Wanita Bandar Putus Haid Lebih Awal?

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 22/06/2020 . 2 minit bacaan
Share now

Setiap wanita akan melalui fasa putus haid atau lebih dikenali sebagai menopaus suatu hari nanti. Kebiasaannya, mereka akan mengalami fenomena ini apabila mereka berusia di antara 50 hingga 55 tahun. Namun, baru-baru ini, kajian menunjukkan wanita yang tinggal di bandar akan putus haid lebih awal berbanding dengan wanita yang tinggal di luar bandar. Ingin tahu mengapa? Ikuti artikel ini untuk mendapatkan maklumat selanjutnya.

Menopaus; bukan penyakit

Ada perbezaan besar antara wanita yang tidak subur dan wanita berpenyakit. Jika seseorang wanita itu berpenyakit, ia mungkin boleh menyebabkan ketidaksuburan namun tidak semua ketidaksuburan mesti dikaitkan dengan penyakit.

Menopaus adalah merupakan satu fenomena di mana kitaran haid seorang wanita terhenti untuk tempoh sekurang-kurangnya 12 bulan. Hal ini berlaku kerana ovari tidak lagi mengeluarkan dua hormon penting dalam mengekalkan kesuburan wanita iaitu estrogen dan progestron. Tanpa kedua-dua hormon ini, kemampuan reproduktif wanita tamat serta-merta.

Usia menopaus bagi setiap wanita adalah berbeza bergantung kepada faktor gaya hidup individu tersebut seperti penggunaan ubat perancang, merokok, obesiti dan kekerapan melakukan aktiviti fizikal. Purata wanita di Malaysia mengalami menopaus pada usia di antara 45 hingga 52 tahun.

Putus haid setahun lebih awal?

Baru-baru ini, sekumpulan pengkaji yang diketuai oleh Dr. Kai Triebner telah menerbitkan satu kajian berkenaan dengan kesan persekitaran hijau dan kehidupan urban terhadap usia menopaus dalam kalangan 1955 wanita. Kajian ini agak menarik kerana wanita yang tinggal di luar bandar mengalami menopaus pada usia 16 bulan lebih lewat berbanding dengan wanita yang tinggal di kawasan bandar.

Secara tidak langsung, ini bermaksud bahawa wanita yang tinggal di luar bandar mempunyai risiko yang lebih rendah untuk mendapat komplikasi menopaus seperti sakit jantung dan tulang rapuh (osteoporosis). Perkara ini bertepatan dengan kajian yang dibuat oleh Ossewaarde pada tahun 2005. Mereka mendapati bahawa wanita yang mengalami menopaus pada usia yang lanjut mempunyai risiko untuk mendapat penyakit jantung yang rendah.

Hubungan di antara menopaus dan stres

Bermula daripada saat wanita mendapat haid sehingga mereka mencapai menopaus, hormon oestrogen perlahan-lahan mengalami penurunan kadar rembesan sehingga tidak cukup untuk ia menampung fungsi sistem reproduktif. Walaubagaimanapun, kadar rembesan hormon tersebut boleh terganggu sekiranya hormon kortisol mencapai tahap yang tinggi di mana ia boleh mengurangkan penghasilan hormon oestrogen seterusnya menyebabkan kitaran haid tidak teratur. Hormon kortisol dihasilkan oleh kelenjar adrenal ketika stres.

Mereka yang tinggal di bandar kebiasaannya mengalami tahap stres yang lebih tinggi berbanding dengan mereka yang tinggal di luar bandar. Memikirkan kos hidup yang tinggi, terpaksa mengambil masa tambahan untuk bekerja, tersekat dalam kesesakan jalan raya; ini adalah merupakan contoh situasi yang dapat meningkatkan tahap stres semasa tinggal di bandar. Satu kajian yang dibuat oleh Universiti Dalhousie, Canada mendapati, wanita yang bekerja pada waktu malam mempunyai 9 peratus risiko untuk menopaus awal berbanding dengan populasi wanita umum.

Persekitaran luar bandar yang dikelilingi oleh tumbuh-tumbuhan hijau dapat menurunkan kadar rembesan kortisol seterusnya meningkatkan rembesan oestrogen. Menurut kajian Dr Kai, ia terbukti melambatkan usia wanita mencapai fasa menopaus seterusnya meningkatkan kualiti hidup dalam jangka masa panjang. Jadi, buat wanita di luar sana, luangkan lebih masa anda di persekitaran yang hijau kerana ia penting untuk kesihatan anda secara umum.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Stres! Tiap Kali DATANG BULAN Mesti Berat Badan Naik, Ini Faktor Wanita Gemuk Ketika Period

    Apabila menimbang berat badan hari-hari biasa hasilnya normal sahaja, tetapi ketika 'datang bulan', angka terus naik! Pernahkah anda mengalami situasi ini?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Wanita 06/01/2021 . 3 minit bacaan

    Selain Lemah Orgasme, Lelaki Kurang Hormon Seks Juga Selalu Murung! Check Tanda Ini Cepat

    Kekurangan androgen adalah ketika tubuh mempunyai tahap hormon seks lelaki yang lebih rendah berbanding yang diperlukan, terutamanya testosteron.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Lelaki 05/01/2021 . 3 minit bacaan

    SEMBELIT Masalah Lazim Selepas Menopaus! Jadi, Wanita Sila Siap Sedia Dengan 3 Solusi Ini

    Para wanita, terutamanya pada yang sudah berusia, pernahkah anda mengalami masalah sembelit selepas fasa menopaus? Apakah cara untuk merawatnya?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Wanita 29/12/2020 . 3 minit bacaan

    Wah! Rupa-rupanya Ada Banyak Manfaat Jika Berenang Pada Waktu Malam

    Kita semua tahu akan manfaat berenang, ia adalah senaman sihat yang menguatkan otot seluruh badan. Namun, apakah kesan berenang di waktu malam pada tubuh?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Gaya Hidup Sihat, Kecergasan 24/12/2020 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    membunuh diri

    Jika Pernah Terlintas Ingin Membunuh Diri, Usah Berdiam! Lakukan 3 Perkara Ini

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Diterbitkan pada 19/01/2021 . 3 minit bacaan
    garis hitam

    Tak Hamil, Tapi Kenapa Ada Garis Hitam Di Perut? Ini Punca & Cara Hilangkannya!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 18/01/2021 . 3 minit bacaan
    tahap stres

    Ini 7 Kesan Stres Terhadap Tahap Kesihatan Kaum Adam, Salah Satunya Lelaki Stres TAK TAMPAN

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 12/01/2021 . 3 minit bacaan
    IUD terkeluar seks kasar

    Betul Ke Alat Pencegah Kehamilan IUD Boleh Terkeluar Kalau Lakukan SEKS KASAR?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 11/01/2021 . 3 minit bacaan