Gigi Selalu Ngilu? Buat Perkara Ini Untuk Kurangkannya, Confirm Berkesan!

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Diterbitkan pada 20/11/2020 . 3 minit bacaan
Share now

Masalah gigi sensitif atau ngilu bukanlah satu perkara yang pelik. Ia adalah antara masalah oral yang sering berlaku pada kebanyakan individu. Namun, bagaimana hendak mengurangkan masalah gigi ngilu ini?

Bagaimana saya boleh mendapat gigi ngilu?

Gigi sensitif, atau ‘hipersensitiviti dentin’, adalah kesakitan atau ketidakselesaan pada gigi yang dialami disebabkan oleh tindak balas terhadap rangsangan tertentu, seperti suhu yang panas atau sejuk.

Ia boleh menjadi satu masalah sementara atau masalah yang kronik.  Ia juga boleh berlaku pada hanya satu gigi, beberapa batang gigi, atau semua gigi.

Masalah gigi ngilu boleh disebabkan oleh pelbagai punca, tetapi kebanyakan kes gigi sensitif mudah dirawat dengan perubahan dalam rejimen kebersihan mulut anda.

Simptom-simptom masalah gigi sensitif

Individu yang mempunyai gigi sensitif mungkin akan mengalami kesakitan atau ketidakselesaan disebabkan tindak balas terhadap pencetus tertentu. Anda mungkin merasakan kesakitan ini pada akar gigi yang terjejas.

Pencetus yang paling biasa berlaku termasuklah:

Gejala masalah gigi ngilu yang anda alami mungkin akan berlaku dan menghilang tanpa sebab yang jelas. Gejala yang dialami juga mungkin dalam keadaan yang ringan sehinggalah teruk.

Apakah punca berlakunya masalah gigi sensitif?

masalah gigi sensitif

Sebilangan individu secara semula jadinya mempunyai gigi yang lebih sensitif daripada individu lain kerana mempunyai enamel yang lebih nipis. Enamel adalah lapisan luar gigi yang melindungi gigi tersebut.

Dalam kebanyakan kes, enamel gigi boleh menjadi nipis disebabkan perkara-perkara berikut:

  • Menggosok gigi dengan terlalu keras atau kasar
  • Menggunakan berus gigi yang keras
  • Mengetap atau mengasah gigi ketika tidur pada waktu malam
  • Mengambil makanan dan minuman berasid dengan kerap

Kadangkala, terdapat juga keadaan lain yang boleh menyebabkan masalah gigi ngilu ini.

Sebagai contoh, refluks gastroesophageal (GERD), boleh menyebabkan asid keluar dari perut dan esofagus, lalu merosakkan gigi dari semasa ke semasa.

Keadaan yang boleh menyebabkan muntah dengan kerap seperti gastroparesis dan bulimia juga boleh menyebabkan enamel gigi menjadi rosak disebabkan asid perut yang keluar.

Keadaan penipisan gusi juga boleh menyebabkan gigi sensitif.

Kerosakan gigi, gigi patah, gigi yang pecah, dan tampalan atau crown gigi yang menipis boleh menyebabkan dentin gigi terdedah, lalu menjadikan gigi sensitif.

Sekiranya ini berlaku, anda mungkin hanya merasakan sensitiviti pada satu gigi atau kawasan tertentu pada mulut, bukannya pada keseluruhan gigi.

Gigi anda juga mungkin akan  menjadi sensitif buat sementara waktu selepas rawatan gigi seperti tampalan, crown, atau pemutihan gigi.

Dalam kes seperti ini, sensitiviti yang berlaku juga akan terbatas pada satu gigi atau gigi di sekelilingnya. Ia akan reda selepas beberapa hari.

Apakah rawatan yang boleh dilakukan untuk masalah gigi sensitif?

masalah gigi ngilu

Terdapat beberapa kaedah rawatan atau perkara yang boleh dilakukan untuk mengurangkan keadaan gigi yang sensitif. Antaranya ialah:

  • Ubat gigi sensitif. Ubat gigi ini boleh membantu menyekat kesakitan yang berkaitan dengan gigi sensitif. Terdapat pelbagai produk ubat gigi yang boleh anda dapati di farmasi. Tanya doktor gigi anda mengenai produk mana yang paling sesuai untuk anda
  • Fluorida. Doktor gigi anda mungkin akan menggunakan fluorida yang disapukan pada kawasan gigi sensitif anda untuk menguatkan enamel gigi dan mengurangkan kesakitan. Doktor juga mungkin akan menyarankan penggunaan fluorida preskripsi di rumah
  • Desensitizing atau ikatan. Kadangkala, permukaan akar gigi yang terdedah dapat dirawat dengan menggunakan resin ikatan pada permukaan akar yang sensitif. Bius mungkin diperlukan
  • Graf gusi pembedahan. Sekiranya akar gigi anda kehilangan tisu gusi, sejumlah kecil tisu gusi boleh diambil dari tempat lain di mulut anda dan dilekatkan pada kawasan gigi yang terjejas. Ini dapat melindungi akar yang terdedah dan mengurangkan sensitiviti
  • Rawatan akar gigi. Sekiranya gigi sensitif anda menyebabkan kesakitan yang teruk dan rawatan lain tidak berkesan, doktor gigi anda mungkin mengesyorkan rawatan akar gigi. Ia adalah prosedur yang digunakan untuk merawat masalah pada teras lembut gigi (pulpa gigi). Walaupun ini mungkin merupakan rawatan yang signifikan, ia dianggap sebagai teknik yang paling berjaya untuk menghilangkan sensitiviti gigi

Lakukan ini untuk kurangkan masalah gigi ngilu anda

Untuk mengelakkan masalah gigi sensitif berulang, gosok gigi dua kali sehari dengan berus gigi yang lembut dan ubat gigi fluorida. Anda juga perlu flos gigi anda setiap hari.

Lakukan pemberusan gigi dengan lembut dan elakkan pemberusan yang kasar. Sekiranya anda kerap mengetap atau mengasah gigi, tanyakan kepada doktor gigi anda mengenai penggunaan pelindung mulut.

Aktiviti mengasah gigi boleh mematahkan gigi dan menyebabkan sensitiviti. Anda juga mungkin perlu berhati-hati ketika mengambil makanan dan minuman berasid, seperti minuman berkarbonat, buah sitrus dan minuman beralkohol.

Kesemuanya dapat membuang sejumlah kecil enamel gigi dari semasa ke semasa. Apabila anda minum cecair berasid, gunakan penyedut minuman bagi mengurangkan pendedahan minuman tersebut pada gigi anda.

Selepas makan atau minum zat berasid, minum air untuk mengimbangkan tahap asid yang ada pada mulut anda.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

Coffee Lover Di Luar Sana, Kopi Boleh Sebabkan Gigi Sensitif! Ada 5 Tip Untuk Atasinya

Tahukah anda, minum kopi dengan kerap sebenarnya boleh meningkatkan kekerapan gigi sensitif untuk berlaku. Jadi apa yang boleh anda lakukan untuk atasinya?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Mulut 09/11/2020 . 4 minit bacaan

Ini 7 Tip Jaga Berus Gigi, Salah Satunya Kena Rendam Dalam Cecair Pengkumur Mulut!

Ramai yang tahu cara untuk memberus gigi namun tidak tahu cara cuci berus gigi sebelum atau selepas menggunakannya. Jom klik untuk baca!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Mulut 23/10/2020 . 3 minit bacaan

Puting Kosong, Objek Ajaib Menenangkan Si Manja! Tapi Ia Boleh Buat Gigi Bayi Jongang?

Memang ramai ibu bapa yang gemar memberi si kecil mereka puting kosong. Namun adakah ia boleh buat gigi mereka jongang? Jom ikuti artikel ini!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Mulut 13/10/2020 . 3 minit bacaan

Rasa Ngilu Apabila Minum Air Sejuk? Ini 10 Punca Yang Mungkin Sebabkan Gigi Jadi Ngilu Tiba-tiba

Terdapat beberapa faktor boleh menyebabkan gigi ngilu tiba-tiba. Mungkin anda terfikir, apakah sebab gigi ngilu hingga menyebabkan anda berasa tidak selesa.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Mulut 07/10/2020 . 3 minit bacaan

Artikel lain untuk anda

berus gigi

JANGAN Sesekali Kongsi Berus Gigi Walaupun Dengan Pasangan, Boleh Dapat Penyakit Kelamin!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Diterbitkan pada 27/11/2020 . 3 minit bacaan
nafas berbau

Sudah Gosok Gigi, Tapi Masih Ada Masalah Bau Mulut? Ini Mungkin Petanda Sakit Diabetes

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Diterbitkan pada 26/11/2020 . 3 minit bacaan
ulser mulut

Aduh! Sakitnya Terkena Ulser, Ini Cara Rawat ‘Mata Ikan’ Di Rumah, Pakai Garam Pun Boleh?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Diterbitkan pada 24/11/2020 . 3 minit bacaan
suara sengau

Suara Sengau Bukan Penghalang Untuk Berjaya! Tapi, Apa Penyebab & Rawatan Masalah Ini?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Diterbitkan pada 09/11/2020 . 3 minit bacaan