backup og meta

Faraj Yang Lembap Adalah Tanda Miss V Sihat & Normal, Tapi Bagaimana Pula Jika Terlalu Basah?

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Nisreen Nadiah · Disemak pada 12/07/2022

    Faraj Yang Lembap Adalah Tanda Miss V Sihat & Normal, Tapi Bagaimana Pula Jika Terlalu Basah?

    Sekiranya kalian fikir miss v basah ketika mengalami syahwat, anda silap! Mari ikuti ‘kelas kesihatan’ faraj ini bersama penulis.

    Begitu banyak salah faham berkisarkan faraj dan kesihatannya, tetapi sudah tiba masanya kalian memahami asasnya dengan betul!

    Untuk pengetahuan pembaca sekalian, terutamanya kaum Hawa, mempunyai keadaan miss V basah adalah cukup normal.

    Bahkan menurut Dr Mukta Paul, Pakar Sakit Puan di Columbia Asia Hospital, Pune, faraj basah adalah tanda yang baik.

    Malah, mempunyai faraj yang kering lebih bermasalah! Ini kerana kondisi tersebut berisiko menyebabkan kegatalan dan ruam untuk berlaku.

    Miss V basah, apa puncanya?

    Kita tidak bercakap mengenai seks di sini. Memang sudah sedia maklum, faraj bakal mengeluarkan cecair, lebih-lebih lagi apabila ingin bersenggama.

    Cecair ini adalah lendiran serviks yang dilepaskan oleh faraj, ketika aliran darah tinggi.

    Ia adalah cecair seakan gel yang dihasilkan oleh serviks anda, dan dirangsang oleh hormon estrogen.

    Cecair faraj mempunyai banyak komponen, termasuk:

    • Air: Cecair miss V mengandungi lebih daripada 90% air
    • Garam: Cecair miss V adalah kira-kira 1% garam, termasuk natrium klorida, kalsium, dan fosfat
    • Sebatian organik: Asid amino, lipid, dan glikogen juga terkandung
    • Sel-sel lama: Sel-sel yang melapisi faraj, rahim, dan serviks secara berkala bakal gugur dan meninggalkan tubuh melalui cairan faraj
    • Antibodi: Cairan mungkin mengandungi antibodi yang mengurangkan risiko beberapa jangkitan

    Untuk makluman pembaca, cecair miss V basah dapat muncul dalam pelbagai warna dan setiap warna ini mempunyai makna yang berbeza.

    Tapi, normalkah jika miss V basah?

    miss v basah

    Sama sekali tidak! Malah, itu bukan petanda yang baik…

    Sekiranya anda sampai perlu menukar seluar dalam beberapa kali dalam tempoh masa singkat, maka ini petanda buruk kerana anda mungkin menderita jangkitan!

    Tahap basah dan lembap kawasan intim bergantung pada beberapa perkara, terutamanya tahap dan turun naik hormon, kata Dr. Angela Jones, Pakar Sakit Puan dan Penasihat Kesihatan Seksual Astroglide.

    Jelasnya, wanita dalam fasa menopaus mempunyai kelembapan alat sulit yang rendah dek kekurangan hormon estrogen.

    Selain itu, fasa seseorang wanita dalam kitaran haid mereka juga akan memainkan peranan dalam tahap kelembapan miss V.

    Sekitar tempoh ovulasi, keputihan lebih banyak terhasil dengan konsistensi yang lebih nipis lantas membuatkan miss v basah berbanding hari-hari lain.

    Walaupun begitu, jika anda mengalami ‘kebasahan’ yang melampau, ini mungkin menjadi tanda amaran yang perlu diberikan perhatian!

    Miss V basah secara tidak normal berupaya menjadi indikasi kepada 3 masalah, merangkumi:

  • Vaginosis bakteria
  • Sindrom kesesakan pelvis (PCS)
  • Desquamative vaginitis
  • Bagi masalah vaginosis bakteria, ia adalah jangkitan kemaluan yang ringan, dan bukanlah penyakit jangkitan kelamin (STD).

    Dalam kes ini, keseimbangan antara bakteria baik dan buruk terjejas, menyebabkan keputihan yang berbau berwarna kelabu keputihan atau kuning.

    Jangkitan ini juga biasanya berlaku apabila anda mempunyai tabiat bertukar-tukar pasangan seks. Maka, setialah pada yang satu ya!

    Faraj basah turut boleh disebabkan oleh sindrom kesesakan pelvis. Keadaan ini terjadi saat aliran darah di kawasan kemaluan menjadi terlalu tinggi, mengakibatkan kebasahan.

    Untuk makluman, masalah ini selalu terjadi namun sering didiagnosis secara tidak betul.

    Dalam kes ini, kelembapan alat kelamin juga disertai dengan kesakitan semasa melakukan hubungan seks, berbasikal, atau aktiviti fizikal yang lain.

    Desquamative vaginitis, kondisi ini berlaku apabila pergantian sel di dalam faraj menjadi terlalu tinggi, menjadikan lapisan faraj meradang.

    Gejala utama masalah ini termasuk keputihan yang berwarna kuning atau kuning kehijauan, biasanya dengan sedikit atau tidak berbau, hubungan kelamin yang menyakitkan, kerengsaan dan kegatalan di vulva.

    Bila anda perlu berjumpa doktor?

    miss v basah

    Tenang, kelembapan miss V yang tidak menyebabkan sebarang gejala lain biasanya tidak menjadi masalah.

    Ini kerana miss V basah merupakan indikasi kepada kesihatan alat sulit yang sihat dan tanda tubuh badan anda berfungsi dengan baik.

    Pun begitu, segera lakukan konsultasi dengan doktor jika anda mula mengalami masalah:

    • Kekeringan faraj yang berlangsung lebih daripada beberapa hari
    • Keputihan yang berbau busuk
    • Alat sulit terasa gatal, sensasi terbakar, atau sakit
    • Perubahan keputihan selepas melakukan hubungan seks dengan pasangan yang baru
    • Kebengkakan faraj
    • Perubahan cairan faraj yang berkaitan dengan ubat baru, seperti pencegah kehamilan atau terapi penggantian estrogen
    • Kesakitan atau kepekaan yang tidak dapat dijelaskan

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Joseph Tan

    Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


    Ditulis oleh Nisreen Nadiah · Disemak pada 12/07/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan