backup og meta

Suka Berbasikal Sebagai Aktiviti Riadah? Ini Berita Baik Buat Anda

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim · Disemak pada 25/10/2022

    Suka Berbasikal Sebagai Aktiviti Riadah? Ini Berita Baik Buat Anda

    Berbasikal bukan sahaja baik untuk alam sekitar tetapi juga membawa banyak manfaat kesihatan. Baca artikel ini sehingga akhir untuk mengetahui kelebihan berbasikal daripada sudut kesihatan dan menjadi kehidupan kita lebih baik.

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Badan Sihat, sila dapatkannya di sini.

    5 kelebihan berbasikal

    Membakar kalori

    Anda kehilangan banyak kalori apabila dengan berbasikal.

    Malah, setengah jam berbasikal pada kadar sederhana dengan berat 155 paun di atas basikal pegun membakar 260 kalori. Jika anda mempunyai berat badan yang lebih dan berbasikal pada intensiti yang lebih tinggi, anda akan membakar lebih banyak kalori.

    kelebihan berbasikal

    Baik untuk sendi

    Terdapat banyak aktiviti aerobik yang tidak sesuai dengan sendi-sendi kita kerana kesan dari aktiviti tersebut. Contohnya berjoging atau sukan berpasukan.

    Walau bagaimanapun, berbasikal, secara umum, membuatkan jantung anda mengepam tanpa meletakkan terlalu banyak tekanan pada sendi.

    Menurut Klinik Cleveland, berbasikal amat baik bagi mereka yang mempunyai lebihan berat badan sebanyak 50 paun kerana ia mengurangkan tekanan mekanikal pada pinggul, lutut, belakang dan pergelangan kaki – walaupun jika dibandingkan dengan berjalan kaki.

    kelebihan berbasikal

    Kelebihan berbasikal: Manfaat kepada jantung

    Berbasikal boleh akan meningkatkan kesihatan kardiovaskular. Berbasikal secara berkala menyihatkan badan kerana ia mengurangkan tekanan darah tinggi, mengawal gula dalam darah dan juga menghalang serangan jantung.

    Mayo Clinic menyatakan bahawa berbasikal secara berkala meningkatkan fungsi jantung, kerana ia membuatkan jantung mengepam darah dengan lebih efisyen.

    Di samping itu, berbasikal juga meningkatkan jumlah kolesterol baik sambil menurunkan kolesterol jahat di dalam badan anda. Hasilnya, plak di dalam arteri dapat dikurangkan.

    Anda akan tidur lebih lena

    Jika anda menghadapi masalah tidur atas apa jua sebab, berbasikal mungkin boleh menjadi penawar untuk anda.

    Menurut satu kajian di Stanford University School of Medicine, masa yang diperlukan untuk pesakit yang mengalami sedentari insomnia untuk tidur penurunan sebanyak separuh, dan masa tidur mereka juga meningkat sebanyak satu jam apabila mereka berbasikal selama sekitar 20 hingga 30 minit setiap hari.

    Sebabnya adalah apabila berbasikal di luar, badan akan terdedah kepada cahaya matahari. Hasilnya, irama sirkadian kembali selari dan tahap kortisol serta hormon stres juga menurun.

    kelebihan berbasikal

    Kelebihan berbasikal: Hidup lebih lama

    King College London menjalankan penyelidikan di mana mereka membandingkan lebih 2,400 kembar seiras untuk mengenal pasti mana stau yang lebih sihat.

    Kembar yang melakukan melakukan aktiviti berbasikal tiga kali seminggu selama 45 minit satu sesi adalah 9 tahun “lebih muda dari sudut biologi” berbanding kembar yang sama yang tidak berbasikal, walaupun selepas tidak mengambil kira pengaruh lain, seperti merokok dan indeks jisim badan ( BMI).

    Disebabkan mereka kerap bersenam, mereka mempunyai risiko yang jauh lebih rendah kepada penyakit kardiovaskular, diabetes jenis 2, semua jenis kanser, obesiti, serta tekanan darah tinggi.

    Berbasikal adalah baik untuk mental dan fizikal. Walau bagaimanapun, sila ingat untuk mendapatkan pelatih peribadi atau profesional untuk memastikan bahawa senaman tersebut adalah sesuai untuk anda.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Ahmad Wazir Aiman

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim · Disemak pada 25/10/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan