5 Keperluan jika Anda Mahu Berenang Sewaktu Berpuasa

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 29/11/2019 . 2 minit bacaan
Share now

Adakah anda salah seorang pencinta sukan air? Berenang adalah sejenis senaman ringan yang mempunyai banyak manfaat. Berenang melibatkan semua otot badan, dan walaupun dikelaskan sebagai senaman ringan, berenang juga boleh membakar kalori dalam jumlah besar! Di samping itu, berenang juga bermanfaat untuk jantung dan kesihatan pernafasan. Tetapi bagaimana jika anda ingin berenang semasa puasa? Apakah persediaan yang diperlukan?

Bolehkan berenang semasa berpuasa?

Berenang sewaktu berpuasa pada asasnya boleh selagi dilakukan dengan betul. Anda perlu memastikan tiada apa yang akan masuk ke dalam rongga badan anda sewaktu berenang. Jadi selagi anda boleh memastikan tiada air masuk ke dalam kerongkong, sudah tentu ia dibolehkan.

Anda boleh berenang selama 30-60 minit sehari sebagai aktiviti untuk mengisi masa sebelum berbuka puasa. Berenang selama 30 minit terbukti dapat membakar 360 kalori untuk wanita dan 420 kalori untuk lelaki.

Apa yang perlu disediakan sewaktu berenang semasa berpuasa?

Apabila anda ingin berenang, terdapat beberapa alat yang digunakan untuk membantu semasa berada di dalam air. Peralatan yang perlu anda persiapkan sebelum membuat keputusan untuk berenang semasa berpuasa ialah:

1.Penyumbat telinga

Sesetengah perenang menggunakan penyumbat telinga untuk menghalang air daripada memasuki telinga apabila mereka berenang. Ini kerana air yang masuk ke dalam telinga boleh menyebabkan ketidakselesaan selama beberapa jam selepas berenang dan juga boleh meningkatkan risiko anda mendapat jangkitan telinga.

2.Penyumbat hidung

Sama seperti palam telinga, anda juga boleh menggunakan penyepit hidung untuk mengelakkan air memasuki hidung anda apabila anda berenang semasa berpuasa. Di samping itu, penyepit hidung ini juga berfungsi mengelakkan mikroorganisma kecil yang hidup di dalam kolam masuk ke dalam hidung anda.

3.Gogal renang

Kebanyakan air kolam mengandungi klorin tinggi dan bahan kimia lain untuk memastikan air bebas daripada bakteria dan alga. Tetapi tahukah anda kandungan klorin di dalam kolam boleh merengsakan mata? Oleh itu, anda disarankan menggunakan gogal renang. Di samping penglihatan anda dalam air menjadi lebih jelas, anda juga boleh melindungi mata anda daripada kerengsaan disebabkan kandungan klorin dalam air.

4.Pelampung

Jika anda tidak boleh berenang dengan baik, anda boleh menggunakan peralatan renang yang direka untuk membantu anda terapung dan berlatih teknik berenang, seperti pelampung. Pelampung adalah alat yang mengandungi udara untuk membantu anda terapung sewaktu berenang . Ia boleh didapati dalam bentuk bulat, petak, atau pelampung yang diletakkan di kedua-dua lengan dan kaki.

5.Topi renang

Topi renang adalah salah satu peralatan renang yang dibuat dari silikon atau getah yang digunakan untuk menutup kepala semasa berenang. Topi berenang juga berfungsi untuk menjaga rambut daripada menutupi wajah anda semasa anda berenang, melindungi rambut dari kerosakan klorin, dan mengekalkan haba badan semasa anda berada dalam air.

Perkara yang paling penting untuk dilakukan apabila anda ingin berenang sewaktu berpuasa adalah jangan lupa untuk memanaskan badan sebelum berenang untuk mengurangkan risiko kekejangan atau ketegangan otot. Selain itu, gunakan pelindung matahari pada kulit anda agar sinaran matahari dan klorin tidak akan terus diserap oleh kulit anda.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"
    Rujukan

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Risau Kesan Pada Bayi Jika Menyusukan Anak Ketika Berpuasa? Cuba Amalkan 7 Tip Ini…

    Adakah menyusu badan ketika berpuasa boleh mendatangkan kesan kepada anak? Bagaimana pula caranya untuk mengekalkan bekalan susu pada bulan Ramadan?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Keibubapaan, Penyusuan Badan 06/05/2020 . 3 minit bacaan

    Puasa Terbatal Jika Buat Ujian Swab COVID-19? Ini 17 Perkara Boleh & Tidak Boleh Dilakukan Jika Berpuasa

    Adakah ujian swab COVID-19 boleh dilakukan semasa puasa Ramadan? Ketahuinya di sini dengan lebih lanjut sama ada ia boleh sebabkan batal puasa ataupun tidak

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Perayaan 04/05/2020 . 3 minit bacaan

    Tak Tahu Nak Masak Apa Masa Sahur? Ini 7 Menu Simple Boleh Cuba Sepanjang Ramadan Ini!

    Bagi mereka yang masih tercari-cari menu untuk sahur sepanjang bulan Ramadan ini, ini 7 menu sahur simple yang boleh anda cuba. Sedap dan jimat masa!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Perayaan 30/04/2020 . 4 minit bacaan

    Eh, Mama TAK Puasa! Perjelaskan Kepada Anak Dengan 3 Cara Ini

    “Kenapa Mama tidak berpuasa?”, apa jawapan anda apabila terkantoi dengan anak makan pada bulan Ramadan? Mungkin ini boleh membantu.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Keibubapaan, Tips Keibubapaan, Perayaan 29/04/2020 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    senaman kardio

    Bersenam Bukan Hanya Jadikan Badan Cergas, Tapi Juga Baik Untuk Otak, No 3 Paling UTAMA

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 28/08/2020 . 3 minit bacaan
    air masuk telinga

    Seronok Berenang Sampai Air Masuk Telinga? Bahaya, Usah Biarkan! Ini 5 Cara Mudah Keluarkannya!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 29/07/2020 . 3 minit bacaan
    bulan ramadhan

    Cuaca Panas Terik Di Luar Buat Badan Lesu? AWAS! Ini 15 Tanda Anda Dehidrasi Masa Berpuasa

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 18/05/2020 . 3 minit bacaan
    puasa 20 jam

    Anda Sanggup Puasa 20 Jam Sehari Sepanjang Ramadan? Ini Cabaran Bagi Umat Islam Di Luar Negara

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 13/05/2020 . 3 minit bacaan