Fluorosis, Garisan atau Bintik Putih Pada Gigi

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 13/09/2019 . 3 minit bacaan
Share now

Definisi

Apa itu fluorosis?

Fluorosis bukanlah satu penyakit tetapi perubahan dalam penampilan enamel gigi anda. Dalam majoriti kes, fluorosis enamel muncul sebagai garis putih yang jarang terlihat pada enamel gigi yang mana tidak menjejaskan fungsi atau kesihatan gigi.

Malah, kesannya hanya ditemui oleh profesional pergigian semasa pemeriksaan. Fluorosis enamel berlaku apabila gigi terbentuk di bawah gusi. Sebaik sahaja gigi keluar daripada gusi, ia tidak dapat membina fluorosis enamel.

Apakah tanda-tanda dan simptom fluorosis?

Simptom fluorosis termasuk tipis putih atau garis-garis kecil yang mungkin tidak dapat dirasakan dengan noda coklat gelap dan enamel yang kasar dan sukar dibersihkan.

Mungkin terdapat beberapa tanda atau simptom yang tidak disenaraikan. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan mengenai simptom, sila berjumpa dengan doktor atau ahli farmasi anda.

Rawatan

Apa yang perlu dilakukan?

Beberapa tip di bawah dapat membantu anda mencegah keadaan ini:

  • Sekiranya anda adalah orang yang biasanya minum teh hitam, kopi, atau wain merah, anda perlu memikirkannya. Ini kerana kandungannya yang tinggi kafein mungkin menyebabkan perubahan warna pada gigi anda. Sesetengah orang berfikir bahawa jika minum item yang disenaraikan menggunakan penyedut minuman, maka tidak akan mendapat fluorosis gigi, tetapi ini tidak benar. Cecair masih bersentuhan dengan gigi anda apabila ia dimasukkan ke dalam mulut. Ia boleh menyebabkan pewarnaan. Sebaliknya, anda boleh mencuba beberapa minuman baru seperti teh hijau, kopi tanpa kafein, wain putih dan soda berwarna yang ringan.
  • Selain itu, anda harus elakkan fluorida. Anda boleh memilih air botol atau dapatkan penapis untuk paip anda. Perkara penting lain ialah anda tidak boleh membeli ubat gigi dengan fluorida di dalamnya, dan membeli beberapa makanan organik untuk mengurangkan air fluorida yang boleh dihasilkan dalam makanan yang diproses.
  • Serbuk penaik (baking soda) bukan sahaja digunakan untuk penaik tetapi juga boleh digunakan untuk memutihkan gigi. Terdapat banyak kes membuktikan bahawa menggunakan serbuk penaik membuatkan gigi anda menjadi lebih putih. Anda harus mengulanginya sehingga mendapat hasil yang diiginkan.
  • Gunakan 3% hidrogen peroksida dengan mengambil 2 sudu teh hidrogen peroksida dan 2 sudu air, kemudian campurkannya bersama dalam satu cawan. Berkumur selama tidak lebih dari 1 minit. Kemudian meludah dan bilas mulut dengan air. Anda perlu mengulangi proses ini setiap hari untuk hasil yang terbaik.
  • Terdapat beberapa buah-buahan dan sayur-sayuran tertentu yang sangat baik untuk gigi anda, seperti lobak, saderi, dan epal. Ini kerana ia tinggi kandungan vitamin C yang membunuh bakteria dan menghasilkan lebih banyak air liur yang membantu untuk mengeluarkan plak. Walau bagaimanapun, sesetengah makanan yang anda perlu elakkan adalah berasid seperti sos tomato, acar, cuka balsamic, dan oren.
  • Jika anak-anak anda menelan ubat gigi atau minum air paip semasa memberus gigi, ini boleh menjadi punca pendedahan kepada fluorida.

Bilakah perlu berjumpa dengan doktor gigi ?

Hubungi doktor gigi anda jika anda perhatikan bahawa gigi anak anda mempunyai garis atau bintik putih, atau jika anda melihat satu atau lebih gigi berwarna.

Pencegahan

Bagaimana saya boleh mencegahnya?

Penjagaan ibu bapa adalah kunci untuk mencegah fluorosis untuk kanak-kanak. Berhati-hati juga dengan sumber air dan produk yang mengandungi fluorida yang anda gunakan.

Jika sumber air dari sistem awam, doktor, doktor gigi atau pihak berkuasa air tempatan anda boleh memberitahu berapa banyak fluorida di dalamnya. Jika anda bergantung pada air perigi tau air botol, jabatan kesihatan awam atau makmal tempatan boleh menganalisis kandungan fluoridanya.

Sebaik sahaja anda tahu berapa banyak fluorida dalam minuman anak anda seperti jus buah dan minuman ringan, anda boleh berunding dengan doktor gigi untuk menentukan sama ada anak anda harus mendapatkan suplemen fluorida atau tidak.

Di rumah, harus diingatkan untuk menyimpan semua produk seperti ubat gigi, pembilasan mulut, dan makanan tambahan dari jangkauan kanak-kanak. Jika kanak-kanak meminum sejumlah besar fluorida dalam tempoh masa yang singkat, ia boleh menyebabkan simptom seperti:

  • Loya
  • Cirit-birit
  • Muntah
  • Sakit perut

Walaupun ketoksikan fluorida biasanya tidak mempunyai akibat yang serius, ia mendorong ratusan kanak-kanak ke bilik kecemasan setiap tahun. Adalah penting untuk memantau penggunaan ubat gigi berflorida oleh kanak-kanak seperti jumlah ubat gigi yang ada pada berus gigi, atau mereka harus meludah ubat gigi selepas memberus gigi. Selain itu, ibu bapa tidak boleh membeli ubat gigi yang mengandungi rasa kegemaran yang disukai oleh anak kerana mereka mungkin akan menelannya.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat, diagnosis atau rawatan perubatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"
    Rujukan

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Kenapa Kalau Sakit Gigi Boleh Demam? Ini Punca Sebenarnya! Jangan Dibiarkan, Bahaya!

    Hampir setiap orang pernah mengalami demam ketika sakit gigi. Apakah punca sakit gigi sampai demam? Normalkah kalau kita demam? Jawapan anda semua di sini!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Nana Muhammad
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Mulut 24/07/2020 . 3 minit bacaan

    Bukan Air Garam Saja, Banyak Lagi Cara Untuk Legakan Sakit Gigi, Semuanya Di Rumah

    Penjagaan oral perlu ditekankan kerana ia boleh mempengaruhi kualiti hidup. Jika anda alami sakit gigi, boleh gunakan 7 bahan ini untuk redakan simptom.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Mulut 21/07/2020 . 3 minit bacaan

    Air Liur Bayi Meleleh Tanda Mahu Tumbuh Gigi? ALERT Mak Ayah, Ada Bahayanya!

    Ibu bapa mana yang tidak risau jika air liur bayi asyik meleleh sahaja. Ia mungkin tanda mereka mahu tumbuh gigi atau petunjuk penyakit berikut. Jom klik!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Keibubapaan, Tahun-tahun pertama 29/06/2020 . 3 minit bacaan

    Rimas Pakai Braces? Ini Jawapan TEPAT Berapa Lama Anda Perlu Pakai Pendakap Gigi!

    Anda teringin untuk memakai pendakap gigi? Tetapi anda rungsing tentang tempoh pemakaian braces? Jangan risau, ini penjelasannya yang perlu anda tahu.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Mulut 20/11/2019 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    penjagaan muka

    MENGEJUTKAN! Madu, Minyak Kelapa- Ini Antara 7 Bahan Yang TIDAK BOLEH Disapu Pada Muka

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 27/08/2020 . 3 minit bacaan
    gigi geraham

    Sakit Tumbuh Gigi Bongsu, Lagi-lagi Bila Anak Remaja Yang Alaminya, Ini Cara Nak Buat!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 25/08/2020 . 3 minit bacaan
    maksud flos gigi

    Kebersihan Mulut Anak Bukan Setakat Berus Gigi, Si Kecil Pun Dah Kena Mula Flos Gigi Ye, Mama!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 12/08/2020 . 3 minit bacaan
    tumbuh gigi

    Takut Sakit Puting, Perlu Ke Hentikan Penyusuan Jika Si Manja Dah Tumbuh Gigi?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 28/07/2020 . 3 minit bacaan