Kesan Puasa Ramadan kepada Pemain Bola Sepak

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 12/09/2019 . 2 minit bacaan
Share now

Dalam kehangatan menghadapi piala final bola sepak UEFA Champions League, bulan Ramadan juga kian menghampiri. Ketika Liverpool mempersiapkan diri untuk pertandingan terbesar mereka dalam dekad ini, perkembangan menarik telah muncul mengenai bagaimana bulan suci Ramadan mungkin mempengaruhi final Champions League. Pemain Muslim yang diharapkan sebagai senjata utama seperti Mohamed Salah dan Sadio Mane membuat keputusan untuk berpuasa Ramadan semasa perlawanan ini, bersama-sama dengan Emre Can yang akan kembali beraksi.

Sementara dalam pasukan Real Madrid, Karim Benzema and Achraf Hakimi juga mungkin memilih untuk berpuasa. Sama ada anda penyokong Real Madrid atau Liverpool, yang mungkin mempunyai keresahan tentang keputusan perlawanan 27 Mei ini, pasti anda sendiri tertanya-tanya adakah puasa di bulan Ramadan mempengaruhi prestasi pemain bola sepak?

Kesan Puasa Ramadan kepada Pemain Bola Sepak

Pengambilan makanan dan cecair bergantung pada masa matahari terbenam dan terbit pada bulan Ramadan. Kajian terkini menunjukkan hasil yang bertentangan tentang kesan puasa Ramadan pada jisim badan, komposisi tubuh dan perubahan metabolik.

Namun, dalam sebuah kajian terhadap empat pasukan bola sepak yang menjalani latihan sepanjang bulan puasa, pengambilan tenaga didapati agak stabil dalam pemain yang berpuasa walaupun terdapat sedikit, kira-kira 0.7 kg penurunan dalam jisim badan. Pengambilan air dan garam dalam kalangan pemain yang berpuasa diukur lebih rendah berbanding pemain yang tidak berpuasa, dan pemain melaporkan bahawa mereka merasa sedikit kurang bersedia untuk berlatih semasa berpuasa.

Walaupun beban latihan lebih dirasai pemain yang berpuasa, menariknya, prestasi pemain dalam minggu ketiga mengalami peningkatan yang ketara, menunjukkan pemain dapat menyesuaikan diri setelah beberapa minggu. Dalam kajian ini, tindak balas biokimia badan, pemakanan, dan prestasi tidak terjejas teruk pada pemain bola sepak lelaki muda yang menjalani puasa Ramadan dalam persekitaran latihan terkawal. Prestasi fizikal secara amnya bertambah baik, tetapi prestasi perlawanan tidak dapat diukur dengan tepat.

Bagaimana Pemain Bola Sepak boleh Menangani Puasa Ramadan

Penemuan kajian yang berbeza mungkin menunjukkan perbezaan individu atlet dalam menyesuaikan diri semasa berpuasa dan latihan. Walau bagaimanapun, hasil kajian yang mengkaji kesan Ramadan pada prestasi sukan menunjukkan bahawa hanya beberapa aspek kecergasan fizikal boleh terjejas, dalam dalam kadar yang sederhana. Pemain mungkin berasa lebih letih, tetapi kebanyakan kajian menunjukkan bahawa faktor-faktor ini mungkin tidak menyebabkan penurunan dalam prestasi. Kajian terkini daripada penyelidikan menyokong kesimpulan bahawa atlet yang mengekalkan jumlah tenaga dan pengambilan makronutrien, beban latihan, komposisi badan, dan tempoh serta kualiti tidur tidak akan mengalami sebarang penurunan besar dalam prestasi permainan semasa Ramadan.

Oleh itu, anda boleh menarik nafas lega dengan pertembungan pasukan bola sepak kegemaran anda sewaktu bulan Ramadan dan berdoa agar pemain kegemaran anda yang berpuasa mendapatkan tidur yang mencukupi dan pemakanan yang baik untuk mengekalkan prestasi mereka.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Makan Guna Tangan Baik Untuk Kesihatan? Ada Lagi 4 Tradisi Melayu Bagus Diamalkan

    Mungkin anda tidak tahu, ada beberapa tradisi Melayu yang sebenarnya baik untuk kesihatan anda. Apakah antara amalan budaya kaum Melayu ini?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Gaya Hidup Sihat, Fakta Menarik 05/05/2020 . 3 minit bacaan

    Melancap Ketika Puasa? Ini Yang Anda Perlu Tahu!

    Jika anda ingin berhenti melancap pada bulan puasa, inilah masanya. Anda boleh ikut 9 tip yang dikemukakan dalam artikel ini.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Tips Kesihatan, Gaya Hidup Sihat 04/05/2020 . 4 minit bacaan

    Puasa Terbatal Jika Buat Ujian Swab COVID-19? Ini 17 Perkara Boleh & Tidak Boleh Dilakukan Jika Berpuasa

    Adakah ujian swab COVID-19 boleh dilakukan semasa puasa Ramadan? Ketahuinya di sini dengan lebih lanjut sama ada ia boleh sebabkan batal puasa ataupun tidak

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Perayaan 04/05/2020 . 3 minit bacaan

    Selalu Sakit Semasa Berpuasa? Ketahui 5 Penyakit Lazim Berlaku Di Bulan Ramadan

    Bulan Ramadan sudah tiba! Jika anda tidak berpada-pada ketika makan berbuka, anda boleh mendapat 5 penyakit bulan puasa lazim ini. Ketahuinya.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Tips Kesihatan, Gaya Hidup Sihat 30/04/2020 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    bulan ramadhan

    Cuaca Panas Terik Di Luar Buat Badan Lesu? AWAS! Ini 15 Tanda Anda Dehidrasi Masa Berpuasa

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 18/05/2020 . 3 minit bacaan
    puasa 20 jam

    Anda Sanggup Puasa 20 Jam Sehari Sepanjang Ramadan? Ini Cabaran Bagi Umat Islam Di Luar Negara

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 13/05/2020 . 3 minit bacaan
    7-tip-menyusukan-badan-ketika-berpuasa

    Risau Kesan Pada Bayi Jika Menyusukan Anak Ketika Berpuasa? Cuba Amalkan 7 Tip Ini…

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 06/05/2020 . 3 minit bacaan
    bahaya merokok

    Ingin Berhenti Merokok Bulan Puasa Ini? Buat 5 Tip Di Bawah Confirm Anda Tak Hisap Lagi

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 05/05/2020 . 3 minit bacaan