VR Tingkatkan Prestasi Pesakit Parkinson

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 10/07/2020 . 3 minit bacaan
Share now

Para penyelidik melaporkan kejayaan awal berkenaan alat baharu bagi membantu individu yang mempunyai penyakit Parkinson untuk menambahbaik keseimbangan mereka dan berpotensi mengurangkan jatuh dengan bantuan teknologi baharu: realiti maya atau lebih dikenali dengan nama ‘virtual reality’ (VR). Setelah berlatih menggunakan sistem VR selama enam minggu, penderita penyakit Parkinson menunjukkan toleransi dan keseimbangan terhadap cabaran dengan lebih baik bersama-sama dengan keyakinan dalam melalui cabaran sepanjang laluan mereka.

Bagi kebanyakan individu yang mempunyai penyakit Parkinson, aktiviti mudah seperti berjalan-jalan di sekitar rumah atau kejiranan boleh menjadi satu perkara yang mencabar dan menyusahkan. Masalah otot dan pergerakan yang disebabkan oleh penyakit ini mengurangkan pergerakan seseorang dan menjejaskan keseimbangan, selain sering menyebabkan jatuh dan kecederaan.

Bagi membantu pesakit menguruskan cabaran ini, para penyelidik mencipta sistem latihan realiti maya atau VR yang memberikan pesakit ruang yang selamat untuk mengasah kawalan dan keseimbangan otot mereka. Pesakit berjalan di atas treadmill sambil melangkah ke atas objek maya yang muncul di hadapan mereka. Jika mereka berjaya dalam satu pusingan, objek menjadi lebih besar pada pusingan seterusnya.

Menurut K. Bo Foreman, profesor madya yang juga pengarah di Motion Capture Core Facility, University of Utah, kelebihan utama bagi pesakit-pesakit Parkinson adalah mereka dapat menghadapi pelbagai rintangan dan keadaan kawasan disamping berada dalam persekitaran yang selamat dengan menggunakan peralatan seperti penambat sekatan jatuh (fall restraint tether). Pesakit-pesakit turut menikmati pengalaman tersebut dan berfikir bahawa ianya menyeronokkan. Mereka menyukai latihan tersebut dan mencabar diri mereka tanpa takut untuk jatuh.

Foreman akan mempersembahkan penyelidikan pada mesyuarat tahunan American Association of Anatomists semasa pertemuan 2019 Experimental Biology, yang diadakan pada 6-9 April di Orlando, Florida.

Para penyelidik menguji sistem latihan mereka dalam 10 pesakit yang mempunyai penyakit Parkinson yang menggunakannya selama 30 minit bagi setiap sesi, dan dilakukan sebanyak tiga sesi dalam seminggu selama enam minggu. Selepas program itu, para peserta menunjukkan peningkatan yang signifikan dalam keupayaan mereka untuk berunding dengan kotak besar dan kecil, keseimbangan yang lebih baik dan pelbagai gerakan yang lebih luas di pinggul dan buku lali, yang semuanya telah ditunjukkan yang dikaitkan dengan risiko yang lebih rendah untuk jatuh.

Foreman menyatakan, pasukan penyelidikannya berharap prestasi yang bertambah baik ini berkaitan dengan penurunan kadar untuk jatuh dalam kehidupan seharian mereka. Menurut beliau lagi, penyakit Parkinson adalah penyakit progresif, dan apa sahaja yang boleh kita lakukan untuk memberi kesan kepada perkembangan tersebut adalah satu langkah ke arah yang betul dan tepat.

Pasukan penyelidik telah menguji program mereka tersebut di University of Utah’s Treadport, persekitaran maya seperti CAVE dengan antara muka pergerakan (locomotion) yang membolehkan pancaran pemandangan digital merentasi pelbagai dinding dan lantai. Kebanyakan universiti mempunyai CAVE (istilah untuk persekitaran realiti maya imersif atau mendalam yang bersaiz sebuah bilik), walaupun kebanyakan pusat perubatan tidak mempunyainya. Pasukan penyelidikan bekerjasama dengan sistem hospital University of Utah untuk meneroka dengan menambah Treadport dalam fasiliti rehabilitasinya. Di samping itu, pasukan penyelidik turut berharap agar dapat menyesuaikan sistem realiti maya untuk peranti realiti maya yang dipasang di kepala, yang menjadikannya lebih luas dan lebih mudah dilaksanakan untuk tujuan penggunaan klinikal.

Walaupun ujian awal tidak memasukkan mana-mana pesakit yang tidak menjalani latihan realiti maya atau mana-mana individu tanpa penyakit Parkinson untuk tujuan perbandingan, pasukan penyelidik turut merancang untuk mengenalpasti bagaimana hasilnya jika dibandingkan dengan kajian-kajian di mana pesakit Parkinson menjalani program latihan secara tradisional atau langsung tidak menyertai sebarang program latihan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy
    Rujukan

    Artikel lain untuk anda

    seks virtual

    Sensasi Virtual, Trend Kini Berasmara Di Alam Maya – Apa Kesannya Kepada Kita?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 06/04/2020 . 3 minit bacaan
    VR

    VR Boleh Bantu Merawat Keadaan Berkaitan Neurologi

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Shelby
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 01/04/2019 . 2 minit bacaan