7 Jangkitan yang Anda Mungkin Dapat di Gimnasium

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 14/07/2020 . 3 minit bacaan
Share now

Sudah pasti sesiapa sahaja yang pergi ke gimnasium adalah bertujuan untuk meningkatkan tahap kesihatan diri. Walau bagaimanapun, tanpa disedari di gim itu sendiri boleh menjadi tempat penyebaran kuman atau bakteria yang boleh menjejaskan kesihatan anda.

Dalam satu kajian 2014 yang diterbitkan dalam International Journal of Environmental Research and Public Health, penyelidik mendapati bahawa shingga 25 jenis bakteria yang semakin meningkat di pusat kecergasan (gimnasium) pada setiap permukaan daripada treadmill hingga dumbbell. Malahan, penyelidik juga mendapati bahawa handheld weights adalah peralatan yang paling terdedah dengan bakteria iaitu kira-kira 48 kali lebih banyak berbanding kerusi tandas.

Hati-hati dengan bakteria gimnasium ini

1. Ringworm (Kurap)

Jangkitan umum pada kulit yang disebabkan oleh pelbagai kulat. Anda boleh mendapatnya daripada sentuhan kulit ke kulit, tuala yang kotor, lantai bilik mandi yang basah dan permukaan lain yang dijangkiti.

Simptom: Tompokan merah pada kulit dan biasanya berlaku di kawasan dada, belakang, punggung dan paha. Walau bagaimanapun, ia juga boleh muncul pada mana-mana bahagian tubuh anda.

2. Folikulitis

Ia adalah keradangan folikel rambut pada tubuh anda yang mungkin disebabkan oleh peluh dan haba (ruam panas), bakteria, dan kulat. Dalam kes ruam panas, tekanan dari pakaian anda boleh menyebabkan folikel rambut tercabut. Bakteria dan kulat folikulitis boleh tersebar melalui perkongsian tuala.

Simptom: Kelihatan merah, kadang-kadang benjolan lembut di sekeliling setiap folikel rambut. Mungkin ada atau mungkin tiada nanah.

3. Athlete’s foot (Kaki makan air)

Jangkitan kulat biasa pada kaki yang anda diperoleh daripada sentuhan kulit ke kulit, lantai bilik mandi gimnasium yang basah dan kolam renang. Pada asasnya, apa-apa persekitaran yang menggalakkan kelembapan atau berpeluh adalah sesuai untuk pertumbuhan kulat. Disebabkan itu, gimnasium adalah permukaan yang subur untuk kulat. Keadaan ini cenderung berlaku pada lelaki dan juga mereka yang kasut atau stokin yang menyekat kaki untuk bernafas mungkin berisiko tinggi. 

Simptom: Tanda pertama jangkitan biasanya berwarna merah, mengelupas, kulit gatal pada tapak kaki serta kulit berwarna putih, di antara jari kaki anda.

4. Nail fungus (Kulat kuku)

Kulat sama yang menyebabkan athlete’s foot juga boleh menjangkiti kuku itu sendiri. Seperti athlete’s foot, anda terdedah kepada kuman ini dalam persekitaran panas, melekit dan lembap, malah anda juga boleh mendapat jangkitan ini daripada orang lain. Jika anda mengalami keadaan athlete’s foot, segera merawatnya kerana kulat boleh merebak ke kuku anda.

Simptom: Berlaku perubahan tekstur pada kuku anda. Ia menjadi kuning, tebal dan juga rapuh.

5. Plantar warts (Ketuat tapak)

Ketuat tapak kaki ini disebabkan oleh human papillomavirus (HPV). Anda boleh mengalami keadaan ini akibat berjalan di gimnasium tanpa memakai alas kaki, terutama di kawasan bilik mandi yang lembap.

Simptom: Periksa kaki anda sama ada terdapat benjolan yang boleh mempunyai sedikit titik hitam di dalamnya. Simptom lain adalah berbeza-beza, sesetengah orang berasa tidak selesa di kawasan yang terjejas sementara yang lain berasa sakit atau tekanan ketika berjalan.

6. Staph

Di gimnasium, bakteria staph adalah antara kuman paling biasa yang akan anda hadapi. Ia juga berpotensi yang paling berbahaya, kerana jenis tertentu boleh menyebabkan jangkitan dalam aliran darah, sendi dan tulang. Walau bagaimanapun, ia tidak mengancam nyawa tetapi menyebabkan ketidakselesaan.

Simptom: Jangkitan ini menyebabkan luka kulit berwarna kuning, jerawat merah yang menyakitkan atau abses yang lebih besar pada kulit. Kadangkala, kawasan yang dijangkiti terasa hangat untuk disentuh, dan anda mungkin mendapat demam dan menggigil.

7. Selesema dan flu

Jangkitan pernafasan mudah tersebar di mana-mana kawasan tertutup termasuk gimnasium. Biasanya virus ini tersebar melalui titisan daripada batuk dan bersin orang lain, dan kebanyakannya boleh hidup sekejap di luar badan. Jika anda mengambil dumbbell yang mempunyai virus influenza di atasnya, kemudian menyentuh mata atau mengelap mulut, secara teori anda boleh dijangkiti.

Tip mengelakkan jangkitan di gimnasium

Hadkan bersentuhan dengan seseorang, lap peralatan sebelum dan selepas digunakan, sentiasa memakai kasut atau alas kaki dan mencuci tangan atau menggunakan pensanitasi tangan (hand sanitizer) setiap kali anda ke gimnasium.

Selain itu, periksa keadaan sekeliling bagi memastikan gimnasium diselenggara dengan baik dan pastikan juga peralatan berada dalam keadaan baik. Jika anda melihat peralatan yang retak atau pecah, bakteria boleh memasuki ke dalamnya.

Bagi merawat keadaan yang dijangkiti anda boleh menggunakan ubat bukan preskripsi tertentu atau merujuk ahli farmasi dan doktor anda.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"
    Rujukan

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Nak Jadi Abang Sado, Boleh Ke Kalau Ambil Suplemen Protein Tapi Tidak Angkat Besi Di Gym?

    Anda inginkan badan yang 'sado'? Maka susu protein mesti dimasukkan dalam diet seharian anda bukan? Tapi, bolehkah ambil ia tapi mengunjungi gim?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Gaya Hidup Sihat, Pemakanan 11/08/2020 . 3 minit bacaan

    Ingin Cepat Sembuh Daripada Sakit Tekak? Ini Penawarnya

    Jika anda ingin memulihkan sakit tekak, di sini kami ada senaraikan beberapa penawar yang boleh meringankan simptom tersebut. Teruskan membaca.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Tips Kesihatan, Gaya Hidup Sihat 03/07/2020 . 8 minit bacaan

    Memahami Apa Itu Bulking Dan Cutting

    Dalam proses untuk mendapatkan badan yang ideal (lean), seseorang itu perlu melalui dua fasa penting iaitu bulking dan cutting.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Ahmad Wazir Aiman Mohd Abdul Wahab
    Gaya Hidup Sihat, Kecergasan 02/07/2020 . 2 minit bacaan

    Ini 5 Jenis Masalah Kulit Yang Sering Berlaku Jika Terlalu Lama Pakai Topeng Muka!

    Musim wabak COVID-19 ini, kita tentunya lebih kerap memakai topeng muka apabila keluar rumah. Tapi, topeng muka juga boleh sebabkan 5 masalah kulit ini

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Gaya Hidup Sihat, Sihat Bergaya, Penjagaan Kulit 21/05/2020 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    penyakit kulat sporotrichosis

    Hati-hati Pencinta Kucing! Jika Si Comel Ada Bisul Pada Kulit, Anda Mungkin Dijangkiti Penyakit Kulat Ini

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 18/09/2020 . 3 minit bacaan
    testis lelaki

    Jangan Sangka Testis Lelaki Tidak Punya Bakteria, Kajian Kata Ia Boleh Jejaskan Kesuburan!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 09/09/2020 . 3 minit bacaan
    sakit mata

    Sakit Mata Boleh Berjangkit? Ini Sebab Mengapa Tak Boleh Pandang Orang Yang Ada Keradangan Mata!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 04/09/2020 . 3 minit bacaan
    meruang ketika hamil

    Meruang Masa Mengandung, Boleh Ke? 5 Sebab Ini Akan Buat Anda Berfikir 2x Sebelum Lakukannya

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 01/09/2020 . 3 minit bacaan