Gigi Kuning Bukan Lagi Masalah, Ini 4 Cara Kembalikan Senyuman Menawan!

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 25/09/2020 . 3 minit bacaan
Share now

Masa berbual dengan seseorang, mesti kita akan memandang pada gigi individu tu, bukan? Kalau warna gigi dia putih berkilau, ‘sure’ kita akan terfikir pandainya dia menjaga gigi. Tapi kalau gigi kuning, terus kita ‘cop’ dia tak tahu menjaga kebersihan gigi, betul tak?

Sudah menjadi stigma untuk kita merasakan gigi putih adalah satu lambang gigi yang sihat, manakala gigi yang kuning akan kita anggap sebagai gigi yang tidak dijaga dengan baik. Tapi betul ke begitu?

Gigi kuning, warna bukan penentu

Menurut Dr Ibrahim Shahruddin, pakar dalam bidang Pemulihan dan Estetika Pergigian (Restorative and Aesthetic Dentistry), gigi yang normal tidak ditentukan dengan hanya melihat pada warnanya. 

Dr Ibrahim memberitahu, gigi sama keadaannya seperti individu yang mempunyai warna kulit yang berbeza di mana ia bukanlah satu masalah. Tetapi sebarang penyakit berkaitan kulit itu adalah perkara yang perlu dirawat.

Begitu jugalah dalam aspek pergigian, di mana warna pada gigi bukanlah satu faktor penting tetapi masalah yang terjadi pada gigi adalah yang perlu dibimbangkan.

Jelas beliau lagi, tahap kesihatan gigi seseorang itu tidak dinilai sebagai tidak normal walaupun ianya berwarna kuning. Perkara yang menentukan tahap normal dan kesihatan gigi itu adalah apabila ia kuat, tidak sakit dan tidak mengalami sebarang lubang.

Gigi boleh bertukar kepada kekuningan bergantung kepada beberapa perkara, seperti:

Bagaimana lapisan gigi menjadi penentu kepada warna gigi kuning? Ikuti penjelasan yang berikut.

3 lapisan gigi

Untuk pengetahuan, gigi anda mempunyai tiga lapisan utama, iaitu:

Normal Ke Kalau Gigi Kuning (3)

  • Enamel merupakan lapisan gigi yang paling luar. Ia adalah apa yang anda lihat pada gigi anda setiap hari
  • Dentin – adalah lapisan kedua gigi. Ia merupakan satu lapisan di bawah enamel
  • Nerve – boleh dikatakan sebagai satu ‘terowong’ pada gigi dan ia merupakan bahagian di mana terdapat saraf dan saluran darah

Sesetengah gigi individu mungkin mempunyai lapisan enamel nipis berbanding yang lain. Keadaan ini mengakibatkan gigi akan lebih kelihatan kekuningan disebabkan lapisan dentin yang lebih menonjol. 

Tip penjagaan gigi

Sebenarnya, cara yang paling mudah untuk memutihkan gigi kuning adalah dengan melakukan proses pemutihan atau bleaching.

Tetapi perkara paling penting adalah mengenai cara anda menjaga kebersihan gigi anda dan tidak mustahil ia boleh membantu menjadikan gigi lebih putih dan kuat.

Berikut adalah langkah penjagaan kebersihan gigi  mudah tetapi sering dipandang remeh oleh kebanyakan individu.

#1 Ubat gigi

Perkara paling utama adalah untuk memastikan ubat gigi yang anda gunakan mempunyai fluorida. Ini kerana fluorida berperanan untuk menguatkan dan melindungi gigi anda daripada mengalami masalah karies gigi.

Fluorida berbahaya untuk kesihatan? Oh come on, anda hanya menggunakan ia untuk memberus gigi anda dan bukannya menelan ubat gigi tersebut.

Malahan menurut Dr. Ibrahim, anda perlu meminum fluorida dalam jumlah yang sangat banyak untuk mendatangkan mudarat kepada kesihatan.

#2 Berus gigi

Cara terbaik untuk memberus gigi adalah dengan menggosok keseluruhan gigi untuk tempoh 2 minit. Ini kerana ia bagaikan menjadi satu kebiasaan individu menggosok gigi untuk tempoh kurang daripada 30 saat.

Tindakan itu sememangnya meningkatkan risiko kekotoran tertinggal dan peratusan tidak menggosok keseluruhan gigi anda adalah sangat tinggi. Jadi luangkan 2 minit untuk menggosok gigi.

Bagi pemilihan berus gigi pula, anda boleh memilih untuk menggunakan berus gigi elektrik atau berus gigi tradisional.

Kelebihan penggunaan berus gigi elektrik adalah ia mungkin membantu anda untuk mencuci dengan lebih baik berbanding berus gigi tradisional.

Tetapi ia bukanlah satu kewajipan untuk anda menggunakannya. Tidak kira berus gigi elektrik atau tradisional, yang penting adalah anda perlu memberus dengan baik. 

warna gigi

#3 Flossing

1 tabiat jarang dilakukan. Tetapi flossing sebenarnya amat penting sebagai salah satu cara penjagaan gigi.

Ia dapat membantu mencuci dan mengeluarkan kotoran terlekat atau berada pada celahan gigi yang tidak tercapai ketika anda memberus.

Sewaktu anda memberus, anda hanya dapat membersihkan 60 peratus sahaja daripada keseluruhan gigi anda? Dan flossing dapat  membersihkan baki 40% yang tertinggal.

Mulai hari ini, jadikan flossing sebagai salah satu amalan penjagaan gigi harian anda, sekurang-kurangnya 2x sehari. 

#4 Rawatan berkala

Doktor gigi merupakan antara doktor yang paling jarang anda jumpa, bukan?

Kebiasaannya anda hanya berjumpa dengan doktor gigi apabila berdepan dengan masalah gigi. Situasi yang paling biasa berlaku adalah apabila keadaan gigi anda sudah terlalu kronik, baru teringat nak jumpa doktor gigi.

Kalau sakit yang sikit-sikit itu, pandai pula tanya ‘Pak Cik Google’ untuk petua. 

Setahun 2x, jangka waktu rawatan yang disarankan untuk anda berjumpa dengan doktor gigi. Jadi, janganlah terlalu berkira atau takut.

Bak kata Dr Ibrahim, pencegahan itu sebenarnya lebih murah dan mudah berbanding rawatan yang mungkin akan memakan kos yang lebih berlipat ganda. Rajin-rajinkanlah diri untuk berjumpa doktor gigi. 

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

Anda Masih Perlu Gosok Gigi Walaupun Kurang Ambil Gula, Sumber Karbohidrat

Walaupun kebanyakan doktor gigi mengakui bahawa diet keto ini kurang mengambil gula, ia sebenarnya mungkin memberikan kesan sampingan lain.

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Gaya Hidup Sihat, Pemakanan 13/11/2019 . 2 minit bacaan

Ubat Gigi Berasaskan Arginin Teknologi Terbaru Melawan Karies Gigi

Revolusi ubat gigi berasaskan arginin ini mampu untuk menghasilkan kesan perlindungan daripada kaviti sebanyak 4 kali ganda lebih kuat.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Wazir Aiman Mohd Abdul Wahab
Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Mulut 18/10/2019 . 3 minit bacaan

Senjata Baru Dalam Melawan Karies Gigi

Dalam mencapai misi bebas kaviti dalam setiap kanak-kanak di Malaysia menjelang tahun 2060, senjata baru diperlukan bagi melawan karies gigi.

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
Ditulis oleh Ahmad Wazir Aiman Mohd Abdul Wahab
Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Mulut 24/09/2019 . 3 minit bacaan

Anak Takut Berjumpa Doktor Gigi? Ada Cara Untuk Mengatasinya

Adakah terdapat penyelesaian mengatasi masalah anak yang takut berjumpa doktor, khususnya doktor gigi? Teruskan membaca perkongsian artikel ini.

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Tips Kesihatan, Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Mulut 19/09/2019 . 3 minit bacaan

Artikel lain untuk anda

cara cuci berus gigi

Ini 7 Tip Jaga Berus Gigi, Salah Satunya Kena Rendam Dalam Cecair Pengkumur Mulut!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Diterbitkan pada 23/10/2020 . 3 minit bacaan
penjagaan muka

MENGEJUTKAN! Madu, Minyak Kelapa- Ini Antara 7 Bahan Yang TIDAK BOLEH Disapu Pada Muka

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 27/08/2020 . 3 minit bacaan
gigi rosak

Cabut Gigi Susu Anak Walaupun Belum Goyang, Ini Risiko Pada Si Kecil Yang Parents WAJIB Tahu

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 27/07/2020 . 3 minit bacaan
memberus gigi

Berus Gigi 2x Sehari Tak Cukup! Lakukan Lebih Kerap Jika Tak Nak Jadi Begini!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Diterbitkan pada 08/03/2020 . 3 minit bacaan