Merokok Dan Kanser Paru-Paru

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 15/11/2019 . 2 minit bacaan
Share now

Merokok telah mencatatkan angka yang tinggi dalam kalangan rakyat negara Malaysia. Sebanyak 22.8 peratus rakyat Malaysia dilaporkan merokok pada tahun 2016 iaitu bersamaan 5 juta orang berumur 15 tahun ke atas.

Di peringkat Asia pula, Malaysia berada di kedudukan ke-7 paling banyak merokok dalam kalangan lelaki iaitu sebanyak 43 peratus.

Merokok adalah faktor risiko utama kanser paru-paru

Menurut Profesor Dr Liam Chong Kin, seorang Profesor Perubatan di Universiti Malaya berkata, 80 peratus daripada pesakit kanser paru-paru adalah perokok. Ini meletakkannya sebagai faktor risiko utama bagi penyakit berkenaan.

Bukan sahaja perokok, orang di sekeliling yang menyedut asap rokok (secondhand smoke) juga berisiko menghidap kanser paru-paru.

Kehadiran shisha, penapis rokok atau vape tidak memberikan perubahan yang besar. Meskipun ada dakwaan yang mengatakan bahawa vape adalah lebih selamat daripada rokok biasa, kenyataan tersebut sebenarnya adalah tidak berasas.

Rokok elektronik seperti vape kemungkinan lebih bahaya kerana kandungannya masih belum benar-benar dikenal pasti dan bermacam-macam jenis perisa boleh ditambah. Tambahan pula, kesan jangka masa panjangnya masih belum dapat dilihat kerana ia masih baru.

Berapa batang rokok dikira berisiko?

Apabila ditanya, Profesor Dr Liam Chong Kin yang merupakan Profesor Perubatan di Universiti Malaya berkata, “Bagi saya, sebatang rokok sehari sudah dikira berisiko. Kita tidak seharusnya menghirup selain daripada udara segar.”

Namun, menurut tahap risiko merokok terhadap kanser paru-paru kebiasaannya dikira menggunakan kaedah pack year atau tahun pek merokok.

Cara kiraan tahun pek merokok (pack year)

Seseorang dikira sebagai berisiko tinggi sekiranya merokok sebanyak 30 tahun pek merokok. Namun, sebarang asap rokok yang masuk ke dalam paru-paru anda boleh meningkatkan risiko kanser paru-paru.

Bagaimana merokok boleh menyebabkan kanser paru-paru?

Cara utama merokok menyebabkan kanser adalah dengan merosakkan DNA, termasuk genetik utama yang melindungi badan daripada kanser. Setiap orang mempunyai sel yang mengalami mutasi pada tahap-tahap yang berbeza. Jika mutasi ini tidak terkawal, ia boleh bertukar menjadi kanser.

Namun, terdapat genetik di dalam badan kita yang mampu mengelakkan mutasi ini daripada bertukar menjadi kanser. Merokok malah merosakkan lagi genetik ini menyebabkan risiko mendapat kanser, khsusunya kanser paru-paru lebih tinggi.

Antara bahan-bahan yang terbukti merosakkan DNA adalah benzene, polonium-210 dan nitrosamines.

Merokok boleh menyebabkan sekurang-kurangnya 10 jenis kanser

Merokok menyebabkan banyak kanser

Bukan sahaja kanser paru-paru, malah banyak lagi kanser lain yang boleh disebabkan oleh merokok. Bahan-bahan kimia dari asap rokok masuk ke dalam peredaran darah dan boleh pergi ke seluruh organ di dalam badan.

Oleh sebab itu, ia boleh menyebabkan banyak jenis kanser. Malah, banyak penyakit paru-paru lain juga boleh berlaku seperti penyakit pulmonari obstruktif kronik (COPD) dan penyakit paru-paru interstitial.

Berhenti merokok adalah langkah utama dalam mencegah kanser paru-paru

Seperti yang disebutkan di atas, 80 peratus daripada pesakit kanser paru-paru adalah perokok. Oleh itu, usaha berhenti merokok adalah pelaburan paling menguntungkan dalam mencegah kanser paru-paru.

Usaha ini perlu dijalankan di semua peringkat bermula daripada keluarga, masyarakat, negara dan peringkat global. Kempen, pendidikan di sekolah serta maklumat di media sosial harus diarusperdanakan agar setiap orang dapat mencapai maklumat ini.

Selain itu, ruang mendapatkan nasihat dan bantuan turut perlu disediakan untuk memastikan perokok tahu ke mana mereka harus pergi untuk melakukan perubahan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"
    Rujukan

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Ada Masalah Botak Dan Rambut Beruban? Jaga-jaga! Anda Mungkin Menghidap Sakit Jantung

    Sakit jantung adalah keadaan kesihatan yang menakutkan. Tabiat merokok, obesiti dan penyakit kronik boleh menyumbang kepada risiko penyakit jantung.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Lelaki 25/09/2020 . 3 minit bacaan

    Wanita Berisiko Sakit Kepala 2x Ganda Berbanding Lelaki? Ini Angkara Hormon Tak Seimbang!

    Tahukah anda, sakit kepala boleh dicetuskan oleh hormon yang tidak seimbang? Sebab itulah ada wanita yang sering pening kepala ketika datang bulan!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Kesihatan A-Z, Kesihatan A-Z 25/09/2020 . 4 minit bacaan

    Dari Rasa Lesu, Terus Jadi Segar! Ini Dia 8 Makanan Yang Akan Buat Anda Kekal Bertenaga

    Pernah tak berasa lesu walaupun baru selesai makan? Bukankah makanan penambah tenaga? Ini kerana makanan kita sering tinggi karbohidrat, terutamanya gula.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Gaya Hidup Sihat, Pemakanan 25/09/2020 . 3 minit bacaan

    Sudah 4 Minggu Hamil? Tahniah, Tapi Hati-hati, Ada 9 Makanan Ibu Tak Boleh Makan Awal Mengandung!

    Bagi seorang wanita mengandung, pemakanan adalah antara aspek penting yang perlu diberikan perhatian. Ini 9 makanan yang dilarang untuk ibu hamil 1 bulan.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Kehamilan, Penjagaan Ibu hamil 25/09/2020 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    sakit pada payudara selepas menopaus

    Risau Payudara Selalu Rasa Sakit Selepas Menopaus? 5 Perkara Ini Mungkin Puncanya

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 25/09/2020 . 3 minit bacaan
    tip keibubapaan

    Si Kecil Hiperaktif? Apa Kata Ibu Cuba 11 Tip Didikan Ini, Pasti Membantu!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 25/09/2020 . 3 minit bacaan
    kesan stres

    Tekanan Boleh Sebabkan Darah Beku? Bahaya Ini! Jangan Selalu Stres Stres Okay!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Diterbitkan pada 25/09/2020 . 3 minit bacaan
    tips senaman

    Perut Rasa Kejang & Sakit Ketika Berlari? Cuba Lakukan 5 Tip Untuk Elak Masalah Ini

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Diterbitkan pada 25/09/2020 . 3 minit bacaan