backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan

1

Tanya Doktor
Simpan

Alah Pada Kondom Getah? Cuba Guna Kondom Plastik! Ada Banyak Kelebihannya

Disemak secara perubatan oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 15/10/2021

    Alah Pada Kondom Getah? Cuba Guna Kondom Plastik! Ada Banyak Kelebihannya

    Pun begitu, ada pasangan yang alah kepada kondom getah – jenis yang paling umum.

    Oleh itu, gunakanlah alternatif kondom plastik yang boleh mengurangkan risiko alahan.

    Jom sama-sama kita ikuti artikel ini untuk baca tentangnya dengan lebih lanjut!

    Apa punca sebenar alahan ini?

    Sebelum pergi dengan lebih mendalam lagi, wajarlah kita tahu akan punca sebenar alahan terhadap alat kontraseptif yang paling popular ini.

    Punca sebenar alahan kondom jenis ini adalah disebabkan oleh lateks – bahan utama dalam pembuatan kondom getah.

    Ini kerana lateks mengandungi beberapa jenis protein yang akan mendatangkan reaksi alahan kepada tubuh badan jika tersentuh pada kulit.

    kondom plastik

    Antara simptom yang mungkin boleh berlaku terbahagi kepada 3 kategori termasuklah:

    Ringan

    • Kegatalan
    • Kemerahan
    • Ruam

    Sederhana

    • Bersin
    • Batuk
    • Hidung berair
    • Mata berair
    • Sakit tekak
    • Sukar bernafas

    Teruk

    • Anaphylaxis

    Sekiranya ini berlaku kepada anda, ia mungkin boleh mendatangkan maut.

    Ia biasa terjadi kepada individu yang mempunyai tahap sensitiviti yang terlalu tinggi namun sangat jarang berlaku sekiranya terdedah buat pertama kali.

    Rawatan kecemasan untuk merawat alahan lateks ini adalah dengan berjumpa doktor untuk mengambil ubatan atau suntikan bagi mengurangkan simptom.

    Pun begitu, cara yang paling terbaik adalah dengan mengelakkan penggunaan kondom lateks dan ikhtiarkan alternatif yang lain seperti kondom plastik.

    Apa beza kondom getah dan kondom plastik?

    kondom plastik

    Kondom lateks adalah jenis yang paling normal dan banyak terdapat di pasaran. Buat anda yang belum tahu, lateks adalah bahan yang berasaskan getah pokok.

    Ia sangat sesuai digunakan dalam industri pembuatan alat kontraseptif ini ekoran sifatnya yang licin, fleksibel, tidak mudah koyak serta selamat digunakan.

    Pun begitu, ia mungkin tidak sesuai digunakan oleh beberapa individu ekoran kesan alahan terhadap lateks.

    Oleh itu, penggunaan kondom plastik (polyurethane) adalah sangat disyorkan untuk golongan ini.

    Polyurethane adalah bahan utama pembuatan kondom plastik, sama seperti lateks yang merupakan bahan utama pembuatan kondom getah.

    Dari aspek bahan utama dan bentuk fizikal, kedua-dua jenis alat kontraseptif ini memang jauh berbeza.

    Namun kalian tidak perlu risau kerana ia tetap mempunyai tahap keberkesanan yang lebih kurang sama.

    Apa kelebihan penggunaan kondom plastik?

    Menurut kajian ramai pakar termasuklah Pakar Obstetrik & Ginekologi Dr. Mary E. Fleming dan Pakar Sakit Puan Dr. Kristy Goodman, kondom polyurethane mempunyai tahap keberkesanan sehingga 98% jika digunakan dengan betul!

    Kondom plastik ini bukan sahaja mampu mencegah kehamilan luar jangkaan, ia juga mampu mengelak STD – fitur yang sama seperti jenis getah.

    Dalam pada itu, jenis plastik juga mempunyai kelebihan tersendiri yang lain berbanding jenis getah terutamanya dalam aspek prestasi seksual.

    Selain mampu mengelakkan alahan, ia juga mampu membuat hubungan seks anda dan pasangan menjadi lebih hebat ekoran sifatnya yang lebih nipis berbanding jenis biasa.

    Ini menjadikan lelaki yang menggunakannya terasa seakan langsung tidak memakai kondom pada zakar.

    Kesannya, sudah pasti projek asmara kalian itu lebih hangat dan selamat dalam masa yang sama.

    kondom plastik

    Adakah terdapat sebarang risiko lain?

    Ketahuilah bahawa ia juga mempunyai beberapa risiko tersendiri sama seperti jenis yang lain.

    Dr. Jackie Walters, pengarang buku The Queen V: Everything You Need to Know About Intimacy and Down There Health Care menyatakan, ada risiko hilang tahap keberkesanannya.

    Ia ekoran kondom plastik adalah lebih mudah terkoyak atau tercabut tatkala bersenggama.

    Ini kerana ia diperbuat daripada plastik dan tentu sahaja ia tidak fleksibel seperti jenis getah.

    Oleh itu, pastikan kalian selalu amalkan tip berikut tidak kira jenis kondom yang digunakan:

    • Pilih saiz yang sesuai – ukur zakar ketika ereksi
    • Simpan di tempat yang selamat dan bersuhu bilik
    • Elak guna yang sudah tamat tarikh luput
    • Elak guna yang sudah terdedah kepada haba
    • Jangan guna secara berulang kali
    • Pastikan ada ruang pada hujung bagi memastikan air mani tidak terkeluar dari celah
    • Jangan guna terlalu banyak pelincir pada bahagian dalam dan kurang pelincir pada bahagian luar
    • Cabut ia dengan berhati-hati agar air mani tidak tumpah

    Akhir kata, kondom plastik memang bagus untuk elak alahan namun ia masih perlu digunakan secara berhati-hati untuk tahap keberkesanan yang maksimum!

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Gabriel Tang Pei Yung

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 15/10/2021

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan