Bibir dan Lelangit Rekah

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 05/12/2019 . 2 minit bacaan
Share now

Definisi

Apa itu bibir dan lelangit rekah?

Bibir rekah atau sumbing adalah keadaan yang berlaku pada awal perkembangan janin, biasanya pada minggu ke-6 hingga 11 kehamilan. Ini adalah kecacatan kelahiran di bahagian atas bibir atau lelangit kekal terbelah, tidak melekat bersama sebelum kelahiran. Bibir dan lelangit rekah sering terjadi berasingan, tetapi dalam sesetengah orang, ia boleh berlaku bersama-sama. Kecacatan ini boleh menjadi sebab genetik atau kesan pendedahan ibu terhadap alam sekitar.

Apakah tanda atau simptom bibir dan lelangit rekah?

Bibir dan lelangit rekah mungkin muncul sebagai:

  • Belahan dalam bibir atau lelangit yang boleh menjejaskan satu atau kedua-dua bahagian muka.
  • Belahan dalam bibir boleh muncul sebagai hanya satu takuk kecil dalam bibir atau boleh memanjang dari bibir melalui gusi  dan lelangit atas hingga ke bahagian bawah hidung.
  • Belahan atas mulut yang tidak menjejaskan penampilan wajah.

Rekah/sumbing hanya berlaku pada otot lelangit lembut, tetapi keadaan ini kurang biasa. Jenis rekah ini sering kali diketahui apabila tanda-tandanya berkembang. Tanda-tanda dan simptom rekah mungkin termasuk:

  • Kesukaran menelan
  • Pertuturan hidung tidak normal (sengau)
  • Jangkitan telinga berulang

Mungkin terdapat beberapa tanda atau simptom yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan tentang simptom, sila berjumpa doktor anda.

Rawatan

Apakah yang perlu saya lakukan?

Sekiranya anda mempunyai bayi dengan kecacatan kelahiran, jangan salahkan diri anda. Sebaliknya, anda perlu memberi perhatian untuk menjaga anak anda dan dapatkan bantuan daripada sosial hospital. Berikut adalah beberapa tip berguna untuk anda dan anak anda:

  • Jangan fokus pada kecacatan anak anda, kerana tindakan ini membuatkan mereka berasa sedih.
  • Tunjukkan sifat positif anak yang lain, yang tidak melibat penampilan fizikal.
  • Bantu anak anda mendapatkan keyakinan dengan membenarkannya membuat keputusan.
  • Galakkan bahasa badan yang yakin, seperti tersenyum dan menggosok kepala dan bahu.
  • Pastikan garis komunikasi terbuka. Sekiranya diejek atau wujud isu harga diri di sekolah, pastikan anak anda berasa selamat bercakap dengan anda mengenainya.

Bilakah saya perlu berjumpa doktor gigi?

Bibir dan lelangit rekah biasanya berlaku semasa kelahiran, dan doktor anda mungkin mula menyelaraskan penjagaan pada masa itu. Rawatan yang paling biasa adalah pembedahan yang dilakukan di hospital oleh pakar.

Pencegahan

Bagaimana saya boleh mencegahnya?

Walaupun banyak kes bibir dan lelangit rekah tidak boleh dicegah, pertimbangkan langkah-langkah ini untuk meningkatkan pemahaman atau menurunkan risiko anda:

  • Sekiranya anda mempunyai sejarah keluarga bibir dan lelangit rekah, maklumkan kepada doktor sebelum hamil. Doktor boleh merujuk anda kepada kaunselor genetik yang boleh membantu menentukan risiko anda mempunyai anak-anak dengan bibir dan lelangit rekah.
  • Anda perlu mengambil multivitamin sebelum dan semasa hamil boleh membantu mengurangkan risiko kecacatan kelahiran. Sekiranya anda merancang untuk hamil tidak lama lagi, mula mengambil multivitamin pranatal sekarang.
  • Penggunaan alkohol atau tembakau semasa kehamilan akan meningkatkan risiko memiliki bayi dengan kecacatan rekah.

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"
    Rujukan