backup og meta

Orang Perempuan Juga Ada Masalah Mati Pucuk! Ini Tanda Harus Dikenal Pasti

Disemak secara perubatan oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 24/06/2022

    Orang Perempuan Juga Ada Masalah Mati Pucuk! Ini Tanda Harus Dikenal Pasti

    Tahukah anda gangguan orgasma pada kaum Hawa boleh menjadi tanda tanda mati putik wanita? Tetapi bagaimana keadaan gangguan orgasma pada wanita ini sehingga boleh mengganggu klimaks wanita?

    Umumnya, gangguan orgasma atau nafsu syahwat bukan hanya berlaku kepada lelaki sahaja, malah kaum wanita turut mengalaminya meskipun tidak disedari secara fizikal.

    Jika kaum adam lebih terkenal mempunyai masalah seperti mati pucuk dan lain-lain, segelintir wanita juga merasai masalah yang sama disebut sebagai gangguan orgasma.

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Wanita, sila dapatkannya di sini.

    Gangguan orgasma pada wanita

    Gangguan orgasma bermaksud kesukaran seseorang individu untuk menaikkan nafsu dirinya atau orgasma walaupun setelah mengalami rangsangan seks.

    Bagi wanita, keperluan untuk mencapai orgasma ini berbeza-beza. Ada sesetengah wanita yang hanya memerlukan sedikit sahaja rangsangan untuk menyebabkan orgasma.

    Namun ada juga yang lain memerlukan lebih banyak rangsangan untuk mengalami klimaks.

    Tanda tanda mati putik wanita

    tanda tanda mati putik wanita

    Secara teorinya, simptom utama gangguan orgasma sehingga mengganggu klimaks wanita ialah tidak mampu mengalami orgasma atau lambat untuk mengalaminya.

    Selain itu, antara simptom lain ialah tidak mencapai orgasma seperti yang diharapkan atau dengan kata lain, tidak berasa puas ketika melakukan seks. 

    Artikel berkaitan:

    Terdapat beberapa jenis gangguan orgasma antaranya ialah:

    Tanda tanda mati putik wanita: Apakah punca masalah ini?

    tanda tanda mati putik wanita

    Untuk mencapai klimaks, ia melibatkan rangsangan dan pengaruh dari segi fizikal, emosi dan juga psikologi.

    Kesemua aspek dan faktor ini perlu digabungkan untuk seseorang wanita itu mencapai orgasma. Jika salah satu faktor ini terjejas, ada kemungkinan gangguan ini akan berlaku.

    Tanda tanda mati putik wanita #Penyebab dari segi fizikal:

    Tanda tanda mati putik wanita #Penyebab dari segi psikologi:

    Isu berkaitan perhubungan:

    • Kurangnya perhubungan atau kemesraan bersama pasangan
    • Konflik yang tidak menemui jalan penyelesaian
    • Tidak berkomunikasi dengan baik berkenaan kehendak seksual masing-masing
    • Tidak percayakan pasangan sendiri
    • Keganasan yang dilakukan oleh pasangan terhadap diri

    Rawatan perubatan bagi merawat gangguan orgasma yang menghalang klimaks wanita

    Antara punca mengapa wujud tanda tanda mati putik wanita itu adalah disebabkan oleh penyakit yang dialami.

    Sekiranya doktor mendapati sesetengah penyakit itu menyebabkan gangguan orgasma, maka rawatan mampu mengurangkan simptom gangguan tersebut.

    Selain itu, doktor juga mungkin akan memberikan ubat-ubatan terapi estrogen jika ia melibatkan simptom menopaus.

    Artikel berkaitan: Adakah Wanita Menopause Masih Boleh Merasai Klimaks?

    Terapi estrogen boleh membantu meningkatkan respons seksual wanita dengan lebih baik.

    Kaedah rawatan mudah bagi merawat gangguan ini

    tanda tanda mati putik wanita

    Jika anda ingin mencapai kembali klimaks wanita ketika berhubungan seks bersama pasangan, masih ada cara mudah untuk merawatnya agar kembali normal.

    Apakah cara untuk merawat gangguan ini?

    Selain itu, rawatan juga boleh melibatkan sesi kaunseling berkaitan hubungan suami isteri bersama kaunselor bertauliah.

    Sesi kaunseling akan memberikan peluang kepada suami isteri untuk berlatih berkomunikasi dengan lebih baik.

    Suami dan isteri juga berpeluang untuk belajar klimaks wanita yang lebih berkesan antara satu sama lain. 

    Kesimpulan

    Jika anda rasa mengenal pasti tanda tanda mati putik wanita, tiada apa yang perlu dirisaukan kerana ia bukanlah satu keadaan penyakit yang serius.

    Ada banyak kaedah atau cara untuk mengembalikan orgasma anda sebagai seorang wanita.

    Jangan sesekali mengelak untuk berbincang bersama pasangan berkenaan masalah yang dialami kerana penafian hanya akan membuatkan situasi menjadi lebih buruk.

    Apa yang penting, anda perlu sentiasa bekerjasama dengan pasangan agar anda boleh mencapai klimaks wanita. 

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Gabriel Tang Pei Yung

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 24/06/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan