backup og meta

6 Sebab Kenapa Anda Selalu Ada Pemikiran Negatif, Hapuskan Ia Sekarang!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 04/11/2022

    6 Sebab Kenapa Anda Selalu Ada Pemikiran Negatif, Hapuskan Ia Sekarang!

    Apa yang anda fikirkan boleh menjejaskan kesihatan mental dan juga fizikal anda. Pemikiran positif boleh membantu anda untuk kekal sihat dan mengatasi beberapa gangguan mental. Sebaliknya, pemikiran negatif boleh mendatangkan impak kepada tahap kesihatan dan boleh memburukkan lagi beberapa masalah mental. 

    Apakah itu pemikiran negatif?

    Bayangkan anda berada dalam pesawat dan seorang staf berlaku tidak sopan kepada anda. Bagaimana reaksi anda terhadap situasi ini?

    Adakah anda akan marah kepada staf tersebut atau terfikir sesuatu yang buruk tentang diri anda? Dapatkan anda melupakannya? Cara anda bertindak balas terhadap reaksi ini menunjukkan cara anda berfikir.

    Jika anda melupakannya, anda adalah seorang individu yang positif. Jika anda merasa teruk, marah, sedih atau perasaan negatif lain, anda berkemungkinan adalah individu yang negatif.

    Apabila anda membuatkan isu kecil menjadi satu masalah besar dan membiarkan ia menjejaskan hari anda, minggu atau mungkin berbulan, anda mempunyai pemikiran negatif.

    Pemikiran negatif boleh mengakibatkan wujudkan rasa sedih, dan patah hati. Ia juga boleh memburukkan lagi masalah gangguan mental dan menjejaskan hari anda. Ia boleh menyebabkan wujudkan simptom fizikal seperti masalah kekurangan tidur dan gangguan pemakanan.

    Apa yang menyebabkan pemikiran negatif?

    Pemikiran yang negatif biasanya wujud dari peristiwa atau aktiviti dalam kehidupan seharian. Atau ia juga boleh disebabkan oleh penyakit, gangguan atau masalah kesihatan tertentu, seperti:

  • Selepas bersalin. Wanita yang baru melahirkan anak, adalah lebih cenderung untuk mempunyai pemikiran negatif. Selepas bersalin, anda mungkin berfikir secara keterlaluan tentang keselamatan bayi anda, atau anda mungkin merasa takut untuk bergelar ibu. Perkara sebegini boleh menyebabkan wujudnya pemikiran negatif dalam minda.
  • Anda mempunyai penyakit, seperti kanser, sakit jantung, atau penyakit kulit kecil seperti berjerawat. Anda mungkin merasakan bahawa anda tidak mungkin akan dapat sembuh, jangka hayat anda tidak akan panjang atau penampilan anda sangat teruk. Walaupun apa yang anda fikirkan mungkin betul, tetapi ada masanya anda terlalu berfikir tentang keadaan yang anda hadapi.
  • Penderaan. Anda pernah mengalami penderaan seksual, penderaan fizikal atau penderaan mental pada masa lalu. Anda mungkin mengalami masalah mental dan pemikiran negatif.
  • Anda kehilangan kereta, rumah, cincin atau topi.
  • Seorang individu yang rapat dengan anda meninggal dunia.
  • Anda memperolehi markah yang teruk, seseorang bertindak tidak baik kepada anda, anda membeli sesuatu yang tidak elok. Semua perkara ini boleh menjejaskan cara anda berfikir. Anda mungkin merasa teruk untuk selama berjam-jam, berhari, atau mungkin berbulan.
  • Perkara-perkara yang disenaraikan tidak semestinya menjadi punca kepada wujudnya pemikiran negatif. Walaupun tidak semua individu yang berdepan dengan masalah seperti di atas cenderung untuk mempunyai pemikiran negatif, terdapat sesetengah individu akan mengalami pemikiran negatif di kemudian hari.

    Hello Health Group tidak memberikan nasihat, diagnosis atau rawatan perubatan.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Muhamad Firdaus Rahim

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 04/11/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan