backup og meta

Jangan Terkejut, Ada Wanita Yang Lahir Dengan 2 Faraj! Bolehkah Mereka Jalani Hidup Normal?

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 13/02/2023

    Jangan Terkejut, Ada Wanita Yang Lahir Dengan 2 Faraj! Bolehkah Mereka Jalani Hidup Normal?

    Boleh ke seorang wanita mempunyai 2 faraj?

    Amnya, setiap individu akan lahir dengan alat sulit mengikut jantina masing-masing.

    Ia adalah komponen tubuh badan yang sangat penting untuk fungsi perkumuhan dan pembiakan.

    Pun begitu, tidak semua bernasib baik kerana ada juga individu lahir dengan kelainan alat kelamin contohnya khunsa yang akan mengakibatkan kecelaruan jantina.

    Bukan itu sahaja, sebenarnya ada banyak lagi kelainan alat kelamin lain yang mungkin boleh berlaku termasuklah mempunyai dua faraj bagi golongan wanita.

    Persoalannya bolehkah wanita dengan keadaan ini menjalani kehidupan seperti individu normal lain?

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Wanita, sila dapatkannya di sini.

    Apakah punca wanita dilahirkan dengan 2 faraj?

    Terkejut? Hakitkatnya memang wujud individu yang lahir dengan dua alat sulit wanita.

    2 faraj

    Untuk pengetahuan anda, ia adalah disebabkan kondisi yang dikenali sebagai uterus didelphys atau dalam bahasa lebih mudah, dua rahim.

    Secara amnya, wanita akan dilahirkan dengan satu rahim sahaja dan kondisi ini akan mengakibatkan kelainan pada anatomi tubuh badan mereka.

    Berikut merupakan antara kemungkinan kelainan tersebut:

  • Wanita mempunyai dua rahim
  • Wanita mempunyai 2 serviks
  • Wanita mempunyai dua faraj
  • Ya, ia memang merupakan kondisi yang sangat jarang berlaku dan berpunca daripada rahim yang bermula sebagai dua tiub kecil pada awal pembentukan janin, tidak bergabung.

    Ia kemudiannya mungkin akan menyebabkan dua tiub tersebut berkembang menjadi dua struktur yang berlainan.

    Penyebab sebenar kondisi ini masih belum dapat diketahui, namun mungkin boleh dikaitkan dengan faktor genetik.

    Baca juga:

    Bolehkah wanita dengan 2 faraj hidup normal?

    Penting untuk anda tahu bahawa kondisi ini adalah sangat jarang berlaku kepada wanita.

    Dalam kebanyakan kes, ia mungkin tidak akan mengakibatkan apa-apa masalah terhadap penderita.

    Sekiranya anda telah didiagnosis menghidapi kondisi ini dan mengalami sebarang komplikasi, adalah disarankan untuk anda berjumpa doktor bagi menjalani pembedahan.

    Berikut merupakan huraian antara komplikasi yang mungkin boleh terjadi:

    Datang bulan

    Mesti ada yang tertanya jika ada dua faraj, bagaimana wanita datang bulan? Adakah hanya salah satu faraj akan mengeluarkan darah atau kedua-duanya sekali?

    Menurut pakar, wanita yang lahir dengan dua faraj berkemungkinan menjalani tempoh datang bulan dengan mengeluarkan darah haid yang sangat banyak.

    Ada kemungkinan di mana hanya satu faraj yang akan mengeluarkan darah haid atau kedua-duanya sekali secara serentak.

    Ada juga kemungkinan di mana satu faraj akan mengalami sekatan akibat darah haid yang terkumpul lantas menyebabkan rasa sakit.

    Maka sila berjumpa doktor untuk berkonsultasi dan mendapatkan rawatan lanjutan.

    Kehamilan bagi wanita 2 faraj

    2 faraj

    Persoalannya, boleh atau tidak individu dengan dua alat sulit wanita mengandung?

    Hakikatnya, keupayaan golongan wanita dengan kondisi ini untuk hamil adalah pelbagai.

    Ada yang boleh mengandung tanpa sebarang masalah namun ada juga yang mengalami kesulitan.

    Antara kesulitan yang mungkin akan berlaku kepada penderita adalah mengalami keguguran.

    Oleh itu, adalah disarankan untuk anda mendapatkan nasihat doktor sekiranya bercadang untuk mengandung ataupun telah hamil bagi mengelakkan sebarang komplikasi.

    Kelahiran

    Adakah wanita dengan dua alat kemaluan mempunyai komplikasi ketika melahirkan anak?

    Ya, ada sesetengah wanita yang menghidapi kondisi ini akan mengalami komplikasi ketika bersalin.

    Komplikasi yang dinyatakan ini adalah penderita bermungkinan melahirkan bayi pramatang.

    Disebabkan itu, adalah sangat penting untuk anda sentiasa berhubung dengan doktor sekiranya tarikh untuk melahirkan anak sudah dekat untuk mengelakkan sebarang komplikasi.

    Kehidupan seks wanita 2 faraj

    2 faraj

    Dalam aspek kehidupan seks, mungkin tiada apa yang kalian perlu risaukan kerana isteri masih boleh bersenggama dengan suami seperti biasa.

    Pun begitu, jika anda tidak dapat menikmati seks yang hebat ekoran rasa sakit atau keliru, sila berjumpa doktor untuk berkonsultasi.

    Kondisi kesihatan

    Dalam kebanyakan kes, individu yang lahir dengan dua alat sulit wanita mungkin boleh hidup normal tanpa sebarang penyakit.

    Namun masih ada risiko berlakunya beberapa kondisi kesihatan buat anda terutamanya kepada organ buah pinggang anda.

    Ini kerana kondisi uterus didelphys bukan sahaja mungkin menyebabkan wanita mempunyai dua rahim, dua seriks dan dua faraj malahan juga keabnormalan buah pinggang.

    Sekiranya anda mengesyaki diri anda mempunyai 2 faraj, segera berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan lanjutan untuk hidup yang lebih normal kelak.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Joseph Tan

    Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


    Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 13/02/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan