Percaya Meruang Penting Untuk Masalah Faraj Longgar & Busuk? Anda Ternyata SALAH!

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 24/06/2020 . 3 minit bacaan
Share now

Berbicara mengenai organ intim wanita, pasti banyak mitos dan kepercayaan yang dipercayai menjadi ikutan.

Antaranya seperti meruang perlu dilakukan untuk menyelesaikan masalah faraj longgar dan faraj busuk.

Namun, sejauh mana kebenaran kedua-dua kepercayaan tersebut? Ikuti artikel ini untuk tahu cara meruang faraj yang betul dengan lebih mendalam lagi!

Apakah itu meruang faraj?

Meruang atau douching diambil dari perkataan asal douche yang berasal dari bahasa Perancis yang bermaksud sebagai mencuci atau merendam.

Ia merupakan kaedah untuk mencuci faraj, yang kebiasaannya menggunakan campuran air bersama cuka.

Manakala douches yang dijual di kedai ubat dan pasar raya pula mengandungi antiseptik serta tambahan wangian. Ia dijual dalam botol atau beg yang disemburkan ke dalam faraj melalui tiub yang disediakan.

Apa kesan meruang terhadap faraj?

Seperti yang disebutkan pada awal tadi, secara mudahnya, meruang ini dilakukan untuk membersihkan faraj, walaupun hanya terdapat kajian kecil sahaja mengenai keberkesanan meruang ini.

Sebaliknya, proses meruang yang dilakukan tidak mendatangkan sebarang manfaat atau kebaikan, tetapi boleh menyebabkan risiko masalah berkaitan organ intim dan reproduktif wanita.

cara meruang faraj

Berikut antara masalah kesihatan yang boleh berlaku:

  1. Vaginosis bakteria

Kaedah meruang sebenarnya boleh mengganggu keseimbangan bakteria semula jadi dalam faraj – dipanggil sebagai vaginal flora – dan perubahan ini menjadi persekitaran dalam faraj sebagai tempat yang sesuai untuk pembiakan bakteria yang boleh menyebabkan jangkitan.

Jangkitan ini boleh mengakibatkan peningkatan masalah keputihan yang mempunyai bau yang kuat dan busuk serta berisiko mengeluarkan bau hanyir.

Mengalami vaginosis bakteria pula boleh meningkatkan lagi risiko untuk mengalami kelahiran pramatang dan jangkitan kelamin.

Kajian mendapati individu wanita yang berhenti melakukan douching ini akan mengurangkan risiko untuk mendapat jangkitan bakteria.

  1. Penyakit radang pelvis (PID)

Ia merupakan satu jangkitan yang berlaku pada rahim, tiub fallopian, dan/atau ovari.

Terdapat kajian yang menyatakan bahawa individu wanita yang mengamalkan kaedah meruang ini berdepan risiko sebanyak 73% untuk mendapat PID.

Ia  berlaku apabila bakteria merebak ke faraj dan memasuki sistem pembiakan.

Ia mungkin menghasilkan lendiran yang banyak dan berbau.

  1. Komplikasi kehamilan

Individu wanita yang melakukan meruang, lebih dari seminggu sekali adalah lebih sukar untuk hamil berbanding individu wanita yang tidak meruang.

Meruang juga boleh meningkatkan risiko kehamilan ektopik – di mana implan embrio berada di luar rahim – sebanyak 76%.

Semakin kerap anda melakukan kaedah meruang, semakin tinggi dan besar risiko menghadapi kehamilan ektopik.

  1. Kanser serviks

Kaedah meruang yang dilakukan walaupun seminggu sekali, dipercayai mempunyai kaitan dengan kemungkinan untuk meningkatkan risiko menghidapi kanser serviks.

faraj-longgar-melakukan-seks

Perlukah untuk meruang?

Menurut pakar kesihatan, termasuk pakar dari American College of Obstetricians and Gynecologists (ACOG), anda dinasihatkan dan disarankan untuk menghindari serta mengelakkan daripada melakukan douching.

Menjadikan kaedah meruang sebagai satu amalan untuk membersihkan faraj boleh mengganggu tahap bakteria dan pH faraj.

Perubahan ini boleh menyebabkan pertumbuhan bakteria yang tidak baik dan sekali gus berisiko untuk mengalami jangkitan yis.

Meruang juga boleh menyebabkan bakteria yang tidak baik ini merebak ke saluran pembiakan jika sememangnya sudah terdapat jangkitan pada faraj.

Jadi, apa yang boleh kalian lakukan sebagai alternatif cara meruang faraj?

Bagaimana untuk membersihkan faraj dengan betul?

Sebenarnya, anda tidak perlu untuk membersihkan faraj tetapi anda perlu membersihkan vulva.

Apa itu vulva? Faraj, adalah nama panggilan umum bagi satu organ intim wanita.

Ia merupakan saluran otot tertutup yang terdiri daripada dua bahagian; bahagian luar dan dalam.

Vulva merupakan bahagian luar kawasan intim wanita yang terdiri daripada beberapa struktur utama iaitu labia (yang bermaksud bibir) mayora, labia minora, klitoris, bulu pubis (mons pubis), saluran kencing (uretra) dan pintu masuk faraj.

Manakala faraj adalah saluran dalaman di dalam badan anda.

cara meruang faraj

Sekiranya anda ingin mencuci vulva anda, anda boleh lakukannya dengan hanya membasuh dengan menggunakan air suam dan sabun ringan untuk menjaga tahap kebersihannya.

Manakala penggunaan pencuci dan semburan feminin yang dikatakan dapat membantu mengurangkan bau dan membersihkan faraj adalah tidak diperlukan, malahan faraj anda juga tidak memerlukan bau wangi seperti haruman ros.

Sebaliknya, produk sebegini adalah tidak diperlukan dan boleh mendatangkan bahaya kerana ia boleh mendatangkan kerengsaan kepada vulva dan faraj.

Jadi, anda perlu tahu bahawa cara meruang yang betul adalah dengan tidak mengamalkan douching ini sebaliknya hanya membersihkan faraj dengan cara yang betul sudah memadai.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

Meruang Masa Mengandung, Boleh Ke? 5 Sebab Ini Akan Buat Anda Berfikir 2x Sebelum Lakukannya

Nak douching atau meruang ketika hamil? Jika ya, 5 masalah kesihatan selepas meruang ini, mungkin membuatkan anda menimbang semula keputusan itu.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Kehamilan, Penjagaan Ibu hamil 01/09/2020 . 3 minit bacaan

Lubang Dubur Rasa Gatal? Ini Mungkin Petanda Jangkitan Yis, Bukan Jadi Pada Faraj Dan Zakar Saja!

Jangkitan yis terjadi apabila kulat Candida tumbuh secara tidak terkawal di permukaan kulit atau dalam badan, ini termasuklah jangkitan kulat di dubur.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Wanita 28/08/2020 . 3 minit bacaan

Faraj Lembap & Berbau Selepas Haid? Ini Tanda Jangkitan Kulat, Ada Sebab Mengapa Ia Berlaku

Golongan wanita cenderung untuk mendapat jangkitan kulat terutamanya ketika dan selepas haid atas beberapa faktor tertentu.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Wanita 24/08/2020 . 3 minit bacaan

Alamak! Abang Terpancut Dalam, Ada Ke Cara Nak Keluarkan Semula Air Mani Daripada Faraj?

Sebilangan wanita mungkin ingin mengeluarkan air mani dari faraj selepas melakukan seks, sama ada atas sebab kebersihan atau bagi mencegah kehamilan.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Gaya Hidup Sihat, Seks Hubungan 18/08/2020 . 3 minit bacaan

Artikel lain untuk anda

warna zakar

Perasan Tak Warna Alat Sulit Kita Berbeza Dengan Kulit Badan? Ini Rupanya Punca Kejadian!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Diterbitkan pada 19/10/2020 . 3 minit bacaan
haid dua kali sebulan

“Eh.. Kenapa Bulan Ini Dua Kali Datang Haid?” Takutnya! Normal Atau Tidak?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Diterbitkan pada 15/10/2020 . 3 minit bacaan
pemeriksaan vagina

Takut Dengar Pengalaman Kena Seluk Semasa Bersalin? Ibu, Fahami Tentang Pemeriksaan Faraj!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 25/09/2020 . 3 minit bacaan
jangkitan bakteria

Faraj Berbau Hanyir Selepas Berhubungan Intim? AWAS! Ini Tanda Jangkitan Bakteria

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Diterbitkan pada 24/09/2020 . 3 minit bacaan