Tip Mendapatkan Otak Yang Lebih Efektif

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 15/07/2020 . 2 minit bacaan
Share now

Dalam kesibukan tugasan dan pekerjaan harian, kita lebih memfokuskan kepada kesihatan fizikal kita dan kurang menitik beratkan kecergasan otak. Sedangkan otak merupakan antara menjalankan peranan penting untuk melaksanakan tugas mental, serta membantu kita menjalankan fungsi fizikal. Berikut adalah cara dan tip mendapatkan otak yang lebih efektif dan sihat.

Kaedah menjadikan otak lebih efektif

Dikatakan setiap hari, sebanyak 70,000 fikiran akan difikirkan otak dan kebanyakan pemikiran itu adalah fikiran yang berulang. Jadi apa kata kita lakukan sesuatu dan memikirkan tentang otak kita juga.

  1. Makanan berkhasiat

Tahukah anda otak hanya mempunyai berat 2% daripada berat keseluruhan badan tetapi menggunakan lebih 20% oksigen dan nutrien yang kita ambil? Menjaga pemakanan dengan mengambil makanan yang kaya nutrien adalah satu perkara yang baik untuk menjaga kesihatan otak. Asid lemak omega-3 telah dipercayai dapat menyokong kesihatan otak, malahan, buah-buahan seperti beri biru juga sangat baik untuk otak anda dan pastikan anda menghindari dari mengambil makanan yang tidak sihat.

  1. Fokus

Dikatakan individu yang melakukan lebih dari satu pekerjaan dalam masa yang sama akan mengambil 50% masa lebih lama dan membuat 50% lebih banyak kesilapan berbanding individu yang melakukan sesuatu tugasan secara fokus. Berdasarkan penyelidikan, membuktikan otak manusia tidak dapat memberikan perhatian sepenuhnya kepada dua tugas dalam masa yang sama.

  1. Memahami

Untuk kita boleh menjaga otak, kita harus memahami dan menghargai otak kita terlebih dahulu sebagai satu ‘hutan’ yang hidup dan sentiasa berkembang dengan berbilion neuron dan synapses (penghubung antara dua sel).

  1. Positif

Sentiasa berfikiran dan bertindak balas secara positif sehingga ia menjadi satu amalan biasa pada otak dan ia membantu anda untuk mencipta sesuatu yang indah setiap hari. Terlalu banyak tekanan dan kegelisahan  – sama ada disebabkan faktor luaran atau disebabkan oleh pemikiran anda sendiri sebenarnya boleh membunuh neuron dan menghalang penghasilan neuron baru.

  1. Aktif

Kajian menunjukkan senaman sederhana selama 20-30 minit seperti berjalan, 3 kali seminggu, adalah apa yang anda perlukan untuk mendapatkan manfaat kepada otak. Anda tidak perlu menjadi seorang atlet. Perubahan pada gaya hidup seperti memilih untuk menaiki tangga berbanding lif, juga dapat membantu otak untuk kekal sihat. Sentiasa ingat bahawa otak adalah sebahagian daripada badan. Bersenam juga dapat menajamkan otak; senaman fizikal dapat meningkatkan neurogenesis.

  1. Cabar diri

Apabila belajar sesuatu yang baru atau berfikir tentang pemikiran baru, ia akan menstrukturkan otak anda. Semakin anda menggunakan otak, semakin baik otak anda dalam berfungsi. Satu lagi aspek penting untuk meningkatkan daya fikiran adalah untuk mencabar diri kita secara mental.

  1. Bersosial

Membina, mencipta dan memelihara persahabatan juga dapat merangsang otak. Interaksi sosial yang lebih kerap dan aktif akan mengurangkan risiko kemerosotan mental berbanding individu yang mengasingkan diri daripada komuniti. Sebaiknya dapatkan penglibatan secara langsung dan bukan hanya pada platform media sosial.

  1. Gembira

Ketawa dengan kerap dapat meningkatkan humor kognitif yang kompleks. Ia bukan sahaja menjadi hari anda lebih ceria malah secara tidak langsung ia juga membuatkan diri anda lebih bahagia dan positif serta menghindarkan diri daripada tekanan dan kemarahan.

  1. Rehat secukupnya

Badan yang letih dan tidak cukup rehat boleh menjejaskan prestasi dan juga tahap kesihatan anda. Kekurangan tidur atau tidur yang tidak berkualiti boleh menyebabkan otak berkerja lebih keras tetapi hasil yang diperolehi adalah tidak memuaskan. Tidur yang berkualiti, baik dan tidak diganggu adalah penting untuk memperbaiki tahap prestasi otak, dan mengurangkan tekanan fizikal dan mental.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"
    Rujukan

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Pesakit Koma Ibarat Hidup Menanti Mati, Adakah Dia Boleh Dengar Apa Yang Kita Cakap?

    Dahulu, penulis sering tertanya-tanya, apakah rasanya jika berada dalam keadaan otak koma? Adakah mereka tidak sedar? Lanjutkan Hello Doktor sekarang!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Gaya Hidup Sihat, Fakta Menarik 18/11/2019 . 2 minit bacaan

    Dalam Keadaan Kekurangan, Diskriminasi Berlaku Lebih Cepat – Kajian

    Menurut kajian yang oleh Cornell University, diskriminasi dan tingkah laku bias lebih mudah berlaku apabila berada dalam keadaan kekurangan atau kegawatan.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Ahmad Wazir Aiman Mohd Abdul Wahab
    Berita, Berita Antarabangsa 01/11/2019 . 2 minit bacaan

    Ini Satu Sebab PENTING Mengapa Anda Perlu Tutup Lampu Apabila Tidur, Patutlah!

    Cahaya tiruan ketika waktu malam seperti lampu bilik tidur mengganggu penghasilan melatonin dalam tubuh badan. Apakah kesan lampu bilik kepada tidur anda?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Tips Kesihatan, Gaya Hidup Sihat 23/10/2019 . 3 minit bacaan

    Fon Telinga Tanpa Wayar Boleh Rosakkan Fungsi Otak? Baca Ini Sebelum Pakai!

    Mungkin eraphone wireless adalah trend masa kini. Namun, ketahuilah bahawa terdapat banyak bahaya fon telinga kepada otak. Sila klik artikel!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Tips Kesihatan, Gaya Hidup Sihat 17/10/2019 . 2 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    bunuh diri

    Berniat Nak Bunuh Diri Tanda Ada Masalah Otak? Ini Fakta Yang Anda MESTI Tahu!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 05/06/2020 . 3 minit bacaan
    klimaks seks

    Ini Sebab Klimaks Penting Semasa Hubungan Intim, Ada Kaitan Dengan Otak

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 08/05/2020 . 3 minit bacaan
    memori jangka pendek

    Mudah Terlupa? Sebenarnya Memori Boleh Lebih Teruk Pada Waktu Pagi! Ini Sebabnya…

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 08/01/2020 . 3 minit bacaan
    teh

    Minuman Teh Beri Manfaat Kepada Struktur Otak

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 06/01/2020 . 4 minit bacaan