Adakah anda cuba untuk membina semula hubungan dengan suami? Jadi, apa kata anda cuba lakukan urutan seksi yang mudah dan menarik ini. Biasanya, ada sesetengah pasangan yang mengabaikan kira-kira 3/4 dari bahagian badan pasangan mereka.
Disemak secara perubatan oleh Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid · Dokter Umum · Hello Health Group
Adakah anda cuba untuk membina semula hubungan dengan suami? Jadi, apa kata anda cuba lakukan urutan seksi yang mudah dan menarik ini. Biasanya, ada sesetengah pasangan yang mengabaikan kira-kira 3/4 dari bahagian badan pasangan mereka.
Sedangkan urutan sensual menjadikan pasangan berpuas hati dengan satu sama lain, mengenal pasti bahagian tubuh pasangan anda yang tidak pernah dirasakan sebagai seksual. Sila baca artikel ini sehingga habis untuk melakukan atau mendapatkan urutan sensual.
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Seksual, sila dapatkannya di sini.
Untuk berjimak, katil yang lembut adalah pilihan yang terbaik, tetapi ruang urutan yang paling baik adalah keras, rata, dan stabil. Untuk lebih selesa, biarkan suami anda baring di atas tilam keras atau selimut dan letakkan bantal di bawah leher, pergelangan kaki dan lututnya.
Selain menjadikan tangan anda lebih panas dan lembut, minyak urut mengurangkan geseran dan menjadikan urutan lebih selesa dan mampu menghilangkan keletihan serta kekejangan otot suami anda.
Minyak wangi membuat pasangan anda mempunyai keinginan seks yang kuat, tetapi wangian yang kuat, seperti nilam, akan membuat sebaliknya.
Cuba sesuatu yang mempunyai sedikit aroma seperti melati dan panaskan botolnya di dalam semangkuk air panas.
Ikat rambut anda ke belakang dan gunakan pakaian yang ketat untuk mengurangkan gangguan.
Bagi mengelakkan suami anda menggigil, letakkan cadar di atas badannya (dedahkan hanya sebahagian badan yang anda sedang urut). Jika anda ingin mainkan muzik, pilih balada atau lagu yang berentak perlahan.
Jika anda tidak mempunyai masa yang banyak, tumpukan perhatian pada satu bahagian tubuhnya sahaja. Ia membolehkan si dia rasa lebih selesa berbanding mengurut seluruh badan.
Untuk memberi urutan yang hebat, perkara yang anda perlu tahu hanya beberapa langkah asas:
Anda boleh gunakan salah satu atau semua langkah ini bersama-sama dalam mana-mana urutan, bergantung kepada apa yang pasangan anda perlu dan bagaimana dia bertindak balas terhadap setiap sentuhan.
Cuba rutin yang mudah ini sebagai permulaan (tetapi sila tambah sentuhan peribadi anda sendiri). Biarkan suami anda pandang ke bawah.
Letakkan beberapa titik minyak di atas tangan anda dan urut di belakangnya. Seterusnya, uli punggung, paha dan bahagian betis. Kemudian akhiri urutan ini dengan membuat geseran pada tapak kaki.
Urutan seksi anda tidak perlu menjadi terlalu sempurna. Jadi, usah terlalu bimbang dengan teknik yang kami kongsikan ini.
Kualiti sentuhan anda adalah lebih penting daripada melakukannya dengan betul. Urutan adalah mengenai kehadiran emosi, menyentuh pasangan anda dengan ikhlas dan memberi perhatian terhadap reaksinya sendiri.
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen