Kaitan peningkatan tahap dan hak terhadap kesihatan reproduktif dalam kalangan wanita dan kesejahteraan masyarakat

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 26/11/2019 . 3 minit bacaan
Share now

Komitmen kerajaan yang lemah, kekurangan sumber, diskriminasi terhadap wanita — ini merupakan penyebab utama mengapa sesetengah negara tidak membicarakan mengenai hak serta akses terhadap kesihatan reproduktif secara komprehensif.  

Kenyataan ini disokong oleh data. Setiap tahun di negara membangun termasuk di Afrika, lebih daripada 30 juta wanita tidak mempunyai akses terhadap kelengkapan kesihatan yang sempurna bagi melahirkan anak. Manakala lebih 45 juta wanita pula kurang atau tidak mendapat penjagaan antenatal. Dan lebih 200 juta wanita pula ingin membuat perancangan keluarga namun tidak mempunyai akses terhadap kaedah cegah kehamilan moden.

Kredit imej: Guttmacher

Inilah realitinya

The United Nations’ Sustainable Development Goals  – yang diperkenalkan pada tahun 2015 — diilhamkan bagi menangani pelbagai masalah utama global. Tumpuan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) tersebut mengiktiraf isu kesihatan seksual dan reproduktif sebagai hak asasi manusia terhadap kesihatan dan kelangsungan manusia, dengan memberi penekanan terhadap kesamarataan gender serta kesejahteraan umat manusia.

Namun begitu, masih banyak yang perlu dilakukan oleh negara-negara membangun untuk memenuhi impian PBB tersebut.

Dalam usaha untuk memberi kesedaran terhadap salah satu hak asasi manusia tersebut, Suruhanjaya Guttmacher-Lancer untuk Hak dan Kesihatan Seksual/Reproduktif ditubuhkan pada 2016..  

Antara dapatan yang dikeluarkan oleh suruhanjaya tersebut adalah – perkhidmatan kesihatan seksual dan reproduktif yang sedia ada kini bersifat fragmen dan tidak efektif.

Ada bukti yang menunjukkan terdapatnya campur tangan bersifat hak asasi manusia dalam dapatan suruhanjaya tersebut. Ini merupakan jurang secara langsung yang dikenalpasti. Dengan merapatkan jurang hak asasi, diharap masyarakat global dapat memenuhi Sustainable Development Goals menjelang 2030. Dengan menangani isu hak asasi dalam kesihatan seksual dan reproduktif — terutama dalam kalangan wanita dapat merapatkan jurang dalam kesamarataan gender bagi sektor kesihatan dan sektor-sektor yang lain.

Dapatan Lain

Antara dapatan lain yang dinyatakan oleh suruhanjaya tersebut adalah pengiktirafan terhadap komponen lain dalam kesihatan seksual seperti perkhidmatan pencegahan kehamilan, penjagaan bayi dan ibu selepas bersalin dan pencegahan serta rawatan HIV/AIDS.

Namun begitu, laporan suruhanjaya tersebut juga menyatakan terdapat kejahilan dan pengasingan mengenai informasi komponen-komponen tersebut. Ini merupakan sesuatu yang sangat kritikal jika masyarakat perlu membuat keputusan yang penting mengenai kesihatan dan kehidupan mereka, ini termasuk:

  • Pendidikan Seksual yang komprehensif
  • Pengguguran Kandungan secara selamat
  • Pencegahan dan rawatan penyakit jangkitan kelamin selain daripada HIV
  • Kaunseling serta penjagaan kesejahteraan hidup dan kesihatan seksual
  • Pencegahan, pengesanan dan pengurusan keganasan berdasarkan gender, kesuburan dan kanser berkaitan sistem reproduktif

Terdapat pelbagai cara intervensi dapat dilakukan dan datang dalam bentuk yang berbeza. Satu contoh adalah melibatkan penyebaran maklumat tentang bagaimana untuk mencegah jangkitan seksual, pencegahan kehamilan dan kesejahteraan kesihatan seksual dan program kesihatan remaja. Ini memberi peluang dan hak kepada orang muda untuk menentukan sendiri tentang seksualiti mereka dan membuat pilihan mengenai gaya hidup yang lebih sihat.

Intervensi lain adalah seperti menawarkan kaunseling pencegahan kehamilan sebagai sebahagian daripada penjagaan post-partum dan selepas pengguguran. Setiap tahun di negara-negara membangun, lebih daripada 200 juta wanita ingin mengelakkan kehamilan tetapi tidak menggunakan kaedah pencegahan kehamilan moden. Dengan memberi mereka akses, membolehkan mereka membuat pilihan mengenai pencegahan kehamilan dengan mudah dan mengurangkan risiko kehamilan yang tidak diingini.

Ini boleh mengurangkan kehamilan yang tidak diingini sebanyak 75% daripada 89 juta pada 2017 kepada 22 juta. Dan ia hanya akan menelan belanja lebih kurang USD 9 bagi seorang setahun. Ini adalah kos yang sederhana, memandangkan separuh daripada ini telah dibelanjakan untuk menampung kos tahap penjagaan kesihatan semasa.

Intervensi lain mungkin melibatkan perubahan undang-undang atau dasar negara. Sebagai contoh, pada tahun 2010 kerajaan Kenya meluluskan undang-undang yang membolehkan pengguguran berlaku dalam keadaan tertentu. Tetapi lapan tahun kemudian para profesional kesihatan masih enggan melakukan prosedur kerana mereka takut akibat undang-undang. Mengapa? Kerana undang-undang dan hukuman belum disemak semula dan oleh itu mereka masih boleh dipertanggungjawabkan melakukan kesalahan jenayah tersebut.

Hasil jurang antara undang-undang dan penyediaan kerja kertas mengakibatkan hampir setengah juta pengguguran tidak selamat di Kenya dilaporkan pada tahun 2012.

Sekurang-kurangnya 100 ribu wanita perlu dirawat di hospital dan kira-kira satu perempat mati akibat komplikasi pengguguran tidak selamat.

Bergerak ke hadapan

Terdapat beberapa langkah yang perlu diambil oleh kerajaan untuk menangani isu-isu ini. Yang pertama adalah bahawa kerajaan, pertubuhan-pertubuhan dan pemegang taruh  harus menerima laporan dan intervensi yang disarankan oleh suruhanjaya tersebut untuk merangka strategi dan kerangka kerja lebih ampuh untuk mengukuhkan pendidikan kesihatan seksual dan reproduktif serta menjadikannya antara agenda kesihatan penting negara.

Ia juga penting bagi kementerian kesihatan dan penyedia perkhidmatan untuk mempertimbangkan bagaimana dan di mana untuk memperkenalkan intervensi ini ke dalam sistem penjagaan kesihatan. Mereka juga harus berusaha untuk mengintegrasikan intervensi kesihatan seksual dan reproduktif ke dalam perkhidmatan penjagaan kesihatan yang lain.

Banyak negara sedang membangun tidak ada masa untuk menyediakan spektrum intervensi tersebut sepenuhnya. Tetapi itu tidak menghalang mereka daripada mencapai akses universal terhadap hak-hak kesihatan seksual dan reproduktif serta membuat kemajuan berterusan, mampan dan mantap, tanpa mengira titik permulaan agenda mereka.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

*Artikel ini disusun daripada dan diterbitkan pertama kali di  Forum Ekonomi Dunia – ekonomi dan polisi awam mengenai kesihatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy"
Rujukan

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

4 sebab mengapa ‘Kejituan Perubatan’ beri impak kepada anda

Bayangkan ini, seorang wanita berusia 53 tahun, bernama Alice, bertemu dengan doktor apabila mengadu terdapat kesakitan dan kepedihan di bahagian abdomen beliau. Doktor menjangkakan Alice mungkin menghidap kanser ...

Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
Ditulis oleh Shahrul Izwan Naser
Gaya Hidup Sihat, Fakta Menarik 08/08/2018 . 3 minit bacaan

Artikel lain untuk anda

kos membesarkan anak di Malaysia

Inilah Kos Sebenar Membesarkan Seorang Anak Di Malaysia, Pasti Anda TERKEJUT!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Diterbitkan pada 03/12/2019 . 3 minit bacaan

Kesunyian: Satu Epidemik?

Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
Ditulis oleh Shahrul Izwan Naser
Diterbitkan pada 24/01/2019 . 2 minit bacaan

Ledakan Teknologi Data dan Manfaatnya Kepada Sektor Kesihatan Awam

Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
Ditulis oleh Shahrul Izwan Naser
Diterbitkan pada 23/01/2019 . 5 minit bacaan
bumi

Nota Pengarang: Bumi Sihat + Masyarakat Sejahtera + Ekonomi Progresif = Formula Terbaik Dunia

Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
Ditulis oleh Shahrul Izwan Naser
Diterbitkan pada 19/01/2019 . 7 minit bacaan