Salah satu salah tanggapan salah mengenai personaliti ini adalah mereka tidak termotivasi untuk berjaya berbanding mereka yang mempunyai dorongan sosial. Sebenarnya mereka hanya didorong oleh faktor yang berbeza dan mengukur kejayaan dengan ukuran yang berbeza.
Otak individu introvert berbeza kerana sistem ganjarannya dipicu oleh rangsangan yang berbeza. Berbanding pengiktirafan dan peningkatan kedudukan kerjaya, pemimpin introvert mendapat lebih banyak kepuasan dengan mengekalkan produktiviti pasukan dan hasil kerja yang berkualiti tinggi.
2. Mereka membina hubungan yang lebih bermakna
Kerana didorong oleh kualiti dan produktiviti, mereka sering kelihatan terputus daripada orang lain, tidak dapat atau tidak mahu membina hubungan peribadi. Walau bagaimanapun, sepertimana motivasi mereka, hubungan yang dibina introvert mempunyai keutamaan yang berbeza.
Walaupun mereka mungkin tidak banyak bercakap dalam kumpulan besar, introvert sangat pandai membina hubungan yang lebih mendalam dan lebih bermakna dengan pekerja dan pelanggan mereka dalam persekitaran bersemuka secara individu. Pembentukan hubungan yang tulen ini menjadikan pemimpin yang introvert lebih ‘sekepala’ dengan setiap anggota pasukan berbanding seorang pemimpin yang extrovert.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen