backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan

2

Tanya Doktor
Simpan

Benarkah Haid Tak Teratur Punca Pendek Usia? Ini Penjelasan Pakar

Disemak secara perubatan oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 12/01/2022

    Benarkah Haid Tak Teratur Punca Pendek Usia? Ini Penjelasan Pakar

    Mengalami kitaran haid tidak menentu selalunya dikaitkan dengan masalah kesuburan. Tetapi bagaimana kalau masalah haid ini boleh menyebabkan jangka hayat anda lebih pendek berbanding individu lain?

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Wanita, sila dapatkannya di sini.

    Kitaran haid tidak menentu vs pendek usia

    Dalam satu penyelidikan baru yang dijalankan, dipercayai individu wanita yang mempunyai kitaran pendarahan haid berterusan berbeza dari normal, iaitu 28 hari, mungkin akan berdepan dengan risiko kematian awal.

    Kajian dua dekad itu mendapati bahawa individu wanita yang mempunyai kitaran haid tidak menentu atau kitaran haid yang lebih panjang akan mempunyai risiko kematian sebanyak satu pertiga lebih tinggi, berbanding individu wanita yang mempunyai kitaran haid normal atau biasa.

    Kajian jangka panjang mengenai kitaran haid tidak menentu

    Penyelidikan yang dilakukan dari Harvard Medical School di Boston dan Tongji Medical College di China, mendapati individu wanita yang secara konsisten mempunyai pola kitaran period yang tidak teratur atau period melebihi 32 hari cenderung untuk mengalami risiko kematian lebih awal. 

    Ini kerana, terdapat beberapa keadaan perubatan yang dikaitkan dengan masalah pola kitaran yang tidak teratur ini. Antaranya seperti obesiti, diabetes tidak terkawal, sindrom ovarium polikistik (PCOS), tekanan dan masalah tiroid.

    Penyelidikan yang bermula dari tahun 1991 hingga 2013 ini melibatkan hampir 94,000 responden wanita. Mereka yang terlibat akan memberikan laporan mengenai tempoh haid dan kekerapan mengalami haid.

    kitaran haid tidak menentu

    Pada permulaan kajian, tiada seorang responden pun dilaporkan mempunyai sejarah penyakit jantung atau saluran darah, kanser atau diabetes.

    Menurut penyelidik ketika kajian dijalankan, hampir 1,700 individu wanita mati.

    Daripada jumlah kematian tersebut, lebih daripada 800 responden mati akibat kanser dan 166 responden mati disebabkan penyakit jantung atau saluran darah

    Hasil analisis mengenai kitaran haid tidak menentu & mati awal

    Hasil daripada kajian menunjukkan individu wanita yang menyatakan kitaran haid mereka sentiasa tidak teratur (antara usia 14 hingga 17 tahun) adalah 21 peratus berkemungkinan untuk menghadapi risiko kematian.

    Punca kematian itu pula boleh disebabkan oleh sebarang punca masalah kesihatan sepanjang tempoh kajian berbanding wanita dengan tempoh haid yang teratur.

    Di samping itu, individu wanita yang mempunyai kitaran haid yang tidak teratur pada usia 18 hingga 22 tahun adalah 34 peratus berisiko untuk berdepan kematian yang didasari oleh sebarang keadaan kesihatan.

    Penyelidik kajian menyatakan bahawa mereka melihat hubung kait yang sama bagi kitaran haid yang tidak teratur kepada individu wanita berusia 28 hingga 48 tahun, dengan peratusan risiko kematian awal lebih tinggi.

    kitaran haid tidak menentu

    Manakala individu wanita dengan haid lebih lama, iaitu lebih daripada 32 hari, berdepan 25 peratus risiko kecenderungan kematian awal disebabkan sebarang punca semasa tempoh kajian dilakukan.

    Keadaan ini adalah berbeza berbanding individu wanita yang mempunyai kitaran haid normal antara 26 hingga 31 hari.

    Keadaan kesihatan 

    Penyelidik cuba untuk mengawal data bagi mengambil kira faktor lain yang boleh mempengaruhi atau menjadi punca kepada risiko kematian awal, seperti indeks jisim badan (BMI), bangsa/ etnik, aktiviti fizikal dan faktor gaya hidup yang lain.

    Walau bagaimanapun, kajian yang dilakukan ini tidak direka untuk membuktikan hubung kait antara punca dan kesan dengan kitaran haid tidak teratur atau yang panjang dan kematian awal.

    Ia hanya dilakukan untuk menunjukkan terdapat perkaitan antara faktor-faktor tersebut.

    Baca juga:

    Apa kata pakar

    Menurut pengerusi obstetrik dan ginekologi di Northwell Health’s Huntington Hospital, di New York, Dr Mitchell Kramer, hasil kajian ini tidak menyebabkan kejutan amaran kepada populasi individu dengan kitaran period yang tidak teratur.

    “Keadaan ini kerana kaitan antara kedua-duanya, iaitu kitaran haid yang tidak teratur dan risiko kematian awal adalah tidak kuat. Malahan mungkin terdapat masalah perubatan lain yang mendasari keadaan tersebut,” ujar beliau yang tidak terlibat dalam kajian yang dijalankan itu.

    Umumnya, berdasarkan U.S. Office on Women’s Health, pusingan haid normal akan berulang setiap 28 hari. Adakalanya perubahan dalam pola kitaran haid, bukanlah sesuatu yang sering berlaku.

    Keadaan haid tidak teratur ini selalunya dilalui oleh remaja perempuan dan individu wanita yang bakal mengalami menopaus.

    Dr. Mitchell berkata, individu wanita yang mempunyai pola kitaran yang tidak teratur boleh memberikan tumpuan kepada mengamalkan gaya hidup yang sihat.

    Beliau mencadangkan diet pemakanan seimbang, melakukan senaman lebih kerap, menghindari tabiat merokok dan penjagaan kesihatan yang lebih baik.

    Langkah pencegahan 

    Jika anda antara individu wanita yang mempunyai masalah kitaran haid tidak menentu, berikut adalah beberapa langkah pencegahan yang boleh diamalkan, antaranya:

    • Mengurangkan risiko obesiti dengan mengamalkan diet pemakanan seimbang dan aktiviti senaman secara teratur
    • Individu wanita dengan masalah obes, digalakkan untuk mengurangkan berat badan kepada berat badan ideal

    kitaran haid tidak menentu

    • Cuba untuk mengurangkan tekanan yang dialami dengan mengikuti program-program relaksasi, keagamaan atau berjumpa dengan pakar kaunseling atau terapi bagi mendapatkan nasihat dan rawatan
    • Jika anda mempunyai sebarang masalah kesihatan kronik, seperti kencing manis, penyakit jantung atau darah tinggi, pastikan anda mendapatkan rawatan pakar secara berkala
    • Anda dinasihatkan untuk menjauhi sebarang hubungan seks bebas, bertukar-tukar pasangan seks dan menghindari seks di luar tabii 

    Kesimpulan

    Walaupun kitaran haid tidak menentu tidak boleh dibuktikan menjadi punca kematian awal. Namun ia tidak bermakna anda boleh memandang remeh isu ini.

    Sudah tentu penjagaan kesihatan keseluruhan yang lebih baik adalah amat digalakkan bagi mengelakkan sebarang risiko penyakit.

    Pastikan anda mendapatkan bantuan pakar sakit puan untuk mengatasi masalah ini.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Gabriel Tang Pei Yung

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 12/01/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan