backup og meta

Hubungan Toksik, Ini 14 Tanda Anda 'Kaki Kongkong'! Jangan Teruskan Kalau Nak Kekal Lama

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 27/06/2023

    Hubungan Toksik, Ini 14 Tanda Anda 'Kaki Kongkong'! Jangan Teruskan Kalau Nak Kekal Lama

    Apa itu perkahwinan toksik? Amnya ada beberapa perkara yang mungkin kelihatan normal untuk dilakukan, tetapi ia sebenarnya boleh merosakkan hubungan perkahwinan anda

    Apakah perkara-perkara tersebut? Ikuti jawapannya di bawah ini.

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Seksual, sila dapatkannya di sini.

    Contoh situasi yang boleh anda gambarkan perkahwinan toksik

    Ada sesetengah pasangan, tidak kira suami mahupun isteri, mempunyai sedikit isu berkaitan layanan kepada pasangannya.

    Memandangkan pasangannya tidak memiliki ciri atau perangai sepertinya, segala perkara yang dilakukan akan kelihatan salah dan sentiasa mempunyai kesilapan. 

    Adakalanya, pasangan anda akan melakukan beberapa perkara yang sedikit menjengkelkan pada pandangan anda tanpa sengaja.

    Contohnya, suami anda telah menghilangkan kunci kereta tanpa sengaja, mempunyai selera fesyen yang teruk atau terlupa untuk memakan ubat seperti yang sepatutnya.

    Kemudian berlakulah sedikit drama di mana anda bertindak seolah-olah anda merupakan ibu atau bapa kepada suami anda. Bagaimana?

    Anda memarahinya kerana menghilangkan kunci kereta yang tidak disengajakan itu.

    Anda juga menyuruh suami memakai pakaian yang anda beli, semata-mata tidak mahu melihatnya berketerampilan tidak kena pada mata anda. 

    Tanpa anda sedari itu adalah ciri-ciri pasangan yang toksik.

    Baca juga:

    Kenapa anda tidak patut melayan pasangan suami isteri anda seperti seorang kanak-kanak?

    Adakah ini yang dikatakan sebagai hubungan yang sihat? Tidak sama sekali.

    Inilah contoh yang dikatakan sebagai satu layanan seolah-olah suami anda adalah seorang kanak-kanak.

    Apabila anda melayannya sebegini rupa, ini hanya akan menunjukkan bahawa anda kurang atau tidak menerima diri si dia seadanya.

    Ia juga menunjukkan bahawa anda kurang menghormati pilihan pasangan anda sendiri.

    Selain itu, layanan seperti ini hanya akan merendah-rendahkan si dia dan menjadikan dirinya tidak produktif.

    perkahwinan toksik

    Pasangan anda akan perlahan-lahan menjadi marah atau berasa geram terhadap controlling issue yang anda lakukan ini. Maka, secara perlahan-lahan juga anda telah mula merosakkan hubungan perkahwinan yang telah terjalin.

    Tanda-tanda terdapatnya ‘tingkah laku keibubapaan’ dalam perkahwinan toksik

    Tingkah laku keibubapaan hanya sesuai dalam situasi antara anda dan anak anda.

    Ia tidak sesuai digunakan sama sekali terhadap pasangan kerana ia menanda perkahwinan toksik. Antara tingkah laku yang menunjukkan tanda-tanda penguasaan anda terhadap si dia ialah:

    • Anda memilih pakaian yang anda rasa dia patut pakai. Anda singkirkan kegemaran dan pilihannya
    • Gaya perbualan bersama si dia mempunyai nada suara keibubapaan
    • Anda meletakkan makanan ke dalam pinggan si dia dan memotongkan daging untuknya
    • Anda memaksanya untuk menghabiskan makanan atau makan kesemua sayuran yang tidak disukainya
    • Mengejutkan si dia pada setiap pagi mengikut waktu yang anda inginkan
    • Anda mengemaskan beg pakaiannya walaupun pasangan anda lebih gemar melakukannya sendiri
    • Anda menyikat rambutnya mengikut minat anda
    • Anda percaya bahawa salah satu daripada peranan anda adalah untuk memperbetulkan kelakuan mereka
    • Anda bersifat terlalu melindungi (overprotective)
    • Anda membuat janji temu doktor untuk pasangan anda
    • Anda membeli pakaian untuk si dia
    • Anda mengisi borang-borang perubatan dan undang-undang untuknya
    • Anda kemaskan segala perkara yang ditinggalkan oleh si dia
    • Anda mengetahui keberadaan segala perkara peribadi milik pasangan anda seperti cermin mata, kunci kereta atau dompet

    perkahwinan toksik

    Bagaimana anda boleh menghentikan perkahwinan toksik ini?

    Perkara pertama yang perlu anda sedar adalah sikap keprihatinan kepada pasangan anda adalah sesuatu yang normal.

    Ia mula menjadi tidak normal apabila anda melebihi batas yang sepatutnya dengan mula mengawal tingkah laku pasangan anda seperti seorang kanak-kanak.

    Antara perkara yang boleh dilakukan untuk menghentikan tingkah laku ini ialah:

  • Berbincang bersama suami isteri dalam semua hal, seperti isu kekotoran yang dilakukannya dan dia perlu membersihkannya sendiri
  • Berhati-hati dengan tindakan anda dan berhenti melayaninya seperti seorang kanak-kanak
  • Jangan sentiasa memperbetulkan atau mengkritik segala tindakan remeh yang dilakukan oleh si dia. Contohnya, jangan mengkritik caranya melipat pakaian atau caranya mengemas bilik
  • Biarkan pasangan anda melakukan sedikit kesilapan dan hadapi kesannya disebabkan oleh tingkah lakunya sendiri
  • Elakkan penggunaan nada ‘keibubapaan’ apabila bercakap bersama si dia
  • Terima kenyataan bahawa si dia sememangnya tidak suka dilayan seperti seorang kanak-kanak
  • Dapatkan khidmat kaunseling jika ia tidak berkesudahan

    perkahwinan toksik

    Jika anda atau pasangan anda benar-benar tidak boleh menghentikan tingkah laku sebegini, ini bermakna bahawa terdapat sedikit masalah atau perkara yang tidak normal berlaku dalam perhubungan anda.

    Apa yang perlu dilakukan adalah dengan pergi mendapatkan perkhidmatan kaunseling atau terapi pasangan daripada kaunselor yang bertauliah.

    Ini adalah langkah yang boleh anda lakukan jika perkahwinan toksik benar-benar tidak dapat dihentikan dan memberi kesan negatif terhadap kehidupan anda.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Panel Perubatan Hello Doktor


    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 27/06/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan