Faraj Berbau Hanyir Selepas Berhubungan Intim? AWAS! Ini Tanda Jangkitan Bakteria

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Diterbitkan pada 24/09/2020 . 3 minit bacaan
Share now

Vaginosis bakteria adalah jangkitan faraj yang disebabkan oleh pertumbuhan bakteria secara berlebihan dan boleh mencetuskan bau hanyir terutamanya selepas melakukan seks.

Faraj secara semula jadi mempunyai persekitaran yang mengandungi bakteria ‘baik’ dan juga ‘buruk.’

Dalam masalah jangkitan ini, terdapat lebihan bakteria buruk dan ia menyebabkan persekitaran faraj yang tidak seimbang lalu berlakunya discharge dan kegatalan sekitar bahagian intim.

Vaginosis bakteria adalah antara masalah yang sering dialami oleh kaum Hawa, dan ia juga boleh terjadi melalui aktiviti hubungan seks.

Namun usah risau, jika anda segan untuk bertemu dengan doktor, artikel ini menyediakan beberapa tip untuk merawat jangkitan bakteria ini hanya di rumah!

Rawatan-rawatan jangkitan bakteria faraj di rumah

#1 Probiotik

Probiotik dikatakan dapat membantu dalam merawat dan mencegah vaginosis bakteria faraj.

Sekiranya anda mempunyai masalah jangkitan bakteria ini, pengambilan probiotik setiap hari dikatakan mampu merawat dan mencegah potensi mendapat masalah ini pada masa akan datang.

Selain itu, probiotik boleh datang dalam bentuk pil atau cecair. Namun sekiranya anda menggunakan antibiotik, ubat ini akan membunuh kedua bakteria baik dan juga jahat.

#2  Yogurt

tips-lower-cholesterol-yogurt

Yogurt juga bersifat probiotik secara semula jadi. Ini bererti terdapat banyak bakteria sihat di dalamnya.

Menurut pakar, makan yogurt dapat membantu memasukkan bakteria sihat ke dalam badan.

Ini akan membantu mewujudkan persekitaran faraj yang seimbang, dan dapat membantu melawan bakteria jahat.

Untuk mendapatkan faedah sepenuhnya, makan sekurang-kurangnya satu hidangan yogurt setiap hari.

#3 Minyak tea tree

Minyak ini dikatakan mempunyai sifat antibakteria dan antikulat yang dapat membantu merawat masalah vaginosis bakteria.

Cara penggunaannya, minyak pati ini perlu dicairkan dengan minyak pembawa seperti kelapa, badam, atau minyak zaitun.

Pastikan anda memilih minyak yang anda tidak alah kepadanya dan campurkan 5 sehingga 10 titis minyak tea tree dalam 1 auns minyak pembawa.

Namun ingat, jangan sesekali gunakan minyak ini tanpa mencampurkannya dengan minyak pembawa terlebih dahulu kerana ia boleh membakar kulit.

Terdapat pelbagai cara untuk menggunakan minyak ini bagi merawat jangkitan bakteria faraj, termasuk mencampurkannya dengan minyak kelapa (atau minyak pembawa lain) dan merendam tampon di dalamnya.

Kemudian, masukkan tampon ke dalam faraj dan keluarkan selepas 1 jam. Keluarkannya lebih awal sekiranya berlaku kerengsaan.

Ulangi langkah ini beberapa kali sehari, tetapi jangan pula anda tertidur dengan tampon berada di dalam faraj ya!

#4 Seluar dalam daripada kapas

Jenis-jenis seluar dalam tertentu, termasuk spandeks, tidak dapat memberikan pengaliran udara yang diperlukan oleh faraj.

Memakai seluar dalam yang diperbuat daripada bahan-bahan selain kapas hanya akan menyebabkan kelembapan berlaku hingga mengganggu keseimbangan faraj.

Justeru, ia boleh menyebabkan berlakunya pembiakan bakteria dan memburukkan lagi jangkitan faraj bakteria yang sedia ada.

Untuk membantu masalah vaginosis bakteria anda sembuh dengan cepat dan mengelak ia daripada terjadi, pakailah seluar dalam yang diperbuat daripada kapas agar membolehkan kulit untuk bernafas.

#5 Asid borik

Kapsul asid borik boleh digunakan untuk merawat masalah vaginosis bakteria.

Menurut pakar, kapsul asid borik ini boleh dimasukkan ke dalam faraj setiap malam selama 2 minggu untuk merawat masalah tersebut.

Ia juga selamat digunakan di dalam faraj dan didapati berkesan seperti beberapa rawatan perubatan yang lain.

Walau bagaimanapun, harus anda ingat bahawa asid borik tidak boleh dan toksik untuk dimakan.

Justeru, ia harus dijauhkan daripada kanak-kanak dan haiwan. Ia juga tidak selamat digunakan oleh wanita hamil.

#6 Makan lebih banyak vitamin C

Vitamin C juga dikatakan dapat membantu mengurangkan masalah jangkitan bakteria dengan menurunkan pH faraj dan mencegah kerengsaan berlaku.

Kajian menunjukkan tablet vitamin C dapat membantu memulihkan atau mengekalkan mikroflora dan pH faraj yang sihat.

Selain itu, ambil makanan kaya vitamin C dalam diet harian anda, dan sekiranya ingin mengambil suplemen ini pastikan anda mendapatkan khidmat nasihat doktor terlebih dahulu.

#7 Jangan douche faraj anda

Sebilangan wanita mungkin menggunakan teknik douche (mencuci atau membersihkan bahagian dalam faraj dengan air atau campuran cecair lain) kerana mereka percaya ia menjadikan faraj lebih bersih.

Namun secara realitinya, ia akan mengganggu keseimbangan semula jadi bakteria di dalam faraj dan meningkatkan kemungkinan berlakunya jangkitan.

#8 Amalkan seks selamat

seks dengan kondom, faraj

Menurut pakar, penggunaan kondom dapat mengurangkan risiko berlakunya vaginosis bakteria.

Di samping itu, bertukar-tukar pasangan seksual juga mampu meningkatkan risiko untuk mendapat jangkitan ini.

Disebabkan itu, pastikan anda sentiasa mengamalkan safe sex dengan sentiasa memakai kondom terutamanya apabila melakukannya dengan orang yang baru dikenali!

#9 Amalkan kebersihan yang baik

Dengan mengamalkan kebersihan tubuh badan yang baik terutamanya pada bahagian intim, anda akan dapat membantu merawat dan mencegah potensi jangkitan bakteria daripada berlaku.

Selain itu, setelah selesai melakukan ‘urusan’ di tandas, pastikan bahagian faraj dan dubur betul-betul dikeringkan menggunakan kain yang bersih.

Tukar pad atau tampon anda beberapa kali sehari ketika haid, dan sentiasa bersihkan alat permainan seks anda dengan sabun serta air panas.

Risiko dan komplikasi

Sekiranya rawatan di rumah tidak berfungsi, masalah vaginosis bakteria bakal berlanjutan dan bertambah buruk jika tidak dirawat.

Mempunyai kawasan kulit yang kasar di dalam dan di sekitar faraj akan meningkatkan sejumlah risiko, termasuk:

  • Peningkatan risiko dijangkiti HIV jika terdedah kepada virus
  • Peningkatan risiko kelahiran pramatang sekiranya hamil
  • Peningkatan risiko dijangkiti jangkitan seksual lain (IMS)
  • Perkembangan penyakit radang pelvis (PID)

Oleh itu, sekiranya rawatan secara semula jadi tidak berkesan buat anda, usah buang masa lagi dan segera bertemu doktor sebelum ia bertambah parah!

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

Lubang Dubur Rasa Gatal? Ini Mungkin Petanda Jangkitan Yis, Bukan Jadi Pada Faraj Dan Zakar Saja!

Jangkitan yis terjadi apabila kulat Candida tumbuh secara tidak terkawal di permukaan kulit atau dalam badan, ini termasuklah jangkitan kulat di dubur.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Wanita 28/08/2020 . 3 minit bacaan

Faraj Lembap & Berbau Selepas Haid? Ini Tanda Jangkitan Kulat, Ada Sebab Mengapa Ia Berlaku

Golongan wanita cenderung untuk mendapat jangkitan kulat terutamanya ketika dan selepas haid atas beberapa faktor tertentu.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Wanita 24/08/2020 . 3 minit bacaan

Alamak! Abang Terpancut Dalam, Ada Ke Cara Nak Keluarkan Semula Air Mani Daripada Faraj?

Sebilangan wanita mungkin ingin mengeluarkan air mani dari faraj selepas melakukan seks, sama ada atas sebab kebersihan atau bagi mencegah kehamilan.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Gaya Hidup Sihat, Seks Hubungan 18/08/2020 . 3 minit bacaan

Sakit Bahagian Faraj? Bahaya! Anda Mungkin Alami Vulvitis, Radang Pada Bibir Kemaluan Wanita

Penyakit vulvitis merupakan salah satu masalah melanda kaum Hawa. Artikel ini bakal mengupas masalah di bahagian faraj, iaitu vulva dengan lebih mendalam.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Wanita 10/08/2020 . 3 minit bacaan

Artikel lain untuk anda

warna zakar

Perasan Tak Warna Alat Sulit Kita Berbeza Dengan Kulit Badan? Ini Rupanya Punca Kejadian!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Diterbitkan pada 19/10/2020 . 3 minit bacaan
haid dua kali sebulan

“Eh.. Kenapa Bulan Ini Dua Kali Datang Haid?” Takutnya! Normal Atau Tidak?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Diterbitkan pada 15/10/2020 . 3 minit bacaan
pemeriksaan vagina

Takut Dengar Pengalaman Kena Seluk Semasa Bersalin? Ibu, Fahami Tentang Pemeriksaan Faraj!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 25/09/2020 . 3 minit bacaan
meruang ketika hamil

Meruang Masa Mengandung, Boleh Ke? 5 Sebab Ini Akan Buat Anda Berfikir 2x Sebelum Lakukannya

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 01/09/2020 . 3 minit bacaan