backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan

1

Tanya Doktor
Simpan

Nak 'Bersama' Tapi Ada Jangkitan Kulat Pula... Sebelum Proceed, Ambil Tahu Risiko Ini!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Nisreen Nadiah · Disemak pada 26/07/2022

    Nak 'Bersama' Tapi Ada Jangkitan Kulat Pula... Sebelum Proceed, Ambil Tahu Risiko Ini!

    Jangkitan kulat pada kemaluan amat menjengkelkan! Bukan sahaja gatal dan menyakitkan, malah ia boleh mengganggu aktiviti di ranjang dengan pasangan tercinta.

    Inilah sebabnya mengapa anda harus berfikir 2 kali sebelum melakukan hubungan seks dengan jangkitan yis. Mari ikuti perbincangan ini!

    Jangkitan kulat pada kemaluan (faraj)

    jangkitan kulat pada kemaluan

    Yis adalah kulat yang hidup di dalam faraj dalam jumlah kecil dan ia sangat biasa berlaku dalam kalangan kaum Hawa yang masih subur. Namun, ia jarang berlaku sebelum bermulanya haid atau selepas menopaus.

    Walaupun kewujudannya boleh mengganggu keselesaan anda, namun masalah ini biasanya tidak serius dan ada rawatannya.

    Jangkitan kulat pada kemaluan, juga dikenali sebagai kandidiasis yang melibatkan pembiakan sejenis kulat yang berlebihan dikenali sebagai Candida Albicans (yis yang paling biasa ada pada manusia).

    Walau bagaimanapun, terdapat juga jenis-jenis lain yang mampu menyebabkan jangkitan. Ini termasuk:

    • Candida glabrata
    • Parapsilosis Candida
    • Candida tropicalis
    • Candida krusei
    • Cryptococcus neoformans

    Walaupun jangkitan yis pada faraj boleh menjadi sangat tidak menyelesakan, ia masih boleh dirawat dengan ubat-ubatan tertentu.

    Ya, kalian masih boleh melakukan hubungan seks setelah dijangkiti yis, tapi ia berisiko jadi menyakitkan dan mempunyai risiko-risiko lain.

    Apa yang penulis maksudkan dengan risiko lain? Jika berminat, teruskan pembacaan!

    Punca-punca jangkitan kulat pada kemaluan

    Untuk makluman, faraj mengandungi bakteria yang disebut lactobacillus serta kulat candida dan mereka berfungsi untuk menjaga kesihatan faraj.

    Manakala, bakteria akan menjaga dan memastikan pertumbuhan kulat dalam keadaan terkawal.

    Oleh itu, sekiranya pertumbuhan bakteria tersebut terganggu, kulat candida akan mulai tumbuh di luar kawalan, sekali gus menyebabkan jangkitan yis.

    Ketidakseimbangan hormon juga dikaitkan dengan jangkitan yis. Para wanita lebih cenderung mendapat kandidiasis jika mereka hamil, menggunakan alat kontrasepsi hormon, dan ketika haid.

    Perkara ini berlaku kerana ia mengganggu keseimbangan progesteron dan estrogen semula jadi tubuh anda.

    Tahap hormon estrogen yang tinggi menyebabkan kulat candida meningkat. Oleh sebab itu, jangkitan yis sepanjang haid boleh berlaku.

    Anda mungkin juga sangat terdedah kepada jangkitan yis jika:

    Gejala-gejala jangkitan kulat

    • Faraj dan vulva yang meradang, kemerahan dan gatal
    • Sensasi seakan terbakar saat kencing atau melakukan hubungan seks
    • Faraj terasa sakit
    • Ruam pada faraj
    • Keputihan umpama keju yang tidak berbau
    • Keputihan berair

    Bersenggama dengan jangkitan kulat pada kemaluan, ini risikonya!

    jangkitan kulat pada kemaluan

    #1 Menular semasa hubungan seks

    Ya, pasangan yang mempunyai jangkitan yis mampu menjangkiti anda! Walau bagaimanapun, kemungkinannya adalah kecil.

    Ketika wanita dengan masalah ini melakukan hubungan intim, terdapat beberapa bukti menunjukkan mereka berisiko menyebarkan jangkitan yis.

    Namun, 1 kajian tidak menemui bukti yang menyokong penularan jangkitan berlaku kepada pasangan melalui hubungan seks.

    Jangkitan kulat juga bukanlah penyakit jangkitan kelamin (STI). Tapi, beberapa kaedah pencegahan, seperti kondom, dapat bantu mengurangkan risiko penyebaran jangkitan yis.

    Kenapa mahu ambil risiko bukan?

    Seks memang menyeronokkan! Tetapi, mempunyai alat kelamin yang sihat tanpa keperluan untuk menggaru setiap masa adalah lebih baik.

    Tambahan itu, walaupun hanya kecil kemungkinan penyebaran jangkitan yis berlaku, tidak perlulah kalian mengambil risiko.

    #2 Seks boleh memburukkan lagi gejala dan kesakitan!

    Bersenggama dengan jangkitan yis bukan sahaja boleh menjadi sangat tidak selesa, malah menyakitkan.

    Lebih-lebih lagi, vulva dan labia anda mungkin bengkak dan lebih sensitif.

    Justeru, terlibat dengan sebarang aktiviti seks boleh membuat jangkitan anda bertambah teruk.

    Kalian pastinya tidak mahu bakteria baru terbentuk berhampiran bahagian intim yang dijangkiti, kan?

    Malah, penetrasi zakar juga boleh menambahkan risiko kalian:

    • Memburukkan masalah keradangan
    • Meningkatkan kegatalan

    #3 Seks melambatkan proses penyembuhan

    Elok-elok sudah mahu sembuh, sekali simptom jangkitan bertambah parah pula dek tewas dengan nafsu untuk bersama.

    Ini kerana seks berisiko memburukkan lagi gejala jangkitan yis, lantas melambatkan proses pemulihan anda.

    Walaupun sukar, tahan diri daripada terjebak dengan aktiviti seksual sepanjang proses rawatan.

    Banyak gejala buruk dapat dielakkan jika anda tidak melakukan hubungan seks selama seminggu atau lebih. Beri peluang pada alat kelamin kalian untuk sembuh ya!

    Tunggu dulu… Tapi berapa lama?

    Seperti yang telah penulis kupaskan, berhubungan kelamin semasa menjalani rawatan jangkitan kulat pada kemaluan ini boleh melambatkan proses penyembuhan.

    Juga, jika pasangan kalian mengalami jangkitan yis, kemungkinan untuk dijangkiti turut wujud.

    Pun begitu, usah risau kerana jangkitan kulat biasanya hilang dengan cepat apabila penghidap memulakan rawatan.

    Banyak pilihan rawatan over-the-counter (OTC) yang berkesan mengubati jangkitan kulat pada kemaluan dalam tempoh masa sehingga 7 hari.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Ahmad Wazir Aiman

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Nisreen Nadiah · Disemak pada 26/07/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan