Vagina Kerap Berbau, Cuba Rawatnya Dengan 5 Cara Semulajadi Ini, Tak Perlu Ubat Lagi!

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 16/09/2020 . 3 minit bacaan
Share now

Ramai dalam kalangan wanita segan tetapi diam-diam ingin tahu petua hilangkan bau miss V secara semula jadi.

Lagi-lagi mereka yang sudah berkahwin, tentu akan rasa malu ketika bersama dengan suami jikalau ada masalah faraj berbau kurang enak.

Walau bagaimanapun, para wanita harus tahu bahawa kadangkala jika miss v berbau, ia merupakan satu keadaan yang normal.

Mari kita kupas isu ini selanjutnya mengenai bau faraj serta petua hilangkan bau miss V secara semula jadi.

Normalkah jika faraj berbau?

Jawapannya, ya.

Tidak semua bau faraj harus dirisaukan. Selalunya, bau faraj akan bertukar intensitinya sepanjang kitaran haid, dan biasanya lebih kuat selepas bersenggama.

Bau faraj terjadi dengan kombinasi lendiran daripada faraj, kelenjar peluh di sekitarnya dan baki air kencing. Jika faraj anda berbau ringan sahaja, ia normal.

Faraj wanita mempunyai sistem pembersihan yang tersendiri. Walaupun telah dibersihkan dengan sabun atau air, faraj akan kembali berbau lagi setelah beberapa jam hasil daripada kombinasi cecair yang dinyatakan di atas.

Perubatan natural, berkesankah ia menangani faraj berbau?

Walaupun faraj berbau itu normal, tapi bagi wanita yang rasa tidak selesa dengan bau yang menyengat, ada cara tradisional untuk tanganinya seperti dicadangkan dalam perubatan Melayu lama.

Berikut cara tradisional bagi merawat masalah faraj berbau dengan menggunakan herba.

faraj berbau

Daun kemangi

Daun Kemangi atau lebih dikenali sebagai daun basil, bersifat antibakteria dan antioksidan kerana mengandungi komposisi bahan kimia semula jadi eugenol di dalamnya.

Jika diletakkan dalam makanan atau minuman anda selang 2 minggu, ia mampu membantu untuk membasmi kuman dan mengelakkan faraj berbau.

Namun, daun kemangi tidak digalakkan untuk dicampurkan dengan sabun kerana faktor risiko untuk faraj menjadi kering.

Daun sirih

Seperti daun kemangi, daun sirih juga mempunyai komposisi eugenol yang mampu membantu membasmi kuman dan mengelakkan faraj dari berbau.

Selalunya, daun sirih akan direbus selama 10 minit sehingga pekat bagi mendapatkan ekstrak dan pati eugenol.

Setelah dibiarkan sejuk, air sirih tersebut boleh digunakan sebagai pencuci faraj semasa mandi.

Daun pandan

Selain daripada mengandungi eugenol juga, daun pandan ternyata mempunyai bau wangian yang tersendiri.

Seperti daun kemangi, daun pandan selalunya dijadikan minuman.

Setelah dicuci, daun pandan akan ditumbuk secara halus. Selepas itu, ia akan ditapis untuk mengambil hanya airnya.

Rasanya memang kelat sedikit, tetapi jika dicampurkan dengan sesudu madu dan disejukkan, ia sedap untuk diminum.

Air pandan disyorkan untuk diminum setiap hari selama tempoh 2 minggu yang pertama, dan jika ia berkesan, boleh dikurangkan kepada kadar 2 atau 3 kali seminggu.

Bau miss V

Lidah buaya

Lidah buaya atau aloe vera telah banyak digunakan dalam bidang farmaseutikal organik kini.

Komposisi kimia semula jadi yang ada dalam lidah buaya mampu membantu mengelakkan faraj berbau.

Cara menggunakannya sama seperti daun pandan di mana anda perlu menumbuk atau mengisar daun lidah buaya sehingga halus.

Kemudian tapiskan lendirannya dan minum bersama sesudu madu.

Minuman kesihatan ini boleh diamalkan setiap hari selama 2 minggu, dan jika bau faraj anda berkurangan, bolehlah diamalkan 2 atau 3 kali seminggu.

Kacip fatimah

Kacip fatimah telah digunakan dalam perubatan melayu berzaman lamanya. Bukan saja bersifat antioksidan yang tinggi, tumbuhan ini juga membantu dalam pembentukan kolagen kulit.

Ia selalu dijadikan minuman seperti yang telah banyak dikomersialkan. Anda pun boleh membuat minuman sendiri di rumah.

Pertama, bersihkan 2 hingga 3 inci akar kacip fatimah dan rebuskan dalam air sehingga air rebusan menjadi separuh.

Campurkan sesudu atau dua sudu besar ke dalam gelas yang berisi air kosong dan sesudu madu.

Minuman ini boleh diamalkan setiap malam sehingga tiada lagi masalah faraj berbau.

Faraj berbau, usah risau lagi

Herba-herba yang dijelaskan mampu membantu menangani masalah faraj berbau dan kini banyak disokong oleh kajian sains.

Namun begitu, anda harus tahu bahawa pemakanan memainkan peranan penting juga.

Elakkan mengambil makanan yang berbau kuat seperti bawang mentah, petai dan jering.

Amalkan pula makanan yang kaya dengan probiotik untuk menyokong pembiakan kuman baik di faraj anda seperti yogurt, tempe dan sebagainya.

Jika masalah berlarutan bersama simptom lain, sila dapatkan rawatan daripada pegawai perubatan anda.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

7 Manfaat Kacip Fatimah Untuk Wanita, Tak Sangka Ia Bukan Bagus Untuk Kesihatan Faraj Sahaja!

Kacip Fatimah sinonim dalam kalangan wanita. Selain baik untuk mereka yang mengalami masalah pembiakan, manfaat kacip fatimah juga adalah merawat sembelit.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Farah Aziz

Artikel lain untuk anda

kacip fatimah

Khasiat Kacip Fatimah Diperakui, Tapi Wanita Hamil Dan Ibu Menyusu Boleh Makan Ke?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Diterbitkan pada 04/08/2020 . 3 minit bacaan
tampon tersangkut pada alat kelamin wanita

Biasa Pakai Tampon Ketika Haid, Tapi Apa Nak Buat Kalau Tampon Tersangkut Dalam Faraj?

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Diterbitkan pada 13/07/2020 . 3 minit bacaan
bau miss v yang normal

Normal Ke Miss V Berbau Seperti Ikan Busuk? Bau Faraj Yang Sihat Bagaimana?

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Diterbitkan pada 04/05/2020 . 4 minit bacaan
faraj berbau

Ada Banyak Sebab Mengapa Vagina Berbau, Ini 2 Cara Berkesan Untuk Rawat Tanpa Perlu Ubat

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 15/11/2018 . 2 minit bacaan