backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan

3

Tanya Doktor
Simpan

Hati-Hati Ladies! Ini 6 Punca Haid Keluar Sedikit Masa Datang Bulan

Disemak secara perubatan oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Nisreen Nadiah · Disemak pada 03/07/2023

    Hati-Hati Ladies! Ini 6 Punca Haid Keluar Sedikit Masa Datang Bulan

    Sudah menjadi lumrah bagi mereka yang bergelar wanita didatangi haid setiap bulan. Malahan pengalaman setiap kali ‘datang bulan’ boleh jadi berbeza-beza, antaranya ada wanita yang mengalami darah haid sedikit.

    Tahukah anda keadaan ini mempunyai nama dalam sains perubatan, iaitu hipomenorea. Macam mana boleh terjadinya hipomenorea ini?

    Baca lebih lanjut tentang Kesihatan Wanita di sini.

    Apa itu hipomenorea?

    Hipomenorea atau turut dikenali sebagai darah haid sedikit yang berlaku pada sebilangan perempuan boleh dialami selepas baligh dan sebelum mula menopaus.

    Ini kerana proses ovulasi menjadi tidak teratur pada masa ini, dan lapisan endometrial gagal berkembang secara normal.

    Ovulasi kerana tahap hormon tiroid yang rendah, tahap prolaktin tinggi, tahap insulin tinggi, tahap androgen tinggi dan masalah dengan hormon lain juga boleh menyebabkan haid yang sedikit.

    Bagi individu yang mempunyai masalah ini, haid mereka sering berlangsung kurang daripada dua hari, atau kurang daripada 80ml.

    Masalah haid sedikit ini juga boleh berlaku akibat penggunaan kontraseptif hormon seperti kontraseptif oral mahupun IUD.

    Sebab-sebab lain termasuk:

    • Lemak badan rendah
    • Kehamilan
    • Sindrom Asherman
    • Stres
    • Ketidakseimbangan hormon
    • Kegagalan ovari pramatang

    Keadaan ini boleh berlaku pada tahap mana pun dalam kehidupan seseorang wanita, tetapi ia lebih kerap berlaku sebelum menopaus atau selepas akil baligh.

    Hipomenorea dapat didiagnosis melalui ultra-sonogram, ujian darah, dan ujian perubatan lain untuk memeriksa ketebalan dan penyebab aliran haid sedikit.

    Penyebab-penyebab terjadinya haid sedikit

    1. Efek sampingan pemakaian kontrasepsi

    haid sedikit

    Selain faktor umur, ternyata penggunaan kontraseptif juga mampu menyebabkan hipomenorea.

    Pil-pil kontrasepsi, IUD, atau implan mengandungi estrogen yang cukup rendah, sehingga mengurangkan pertumbuhan endometrium.

    Hal tersebut menyebabkan endometrium saat menstruasi menjadi lebih sedikit.

    2. Polycystic ovary syndrome (PCOS)

    Sindrom ovarium polikistik adalah kelainan hormon wanita yang menghasilkan banyak sista-sista kecil di ovari.

    Selain dapat menghasilkan hormon lelaki, dikenali sebagai androgen, penyakit ini juga mempengaruhi kitaran haid dan pendarahan anda- ini yang mengakibatkan hipomenorea.

    Oleh itu, jika anda mengalami gejala PCOS dan darah haid sikit, segera berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan rawatan selanjutnya.

    3. Tekanan psikologi/ stres

    Jika anda mengalami stres yang berpanjangan, hal tersebut akan memberikan kesan terhadap menstruasi anda.

    Otak anda mampu mengubah hormon kitaran haid yang boleh menjadikan anda sama ada tidak mengalami haid atau hanya sedikit darah yang keluar.

    4. Hormon anda tidak seimbang

    Kitaran haid anda diatur sebahagian besarnya oleh dua hormon iaitu estrogen dan progesteron.

    Hormon ini akan menurun dan meningkat sepanjang kitaran anda dan sekiranya anda mengalami ketidakseimbangan hormon, logiklah jika kitaran haid anda akan berubah.

    Mempunyai hormon testosteron yang terlalu banyak juga boleh menyebabkan darah haid sikit.

    Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai tahap hormon anda, anda harus meminta doktor untuk melakukan ujian ke atas anda.

    5. Anda menghidap hipertiroidisme

    Tiroid anda berfungsi dalam mengawal bagaimana sel anda memetabolismekan tenaga, yang mempengaruhi tubuh anda dalam banyak cara.

    Sekiranya anda mempunyai hipertiroidisme, itu bermakna kelenjar tiroid anda menghasilkan hormon tiroid yang berlebihan.

    Hal ini akan dapat menyebabkan anda berasa gugup dan cemas, mengalami masalah tidur, atau penurunan berat badan.

    Ia juga boleh menyebabkan haid anda lebih sedikit atau kurang daripada biasa.

    Punca haid sedikit #6. Anda menuju menopause

    haid sedikit

    Sekiranya anda berada dalam lingkungan umur di mana anda mungkin akan mengalami menopaus dan anda sedari bahawa haid semakin sikit, itu mungkin merupakan tanda yang anda sedang mengalami perimenopause.

    Haid anda tidak akan berhenti secara tiba-tiba, ia bakal menjadi perlahan mungkin selama beberapa bulan.

    Oleh itu, dalam tempoh berkenaan, darah haid sikit dan ini adalah perkara biasa.

    Diet dan gaya hidup untuk wanita haid sedikit

    Diet dan gaya hidup seseorang individu memainkan peranan yang sangat penting dalam faktor kualiti kesihatan.

    Bagi para wanita yang mempunyai haid sikit, terdapat senaman dan diet tertentu yang dapat diamalkan.

    Bagi diet pemakanan:

    Bagi aktiviti senaman:

    Aktiviti yang ringan amat disyorkan seperti brisk walking, berkebun, yoga dan sebagainya.

    Rumusan

    Selalunya, haid sikit tidak akan memberikan kesan yang serius terhadap kesihatan dan kebanyakan penyebab ini mudah diselesaikan.

    Walau bagaimanapun, penting untuk anda mengetahui punca terjadinya masalah ini, supaya anda dapat mengambil tindakan yang sewajarnya sama ada dengan melakukan rawatan mahupun ubat-ubatan.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Muhamad Firdaus Rahim

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Nisreen Nadiah · Disemak pada 03/07/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan