backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan

1

Tanya Doktor
Simpan

Gemar Melancap Untuk Kepuasan Diri Sendiri? Ini 5 Fakta Setiap Lelaki Mesti Tahu!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 3 minggu lalu

    Gemar Melancap Untuk Kepuasan Diri Sendiri? Ini 5 Fakta Setiap Lelaki Mesti Tahu!

    Apa itu melancap? Untuk pengetahuan anda, ia adalah perbuatan memuaskan nafsu secara solo. Ia seringkali dianggap sebagai tidak senonoh dan tidak bermoral. 

    Kebanyakan lelaki terutamanya yang masih remaja, sangat kerap melakukan perbuatan ini dalam usaha memuaskan keinginan dan kemahuan seksual mereka.

    Ia kerana ketika usia ini, remaja mula mengenali seks dan sifat ingin tahu mereka yang sangat tinggi membuat mereka lebih cenderung mencuba pelbagai perkara berkaitan seks.

    Namun begitu, terdapat satu persoalan yang sangat menakutkan bagi golongan lelaki iaitu apa itu melancap boleh jadi punca utama risiko mati pucuk? 

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Lelaki, sila dapatkannya di sini.

    Apa itu melancap? 5 fakta tentangnya!

    Selain dapat memuaskan nafsu tanpa memerlukan kehadiran seorang pasangan untuk melakukan hubungan seks, ada beberapa lagi fakta menarik mengenai apa itu melancap yang perlu anda ketahui.

    #1. Ia mempunyai risiko yang tersendiri

    Perbuatan ini sememangnya tidak mempunyai risiko yang tinggi kerana ia adalah perbuatan seks yang paling selamat.

    Tidak ada lagi individu yang mengalami penyakit jangkitan kelamin (STD) melaluinya.

    Namun melakukannya dengan terlalu kerap boleh menyebabkan kerengsaan kulit alat kemaluan dan membuat ia bengkak. 

    #2. Ia tidak mendatangkan manfaat seperti hubungan seks

    Kajian menunjukkan hubungan seks akan mendatangkan manfaat terutamanya kepada lelaki.

    Ia dapat menstabilkan tekanan darah serta menjamin kesihatan jantung dan prostat.

    Pun begitu, manfaat ini hanya akan diperolehi melalui hubungan seks dengan pasangan sahaja, bukan melalui perbuatan melancap.

    #3. Tidak ada kiraan normal untuk melancap

    Menurut seorang pakar dalam bidang seksologi, Logan Levkoff, perbuatan melancap bergantung sepenuhnya kepada individu itu sendiri.

    Tidak ada waktu, kadar dan tempoh spesifik yang dinasihatkan untuk melakukannya atau tidak.

    Oleh itu, anda sebagai seorang remaja lelaki yang sudah matang mampu untuk membuat keputusan anda sendiri.

    #4. Ia tidak akan merosakkan hubungan anda bersama pasangan

    Apa itu melancap? Melancap atau onani ini sebenarnya hanya akan dilakukan oleh remaja lelaki ketika mereka sedang bujang dan tidak ada kena-mengena dengan pasangan mereka.

    Perbuatan ini bukan semata-mata terdorong oleh keinginan seksual, namun ia juga merupakan satu rutin untuk menghilangkan stres atau memudahkan mereka untuk tidur.

    apa itu melancap
    Onani menjejaskan hubungan kelamin dengan pasangan.

    #5. Ia dapat membantu kehidupan seks kelak

    Menerusi perbuatan apa itu melancap, remaja lelaki akan mula belajar tentang seks.

    Ia dapat memberi mereka pengalaman dan pengetahuan yang diperlukan untuk mengetahui apa yang mereka suka atau tidak semasa melakukan seks.

    Ini sangat penting kepada remaja lelaki dan pasangannya agar mereka dapat meniti kehidupan seks yang indah apabila berkahwin kelak.

    Pun begitu, apa itu onani dan hukumnya adalah haram bagi individu yang beragama Islam.

    Jika dilakukan, keburukan onani dalam Islam akan membawa kepada dosa serta amalan anda tidak akan diterima buat sekian tempoh yang telah ditetapkan.

    Di sebalik manfaatnya, terdapat banyak lagi mudaratnya. Antara yang paling menakutkan adalah mati pucuk.

    Dalam erti kata mudah, terdapat 5 fakta penting tentang onani yang anda perlu tahu:

    • Ia mempunyai risiko yang tersendiri
    • Ia tidak mendatangkan manfaat seperti hubungan seks
    • Tidak ada kiraan normal untuk melancap
    • Ia tidak akan merosakkan hubungan anda bersama pasangan
    • Ia dapat membantu kehidupan seks kelak

    Benarkah kerap melancap punca utama mati pucuk?

    apa itu melancap
    Onani antara punca utama masalah mati pucuk.

    Ya, apa itu melancap mungkin akan menyebabkan berlakunya mati pucuk (ED).

    Ia adalah satu kondisi yang sangat ditakuti oleh para lelaki kerana ia akan menjejaskan kehidupan seks mereka terutamanya buat mereka yang sudah berkahwin.

    Selain menjejaskan fizikal, mati pucuk juga akan menjejaskan emosi.

    Ini kerana individu yang mengalami mati pucuk akan mula berasa tertekan dan hilang keyakinan diri.

    Paling membimbangkan, ia juga merupakan punca utama penceraian bagi pasangan yang sudah berkahwin.

    Pun begitu, walaupun kerap melancap adalah punca utama mati pucuk, terdapat juga beberapa punca-punca lain yang menyumbang kepada kondisi ini, termasuklah:

    • Stres
    • Emosi tidak stabil
    • Pengambilan ubatan
    • Kondisi kesihatan
    • Menghisap rokok
    • Meminum alkohol
    melancap
    Tip berhenti melancap yang berkesan.

    Sudah tahu apa itu melancap, ini cara elak onani

    Pertama sekali, anda perlu berikan masa kepada diri anda untuk rehat dan fikir kenapa orang beronani sedangkan perbuatan ini hanya akan membawa kepada mudarat.

    Tinggalkan segala amalan tidak sihat seperti menghisap rokok, meminum alkohol, hidup sendentari, dan pemakanan yang tidak sihat.

    Jika masih tidak membuahkan hasil, jangan pula berasa malu untuk dapatkan nasihat perubatan daripada pakar kesihatan reproduktif.

    Konklusinya, adakah onani itu normal? Ya, namun ia membawa lebih banyak mudarat berbanding manfaat!

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Ahmad Wazir Aiman

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 3 minggu lalu

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan