Alami Gejala PCOS? Boleh Cuba Kaedah Kawalan Kelahiran Ini Untuk Kurangkannya

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Diterbitkan pada 02/10/2020 . 3 minit bacaan
Share now

Wanita yang mempunyai sindrom ovari polisistik (PCOS) mempunyai kitaran haid yang terganggu dan tidak menentu berbanding wanita yang normal.

Namun, ia bukanlah satu perkara besar yang perlu dirisaukan kerana anda masih boleh mengawalnya dengan baik.

Bagi wanita yang mempunyai sindrom ini, ada beberapa cara kawalan kelahiran yang boleh membantu anda untuk mengawal simptom sindrom PCOS daripada terus berlaku.

Berikut adalah antara jenis-jenis kawalan kelahiran yang boleh membantu anda mengurangkan simptom yang terjadi.

Pil kontraseptif untuk wanita dengan sindrom ovari polisistik

sindrom ovari polisistik

Pil kontraseptif adalah pilihan yang paling berkesan dan juga paling biasa digunakan bagi mengawal simptom-simptom PCOS. Terdapat 2 jenis pil kontraseptif iaitu pil kombinasi dan juga pil progestin.

Kedua-duanya bukan hanya berkesan merawat simptom PCOS, tetapi juga boleh membantu anda berovulasi, mempunyai haid yang normal, dan mengurangkan kesakitan akibat haid.

Selain itu, pil ini juga berupaya mengurangkan kekejangan dan mencegah risiko beberapa jenis kanser. 

Pil kombinasi

Pil kombinasi mengandungi kedua-dua estrogen dan progestin, dua hormon sintetik yang sama dengan hormon yang dihasilkan secara semula jadi oleh ovari anda.

Jumlah hormon yang terdapat dalam setiap pil berbeza-beza mengikut jenama. Anda boleh memilih pil dengan formula yang lebih rendah atau tinggi. 

Pil progestin

Pil ini juga dikenali sebagai pil mini, adalah alternatif yang berkesan untuk wanita yang mempunyai PCOS dan tidak dapat mengambil pil kombinasi.

PCOS menyebabkan anda mempunyai tahap hormon progesteron yang rendah.

Pil progestin akan meningkatkan hormon progesteron anda, yang akan menyebabkan anda mempunyai kitaran haid yang normal selain menurunkan risiko kanser endometrium. Pil progestin boleh mengandungi sehingga 35 mcg progestin sintetik.

Patch kulit

Patch kontraseptif adalah sejenis patch plastik nipis yang mengandungi kandungan hormon estrogen dan progestin.

Anda perlu memakai patch selama 21 hari dan menanggalkannya selama tujuh hari untuk membolehkan kitaran haid berlaku, kemudian gantikan dengan patch yang baharu.

Seperti mana pengambilan pil, patch boleh membantu anda untuk:

  • Berovulasi
  • Mengawal kitaran haid
  • Mengurangkan kembung perut dan kekejangan
  • Mengurangkan jerawat
  • Mengurangkan pertumbuhan bulu badan
  • Merendahkan risiko untuk mendapat kanser

Kesan sampingan yang biasa berlaku termasuklah:

  • Iritasi pada kulit
  • Loya dan muntah-muntah
  • Perubahan emosi
  • Payudara mengalami pembengkakan
  • Sakit kepala
  • Pertambahan berat badan
  • Tekanan darah tinggi

Gelung atau cincin faraj

Cincin kontraseptif (NuvaRing) adalah cincin plastik lembut dan fleksibel yang anda masukkan ke dalam faraj anda.

Anda perlu memakai cincin tersebut selama 21 hari, tanggalkannya selama 7 hari untuk kitaran haid anda berlaku, dan kemudian gantinya dengan yang baharu untuk bulan berikutnya.

Seperti mana penggunaan pil dan juga patch, cincin faraj juga boleh membantu anda untuk:

  • Berovulasi
  • Mengawal kitaran haid
  • Mengurangkan kembung perut serta kekejangan perut
  • Mengurangkan jerawat
  • Mengurangkan bulu badan yang berlebihan
  • Mengurangkan risiko anda untuk mendapat kanser

Antara kesan sampingan yang boleh berlaku akibat pengambilan gelung faraj ini ialah:

  • Sakit kepala
  • Rasa pening kepala
  • Loya tekak
  • Payudara yang mengalami bengkak
  • Keletihan
  • Pertambahan berat badan
  • Perubahan pada selera makan dan minum

Adakah penggunaan kaedah kawalan kelahiran ini boleh mengawal simptom sindrom ovari polisistik?

sindrom pcos

Kawalan kelahiran berbentuk kombinasi tidak kira sama ada dalam bentuk pil, cincin, atau patch, adalah kaedah rawatan yang paling popular dan disyorkan untuk PCOS.

Sekiranya anda tidak dapat mengambil pil kombinasi atau menggunakan kaedah kombinasi lain, doktor mungkin akan mengesyorkan pil progestin sahaja.

Terdapat juga beberapa alternatif lain, termasuklah:

  • Terapi progesteron: Anda boleh mengambil progesteron selama 10 hingga 14 hari setiap satu hingga dua bulan. Rawatan ini tidak mencegah kehamilan atau meningkatkan tahap androgen, tetapi dapat membantu mengatasi simptom PCOS anda
  • Peranti intrauterin yang mengandungi progestin (IUD): IUD yang mengandungi progestin dapat membantu meredakan gejala PCOS dengan cara yang sama seperti pil atau pil progestin sahaja
  • Metformin: Ubat ini sebenarnya adalah untuk diabetes jenis 2, berjenama Glucophage, yang bertindak menurunkan tahap insulin dan androgen dan meningkatkan daya tahan insulin. Rintangan insulin biasanya berlaku dengan PCOS, dan metformin mungkin digunakan untuk mengubati masalah ini. Beberapa kajian menunjukkan bahawa ia dapat membantu menghidupkan semula ovulasi dan menyebabkan kitaran haid kembali normal

Kesimpulan

Kaedah kawalan kelahiran sememangnya dapat membantu mengawal gejala sindrom PCOS seperti haid yang tidak teratur. Ia juga boleh memberikan beberapa manfaat lain selain daripada meredakan gejala sindrom PCOS termasuklah mengurangkan risiko kanser.

Anda boleh menggunakan kaedah kawalan kelahiran ini sebagai salah satu cara untuk mengurangkan simptom sindrom PCOS yang anda alami.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

Wanita Sering Berasa Sakit Pada Bahagian Pelvis? Mungkin Penyebabnya Ada Dalam 9 Perkara Ini

Bagi para wanita, kesakitan pada pelvis mungkin merupakan tanda kekejangan haid, ovulasi, atau masalah gastrousus seperti intoleransi makanan.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Wanita 07/10/2020 . 3 minit bacaan

Usus Kotor? Petandanya Ada Pada Kulit Wajah Anda! Ini Cara Atasi Kulit Berjerawat Akibat Usus Kotor

Kulit adalah pengukur hebat keadaan dalam badan anda. Namun adakah masalah kulit boleh menjadi petanda keadaan usus kotor? Ikuti penjelasan ini.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Pusat Kesihatan, Penyakit Perut/Gastrousus 05/10/2020 . 3 minit bacaan

5 Sebab Mengapa Tak Hamil Walaupun Ada Ovulasi, Para Wanita WAJIB Ambil Tahu Jika Nak Anak!

Mengapa masih tidak hamil sedangkan ketika tempoh subur anda melakukan hubungan seks? Apakah punca yang mungkin menjadi penyebabnya? Ikuti penjelasan ini.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Kehamilan, Rancang Kehamilan 29/09/2020 . 3 minit bacaan

Pil Perancang Keluarga Untuk Lelaki – Adakah Ia Sudah Wujud Atau Masih Dalam Kajian?

Buat anda yang tertanya-tanya dan terfikir sama ada pil perancang keluarga untuk lelaki sudah wujud atau belum, ini jawapannya. Jom klik untuk tahu!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Gaya Hidup Sihat, Seks Hubungan 22/09/2020 . 3 minit bacaan

Artikel lain untuk anda

masalah kesuburan wanita

Tak Tahu Sudah Lepas Waktu Subur Atau Belum? Kenal Pasti 5 Tanda Ovulasi TIDAK Berlaku

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 19/10/2020 . 3 minit bacaan
haid dua kali sebulan

“Eh.. Kenapa Bulan Ini Dua Kali Datang Haid?” Takutnya! Normal Atau Tidak?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Diterbitkan pada 15/10/2020 . 3 minit bacaan
seks semasa hamil

Seks Semasa Haid Bukan Sahaja Kotor Tapi Juga Bahaya! Kalian Mungkin Terkena Penyakit Ini!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Diterbitkan pada 12/10/2020 . 3 minit bacaan
kesan buang rahim

Hai Wanita! Buang Rahim BUKAN Punca Berat Badan Turun, Tapi Ada KESAN Lain Pada Tubuh

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 09/10/2020 . 3 minit bacaan