backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan

2

Tanya Doktor
Simpan

8 Tip Penjagaan Faraj Supaya Sihat Dan Tak Berbau

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Fatin Zahra · Disemak pada 11/07/2023

    8 Tip Penjagaan Faraj Supaya Sihat Dan Tak Berbau

    Ramai wanita masih lagi sangsi tentang cara menjaga Miss V yang betul. Namun ia akan jadi mudah jika dilakukan dengan cara ini.

    Walaupun Miss V ini sensitif, tapi penjagaannya amat mudah. Tetapi, anda perlu tahu bahagian mana anda boleh cuci, dan bahagian mana yang perlu dielakkan!

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Habit Sihat, sila dapatkannya di sini. 

    Anda pasti cara menjaga Miss V yang diamalkan selama ini betul?

    Semua wanita pasti inginkan yang terbaik untuk kesihatan alat sulit masing-masing. Namun, kadangkala, walaupun setelah dijaga dengan baik, vagina masih lagi rasa ‘tidak bersih’ atau berbau.

    Mengapa ini terjadi, dan bagaimana untuk pulihkan keadaan ini?

    Jangan risau. Pertama sekali, anda perlu tahu bahawa vagina berbau merupakan perkara yang normal.

    Namun, aktiviti membasuh vagina juga haruslah betul. Ada bahagian pada vagina yang boleh dibasuh dan ada juga yang perlu dielakkan.

    Pastikan anda boleh beza vulva dan vagina

    Sebelum bertindak membasuh kawasan intim anda, pertama, anda perlu tahu bezakan antara vulva dan vagina anda.

    Vulva ialah kawasan kemaluan wanita yang terletak di luar tetapi berdekatan bukaan vagina. Klitoris dan labia adalah sebahagian daripada kawasan luar vagina anda.

    Kawasan inilah yang patut anda basuh. Walau bagaimanapun, kawasan vagina iaitu kawasan dalam kemaluan anda sepatutnya tidak boleh disentuh.

    Menurut Dr Suzy Elneil, konsultan di University College Hospital London, vagina yang sihat selalunya bergantung kepada tahap kesihatan individu itu sendiri.

    Jika wanita mengamalkan gaya hidup yang sihat seperti bersenam dan makan makanan yang berkhasiat, selalunya individu tersebut tidak mempunyai sebarang masalah dengan vaginanya.

    Vagina boleh bersihkan dirinya sendiri

    cara menjaga miss v

    Ya, vagina anda sebenarnya boleh bersihkan dirinya sendiri! Vagina mempunyai rembesan tersendiri yang membantu mengekalkan pH pada kadar yang sesuai.

    Vagina merupakan kediaman bagi pelbagai jenis bakteria baik. Walau bagaimanapun, jika keseimbangan pH di dalam vagina terganggu, jangkitan bakteria atau thrush yang akan akibatkan kegatalan dan bau yang tidak enak boleh berlaku.

    Tahap pH yang rendah di kawasan vagina merupakan sebuah benteng semula jadi yang boleh mengelakkan jangkitan daripada bakteria asing.

    Oleh itu, jika anda ingin bersihkan alat sulit anda, jangan usik bahagian vagina anda. Tetapi, bahagian luar vagina anda iaitu vulva masih perlu dijaga dan dibersihkan.

    Bersihkan vulva anda!

    Jika anda ingin cuci kemaluan anda, elakkan daripada menggunakan sabun wangi ataupun antibacterial kerana sabun jenis ini boleh menganggu kestabilan pH vagina anda.

    Tambah lagi, pewangi merupakan sejenis bahan yang boleh mengakibatkan iritasi pada Miss V anda. Oleh itu, cuba elakkan daripada guna sabun mandi untuk membasuh bahagian intim.

    Sebenarnya, anda juga tidak perlu berbelanja lebih untuk feminine wash ataupun sabun untuk bahagian intim. Cukup sekadar menggunakan air suam dan sabun kosong tanpa pewangi setiap hari.

    Selain itu, amalkan juga kaedah membasuh dari depan ke belakang dan bukan sebaliknya.

    Elakkan juga amalan meruang kerana amalan tersebut punyai lebih banyak keburukan daripada kebaikan.

    Meruang hanya akan membuatkan kondisi vagina anda lebih teruk dan mungkin meningkatkan risiko anda untuk terkena jangkitan.

    Cara menjaga Miss V yang perlu anda ikut

    cara menjaga miss v

    Cara menjaga Miss V bukan terhad kepada mencucinya sahaja. Namun, ada banyak lagi perkara yang perlu anda titik beratkan.

    Sebagai contoh, cara pemakaian dan juga material yang anda pakai juga boleh memberikan impak terhadap kesihatan vagina anda.

    Di sini kami berikan anda 8 tip untuk cara menjaga Miss V supaya kekal sihat dan tidak berbau:

    1. Guna air suam untuk cuci kemaluan anda. Kemudian, keringkan dengan tuala.
    2. Elakkan daripada menyentuh kawasan vagina. Vagina anda boleh bersihkan dirinya sendiri.
    3. Jika anda datang bulan, luangkan masa lebih untuk basuh vulva anda.
    4. Gunakan seluar dalam yang diperbuat daripada kapas jika anda mudah mengalami gatal-gatal pada kawasan intim.
    5. Tukar pakaian dalam secepat mungkin jika anda rasa ia basah atau berpeluh.
    6. Elakkan daripada memakai seluar dalam jenis thong kerana ia boleh buatkan kemaluan anda gatal.
    7. Jangan sesekali meruang, sembur deodoran, gunakan tisu basah, minyak pati ataupun apa-apa produk yang mempunyai pewangi ke atas vagina anda.
    8. Elakkan pakai pakaian yang ketat.

    Mudah sebenarnya cara menjaga Miss V!

    Mudah bukan cara menjaga Miss V anda! Cuma, anda perlu tahu teknik yang betul dan tempat yang anda tidak boleh basuh jika ingin membersihkan vagina anda.

    Walau bagaimanapun, jika anda mengalami masalah keputihan yang luar biasa atau sakit di bahagian alat sulit, jangan ingat dengan kerap membasuhnya, masalah itu akan beransur pergi!

    Jika anda hadapi masalah di atas, cepat-cepatlah berjumpa dengan doktor.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Ahmad Wazir Aiman

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Fatin Zahra · Disemak pada 11/07/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan