Keputusan Moral Berubah Bergantung Kepada Konteks

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 10/07/2020 . 3 minit bacaan
Share now

Apabila berkaitan isu penentuan keputusan moral, kita sering memikirkan mengenai golden rule: lakukan sesuatu kepada orang lain sepertimana yang anda harap mereka lakukan kepada anda. Namun, mengapa kita membuat keputusan sedemikian telah banyak kali dibahaskan. Adakah kita termotivasi oleh perasaan bersalah, di mana kita tidak mahu merasa buruk kerana membiarkan orang lain jatuh ke bawah? Atau dengan keadilan, di mana kita mahu mengelakkan hasil yang tidak sama?

Sesetengah individu mungkin bergantung kepada kedua-dua prinsip bersalah dan keadilan dan boleh menukar peraturan moral mereka bergantung kepada keadaan, menurut kajian bersama Radboud University dan Dartmouth College mengenai membuat keputusan moral dan kerjasama. Penemuan ini mencabar penyelidikan terdahulu dalam bidang ekonomi, psikologi dan neurosains, yang kerap didasarkan pada premis yang mana manusia dimotivasi oleh satu prinsip moral yang berterusan dari masa ke masa. Kajian tersebut diterbitkan baru-baru ini dalam jurnal Nature Communications.

Menurut salah seorang penyelidik, Jeroen van Baar yang juga merupakan penyelidik bersekutu pasca kedoktoran di Department of Cognitive, Lingustic and Psychological Sciences, Brown University, kajian mereka menunjukkan bahawa dengan tingkah laku moral, individu mungkin tidak selalu berpegang kepada golden rule. Walaupun kebanyakan individu cenderung memperlihatkan keprihatinan terhadap orang lain, individu lain mungkin menunjukkan apa yang kita sebut sebagai ‘opportunisme moral,’ di mana mereka masih ingin dilihat bermoral tetapi ingin memaksimumkan keuntungan mereka sendiri. Jeroen van Baar memulakan penyelidikan ini ketika dia merupakan sarjana pelawat di Dartmouth College dari Donders Institute of Brain, Cognition and Behavior di Radboud University.

Salah seorang penyelidik, Luke J. Chang menyatakan, dalam kehidupan seharian, kita mungkin tidak menyedari bahawa moral kita bergantung pada konteks kerana konteks kita cenderung untuk kekal sama setiap hari. Walau bagaimanapun, di bawah keadaan baharu, kita mungkin mendapati bahawa peraturan moral yang kita fikir kita akan sentiasa mengikutinya, sebenarnya agak mudah dan ini mempunyai kesan besar jika seseorang menganggap bagaimana tingkah laku moral kita boleh berubah di bawah konteks baharu.

Jenis-jenis strategi keputusan moral

Untuk mengkaji penentuan keputusan moral dalam konteks timbal balik, para penyelidik mencipta permainan kepercayaan yang diubah suai yang dikenali sebagai Hidden Multiplier Trust Game, yang membolehkan mereka mengklasifikasikan keputusan dalam kepercayaan yang bergantian sebagai fungsi strategi moral seseorang. Dengan kaedah ini, pasukan penyelidik dapat menentukan jenis strategi moral mana yang diambil oleh peserta kajian: keengganan ketidakadilan (di mana individu membalas kerana mereka ingin mencari keadilan dalam hasil), keengganan rasa bersalah (di mana individu membalas kerana mereka ingin mengelakkan perasaan bersalah), ketamakan, atau oportunisme moral (strategi baharu yang dikenal pasti oleh pasukan, di mana individu beralih antara keengganan ketidakadilan dan keengganan rasa bersalah bergantung kepada apa yang akan menjadi yang terbaik untuk kepentingan mereka). Para penyelidik juga membangunkan model strategi moral yang boleh dikira, yang boleh digunakan untuk menjelaskan bagaimana individu berkelakuan dalam permainan dan memeriksa corak aktiviti otak yang berkaitan dengan strategi moral.

Penemuan tersebut telah mendedahkan untuk pertama kalinya bahawa pola unik aktiviti otak mendasari strategi keengganan ketidakadilan dan keengganan rasa bersalah, walaupun strategi menghasilkan tingkah laku yang sama. Bagi para peserta yang bersifat oportunistik secara moral, penyelidik melihat bahawa corak otak mereka beralih antara dua strategi moral dalam konteks yang berbeza. Luke J. Chang menyatakan, keputusan mereka menunjukkan bahawa individu mungkin menggunakan prinsip moral yang berbeza untuk membuat keputusan mereka dan sesetengah individu lebih fleksibel dan akan menggunakan prinsip berbeza bergantung kepada keadaan. Ini mungkin menjelaskan mengapa orang yang kita minat dan hormati kadang-kadang melakukan perkara-perkara yang kita dapati secara moralnya tidak menyenangkan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"
    Rujukan