangkitan adalah dengan melakukan ujian pemeriksaan jika anda ada terlibat dengan sebarang aktiviti seks berisiko sebelum ini.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Gabriel Tang Pei Yung

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 09/04/2021

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan