backup og meta

Kelebihan & Kekurangan Ambil Sarapan Pagi, Ada Sebab Kenapa Ia Penting!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 17/08/2022

    Kelebihan & Kekurangan Ambil Sarapan Pagi, Ada Sebab Kenapa Ia Penting!

    Mungkin ada daripada kita yang kurang gemar sarapan pagi atas pelbagai faktor seperti tidak mempunyai banyak waktu, keluar rumah pada awal pagi dan mungkin juga malas atau tidak selera.

    Apapun alasan yang anda akan berikan, sarapan tetap menjadi hidangan yang paling penting di dalam satu hari tersebut.

    Jika anda ‘skip’ waktu sarapan pagi anda, anda juga sebenarnya telah ‘skip’ satu manfaat yang sepatutnya dinikmati oleh tubuh badan anda pada hari tersebut.

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Pemakanan Sihat, sila dapatkannya di sini.

    Mengapa sarapan pagi sangat penting untuk saya?

    Sarapan sebenarnya memberikan banyak manfaat pada tubuh anda.

    Pertama sekali, sarapan memulakan metabolisme anda yang membantu tubuh badan membakar lebih banyak kalori pada hari tersebut.

    Apabila anda mengambilnya, anda sebenarnya memberitahu tubuh badan anda bahawa terdapat beberapa kalori yang akan diambil lagi pada hari itu.

    Apabila anda tidak bersarapan, tubuh anda mendapat mesej bahawa ia perlu menyimpan berbanding membakar kalori yang akan diambil kemudian.

    sarapan pagi

    Menurut Dr. Christy C. Tangney, pakar pemakanan klinikal di Rush University Medical Center, kajian telah menunjukkan bahawa walaupun individu yang tidak mengambil sarapan dan hanya mengambil sedikit kalori pada hari tersebut, mereka lebih cenderung untuk memiliki indeks jisim badan atau BMI yang lebih tinggi

    Sarapan memberikan perkadaran yang signifikan bagi pengambilan jumlah nutrien harian.

    Ia juga memberikan anda nutrien penting seperti folat, zat besi, vitamin B dan serat.

    Vitamin-vitamin penting, mineral dan nutrien-nutrien lain hanya boleh diperoleh daripada sumber pemakanan sahaja.

    Oleh itu, walaupun tubuh badan anda masih boleh mendapatkan tenaga yang mencukupi untuk keesokan hari, anda masih perlu menambahkan jumlah vitamin dan mineral untuk mengekalkan kesihatan dan kecergasan tubuh.

    Sebagai sumber glukosa dalam tubuh badan?

    Glukosa adalah sumber tenaga bagi tubuh badan individu.

    Ia dipecahkan atau diuraikan dan diserap daripada karbohidrat yang anda makan.

    Pada waktu pagi, apabila anda tidak mendapat bekalan makanan selama beberapa jam selepas bangun daripada tidur, simpanan glikogen anda telah berkurangan.

    Glikogen adalah glukosa yang telah disimpan dalam tisu otot dan hati, yang mana akan dilepaskan perlahan-lahan dalam tempoh semalaman untuk memastikan tahap gula darah anda kekal stabil.

    Apabila kesemua tenaga daripada simpanan glikogen telah digunakan, tubuh badan anda akan mula menguraikan asid lemak untuk menghasilkan tenaga yang diperlukan oleh tubuh.

    Tanpa karbohidrat, asid lemak hanyak teroksida sebahagian sahaja yang boleh menyebabkan tahap tenaga yang berkurangan.

    Melalui pengambilan sarapan pagi, ia dapat mengembalikan simpanan glikogen dan meningkatkan tahap tenaga dan juga metabolisme anda.

    sarapan pagi

    Golongan muda perlu makan waktu pagi!

    Antara sebab mengapa kanak-kanak memerlukan sarapan adalah kerana tubuh mereka sedang mengalami tumbesaran dan mereka memerlukan nutrien yang mencukupi untuk membantu mereka membesar.

    Kanak-kanak yang tidak bersarapan mempunyai kesukaran untuk memberikan fokus atau penumpuan terhadap pembelajaran mereka.

    Selain itu, mereka akan mudah letih dan juga mengganggu mood mereka.

    Terdapat satu kajian yang menunjukkan bahawa kanak-kanak yang mengambil sarapan pagi mempunyai keputusan ujian yang lebih tinggi berbanding kanak-kanak yang tidak mengambil sarapan.

    Kanak-kanak yang tidak bersarapan juga lebih cenderung untuk memakan makanan ringan lalu menyebabkan mereka mempunyai berat badan yang berlebihan.

    Sekiranya anak-anak anda tidak mahu bersarapan di rumah, bekalkan mereka dengan makanan atau snek yang boleh mereka makan dalam perjalanan ke sekolah atau semasa waktu rehat.

    Ini untuk mengelakkan mereka daripada mengambil snek yang tidak sihat semasa berada di sekolah.

    Kelebihan jika anda makan sarapan

    sarapan pagi

    Pelbagai kajian telah menunjukkan manfaat jika anda memulakan hari anda dengan pengambilan sarapan, antaranya ialah:

    • Mempunyai nilai indeks jisim badan atau BMI yang rendah
    • Pengambilan lemak yang lebih sedikit sepanjang hari
    • Memenuhi saranan pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran
    • Mempunyai pengambilan kalsium harian yang lebih tinggi
    • Mempunyai pengambilan serat harian yang lebih tinggi
    • Mempunyai prestasi yang lebih baik seperti memori dan penumpuan bagi kanak-kanak sekolah

    Menurut Dr. Christy, sekiranya anda memulakan hari anda dengan pemakanan yang sihat dan memuaskan pada waktu sarapan pagi, anda cenderung untuk kurang mengambil makanan yang kurang sihat sepanjang hari yang mana sering dilakukan jika kita berada dalam keadaan lapar

    Kekurangan jika anda tidak sarapan

    Selain itu, banyak kajian juga telah menunjukkan beberapa kekurangan yang akan berlaku jika anda ‘skip’ sarapan anda. Antaranya ialah:

    • Lebih cenderung untuk memiliki berat badan yang berlebihan
    • Kurang cenderung untuk memenuhi saranan pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran
    • Lebih cenderung untuk mengambil snek yang tidak sihat
    • Mengurangkan prestasi mental. Sarapan membantu dalam pembelajaran kerana ia memberi kesan dalam penumpuan
    • Sarapan pagi yang tinggi serat membantu mengurangkan keletihan

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Joseph Tan

    Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 17/08/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan