Bahagian Tubuh Manusia yang Boleh Digantikan

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 12/09/2019 . 3 minit bacaan
Share now

Sains perubatan dan bioteknologi telah memberikan peluang kedua kepada kehidupan manusia, terutamanya dalam bentuk prostesis atau anggota palsu. Berikut adalah antara bahagian tubuh manusia yang boleh digantikan.

1. Otot jantung

Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), lebih banyak orang kehilangan nyawa setiap tahun akibat penyakit jantung berbanding penyakit lain. Para penyelidik dari Massachusetts General Hospital membuat penambahbaikan penting terhadap bio-kejuruteraan jantung manusia. Ini terdiri daripada bahagian jantung penderma yang dilucutkan sel-sel otot jantung dan digabungkan dengan sel stem bakal penerima.

Penyelidik tersebut juga telah mencipta bioreaktor automatik yang menyokong pertumbuhan jantung semasa proses pertumbuhannya. 

2. Tulang

Bagi kanak-kanak, kecederaan tulang dapat sembuh dengan lebih baik. Manakala menurut Pusat Kebangsaan Bioteknologi, selepas umur 20-an, tulang mengambil masa yang lama untuk disembuhkan disebabkan faktor-faktor tertentu.

Proses penyembuhan mudah berlaku pada kanak-kanak apabila mereka mengalami patah tulang. Bagi orang dewasa, faktor-faktor yang menyumbang kepada pemulihan tulang perlu diaktifkan semula, yang menyebabkan tempoh penyembuhan lebih perlahan pada orang dewasa.

Tetapi masih ada penawarnya. “Suntikan tulang”, yang merupakan sejenis bahan seperti pes (perekat) daripada kalsium fosfat atau kalsium sulfat, boleh membaiki keretakan kecil dan mengisi kepingan tulang yang hilang dengan suntikan pada bahagian yang terjejas.

3. Mata

Enucleation adalah proses mengeluarkan mata yang dijangkiti atau rosak, selepas itu pesakit dipasang dengan prostesis okular (mata palsu). Penyelidik perubatan di Weill Cornell Medical College telah menghasilkan retina buatan yang mampu memulihkan penglihatan. Ini pertama kali diuji pada tikus dan monyet, kerana retina mereka serupa dengan manusia. Penyelidik berharap bahawa retina buatan ini boleh memulihkan penglihatan bagi orang buta.

4. Telinga

Anda boleh mencetak hampir apa sahaja pada masa sekarang seperti ukiran, bahagian plastik dan barang lain. Terkini, anggota prostetik dan terlinga juga boleh dicetak.

Acuan direka menggunakan fotogrametri untuk memetakan gambar telinga individu. Acuan itu sendiri hanya mengambil masa sehari untuk dibina, hanya mengambil beberapa minit untuk disuntik dengan sel hidup sebelum dipindahkan kepada penerima. Antena seperti gegelung yang dicetak ke dalam telinga menghubungkan kepada elektrod yang bertindak seperti koklea (bahagian dalam telinga) yang boleh mencerap frekuensi di luar jangkauan pendengaran manusia.

5. Peankreas

Pankreas adalah salah satu organ yang paling penting dalam tubuh kita, selain jantung dan otak. Ia bertanggungjawab mengawal tahap pencernaan dan gula dalam darah. Sistem Peranti Pankreas Buatan (APDS) meniru fungsi pankreas. Ia juga dikategorikan kepada dua peranti berasingan (sistem pemantauan glukosa berterusan dan / atau pam infusi insulin).

6. Kaki

Kaki merupakan bahagian badan yang paling biasa digantikan. Kita semua pernah melihat kisah menyentuh perasaan seorang askar pulang ke rumah dengan anggota yang hilang, atau orang biasa yang menerima peluang kedua berjalan kembali melalui teknologi seperti prostesis.

Pembaharu teknologi Hugh Herr mencari inspirasi daripada alam semula jadi ketika membuat anggota bionik. Ciptaannya menggunakan algoritma kompleks untuk merangsang dan kemudian meniru fungsi yang tepat setiap serat otot dan tendon pada kelajuan dan ketegangan yang berlainan.

7. Kulit

Kulit adalah organ deria terbesar tubuh, namun pemindahan graf kulit boleh terdedah kepada risiko seperti prosedur lain. Zhenan Bao, seorang profesor kejuruteraan kimia di Universiti Stanford, sedang membangunkan kulit buatan yang meniru fungsi dan rasa kulit biasa. Bao telah melihat satu kejayaan dalam kerjanya dengan memberi kulit tiruan keupayaan untuk merasakan tekanan.

8. Jari

Jari adalah bahagian penting dalam interaksi dan fungsi manusia. Seseorang tidak akan dapat menaip tanpanya. Bagaimanapun, kehilangannya tidak bermakna hidup anda berakhir, tetapi tugas harian akan menjadi sangat mencabar. Seorang programmer Finnish Jerry Jalava mencipta ibu jari prostetik yang turut memilik perisian flash drive.

9. Tangan

Tangan, seperti lengan dan kaki, juga boleh diganti. Penyelidik dari University of Chicago sedang membangunkan prostesis yang boleh menghantar dan menerima isyarat kepada otak melalui secara langsung. Ini membolehkan pemakainya mempunyai rasa sentuhan.

Walaupun mungkin memulihkan fungsi tangan pada pesakit yang terjejas, tetapi kebolehan penggunaannya, kelebihan, dan batasan untuk pemindahan tangan atau pemasangan tangan palsu harus dipertimbangkan dengan teliti bergantung pada tahap dan sejauh mana tangan asal terjejas.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"
    Rujukan