backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan

1

Tanya Doktor
Simpan

Usah Risau, Pesakit Talasemia Boleh Kekal Sihat! Ikuti 5 Tip Ini Untuk Kawal Penyakit Anda!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Fatin Zahra · Disemak pada 07/11/2022

    Usah Risau, Pesakit Talasemia Boleh Kekal Sihat! Ikuti 5 Tip Ini Untuk Kawal Penyakit Anda!

    Penyakit thalasemia merupakan satu kondisi yang mempengaruhi pembentukan hemoglobin dalam darah. Keadaan kekurangan hemoglobin ini boleh menyebabkan pesakit talasemia menghidap anemia dan sukar untuk kekal sihat.

    Ini akan mengakibatkan pesakit rasa penat, lemah dan sesak nafas.

    Jika anda ingin tahu lebih lanjut mengenai talasemia, mari ikuti penerangan kami dalam artikel di bawah:

    Untuk mendapatkan lebih banyak info berkenaan Gangguan Darah, anda boleh klik di sini.

    5 Tip untuk kawal penyakit thalasemia

    Ada dua jenis talasemia yang anda perlu tahu:

    • Alpha talasemia: Gen protein alpha globin hilang atau bermutasi
    • Beta talasemia: Kerosakan pada gen yang mempengaruhi pembuatan protein beta globin.

    Pesakit yang mewarisi gen talasemia daripada kedua-dua orang ibu bapa akan menghidap talasemia major. 

    Jika pesakit hanya mendapat gen penyakit ini daripada ibu ataupun bapa, talasemia yang dihidapi ialah talasemia minor.

    Disebabkan penyakit ini merupakan penyakit keturunan, sukar untuk anda mengelak daripada menghidap talasemia jika ibu bapa anda juga menghidap penyakit yang sama.

    Namun, pesakit talasemia boleh hidup dengan sihat seperti orang lain jika mereka boleh mengurus penyakit mereka dengan baik.

    Sebagai contoh, pesakit talasemia boleh mengambil vaksin, makan makanan yang berkhasiat, dan bersenam untuk mengurangkan kesan sampingan yang dialami. 

    1. Penghidap penyakit thalasemia perlu ambil vaksinasi

    penyakit thalasemia

    Vaksinasi merupakan salah satu langkah yang boleh pesakit talasemia ambil untuk mencegah pelbagai jenis jangkitan.

    Individu yang menghidap talasemia perlulah mengambil vaksin yang disarankan seperti vaksin HPV, BCG, hepatitis A, hepatitis B dan lain-lain, termasuklah vaksinasi untuk virus demam selesema.

    Pesakit talasemia yang mempunyai risiko tinggi untuk beberapa jenis jangkitan perlu melakukan vaksinasi mengikut jadual, lebih-lebih lagi pesakit talasemia yang telah menjalani pembedahan untuk membuang organ limpa (splenectomy).

    Sebagai contoh, mereka patut mengambil vaksin:

    1. Haemophilus influenzae type b (Hib).
    2. Pneumococcal vaccines.
    3. Meningococcal vaccines.

    Penghidap penyakit thalasemia yang telah melakukan splenectomy juga perlu sentiasa membawa antibiotik ke mana sahaja mereka pergi. Antibiotik ini penting jika pesakit perlukan ubat segera jika mengalami demam ataupun gigitan binatang.

    Baca juga:

    2. Amalkan diet rendah zat besi

    Pesakit talasemia mungkin perlu amalkan diet kurang zat besi. Sebagai contoh, zat besi banyak terkandung dalam makanan seperti daging merah, ikan dan beberapa jenis sayur-sayuran seperti bayam.

    Selain itu, elakkan juga makanan yang boleh mengganggu penyerapan zat besi seperti produk tenusu, teh (seperti teh hitam), kopi, dan produk berasaskan soya.

    Mengikut standard penjagaan pesakit talasemia oleh Children’s Hospital & Research Center, Oakland:

    1. Pesakit thalasemia yang tidak melakukan transfusi digalakkan untuk mengamalkan pemakanan yang rendah zat besi.
    2. Pesakit yang melakukan transfusi pula tidak perlu mengamalkan diet rendah zat besi. Diet sebegini tidak perlu dan mungkin akan mengurangkan kualiti hidup pesakit.

    Oleh itu, individu yang menghidap talasemia perlulah berbincang dengan doktor sama ada mereka perlu kurangkan jumlah zat besi dalam diet harian ataupun tidak. Semua ini bergantung kepada keadaan pesakit talasemia. 

    3. Pilih makanan kaya dengan kalsium dan vitamin D

    penyakit thalasemia

    Pesakit talasemia digalakkan untuk mengamalkan diet yang mengandungi kalsium dan vitamin D yang mencukupi. Sebagai contoh, pesakit boleh lebihkan makanan seperti susu, keju, dan kubis keriting (kale) dalam diet seharian.

    Selain itu, pesakit juga boleh memilih makanan yang diperkaya dengan vitamin D seperti susu, salmon dan sardin.

    Walau bagaimanapun, sukar untuk penghidap thalasemia mendapat vitamin D yang secukupnya melalui pemakanan. Oleh itu, pesakit talasemia mungkin perlukan suplemen tambahan untuk mendapatkan vitamin D yang mencukupi. 

    4. Lakukan senaman untuk cegah penyakit thalasemia

    Walaupun individu yang menghidap talasemia sukar untuk melakukan senaman berat, pesakit masih boleh lakukan senaman yang lebih ringan seperti berbasikal, berjoging dan berjalan.

    Selain itu, pesakit talasemia yang mengalami masalah sendi pula boleh lakukan senaman lain seperti yoga ataupun berenang.

    Tidak ada sebab yang menghalang pesakit talasemia daripada melakukan aktiviti fizikal. 

    Namun, pesakit yang mempunyai masalah kesihatan lain seperti sakit jantung ataupun osteoporosis perlulah lebih berhati-hati ketika bersenam.

    5. Hubungan sihat kurangkan tekanan perasaan 

    Semua orang memerlukan hubungan yang sihat tidak kiralah bersama pasangan, ahli keluarga ataupun rakan sekerja.

    Penghidap penyakit thalasemia dapat menghadapi kondisi mereka dengan lebih mudah jika dibantu oleh rakan-rakan dan ahli keluarga. 

    Mereka juga lebih mudah untuk mengatasi tekanan perasaan jika dikelilingi oleh ahli keluarga yang sentiasa menyokong mereka.

    Selain itu, pesakit talasemia juga tidak perlu takut untuk menjalankan hubungan romantik.

    Walau bagaimanapun, jika anda mempunyai talasemia, pastikan anda berbincang terlebih dahulu bersama pasangan sebelum anda ingin melangkah ke fasa yang seterusnya.

    Anda dan pasangan mungkin perlu berjumpa dengan doktor ataupun kaunselor supaya anda faham dan jelas akan risiko yang mungkin akan dihadapi jika anda merancang untuk mempunyai anak.

    Penyakit thalasemia bukan halangan

    penyakit thalasemia

    Talasemia merupakan sejenis penyakit yang boleh dikawal jika pesakit ataupun ahli keluarga arif dan berpengetahuan tentang penyakit yang dialami. 

    Walaupun penyakit thalasemia tidak boleh dirawat, anda boleh mengawal penyakit ini supaya anda boleh menjalani kehidupan yang berkualiti.

    Pesakit talasemia perlulah mengikuti pelan rawatan sebaik mungkin. 

    Lakukan transfusi darah mengikut kekerapan yang dicadangkan oleh doktor. 

    Selain itu, jangan lupa untuk ambil ubat penyingkiran zat besi (iron chelation medicine) ataupun suplemen asid folik.

    Paling penting, pesakit perlulah makan makanan yang sihat dan kekal hidrat. Basuh tangan dengan kerap untuk kurangkan risiko jangkitan. 

    Jika anda menghadapi apa-apa masalah kesihatan, jangan bertangguh untuk berhubung dengan doktor anda.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Muhamad Firdaus Rahim

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Fatin Zahra · Disemak pada 07/11/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan