backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan
Tanya Doktor
Simpan
Senarai kandungan

Pivalone Neomycin

Fakta Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel


Ditulis oleh Nurafidah Samsuir · Disemak pada 19/12/2019

Kegunaan

Apa kegunaan Pivalone Neomycin ?

Pivalone neomycin biasanya digunakan untuk merawat keradangan pada selaput lendir yang terdapat pada hidung,termasuklah alahan rhinitis, rhinitis bermusim, akut kongestif rhinitis, kronik kongestif rhinitis, dan vasomotor rhinitis iaitu keradangan bukan disebabkan alahan.

Bagaimanakah kegunaan Pivalone Neomycin?

Ubat ini boleh diambil dengan perut yang penuh atau ketika kosong.

Bagaimana saya menyimpan Pivalone Neomycin?

Pivalone neomycin paling baik disimpan pada suhu bilik dari cahaya langsung dan kelembapan. Untuk mengelakkan kerosakan ubat, anda tidak boleh menyimpan pivalone neomycin di bilik mandi atau peti sejuk. Mungkin ada jenama pivalone neomycin yang berbeza yang mungkin mempunyai keperluan penyimpanan yang berlainan. Adalah penting untuk sentiasa menyemak pakej produk untuk arahan mengenai penyimpanan, atau boleh bertanya kepada ahli farmasi anda. Untuk keselamatan, anda perlu menyimpan semua ubat dari kanak-kanak dan binatang peliharaan.Anda tidak boleh membuang pivalone neomycin ke tandas atau tuangkannya ke dalam longkang kecuali diarahkan untuk berbuat demikian. Adalah penting untuk membuang produk ini dengan betul apabila ia tamat tempoh atau tidak lagi diperlukan. Rujuk ahli farmasi anda untuk maklumat lanjut tentang cara membuang produk anda dengan selamat.

Langkah berjaga-jaga & Amaran

Apakah yang perlu saya tahu sebelum menggunakan Pivalone Neomycin?

Sebelum mengambil pivalone neomycin sila beritahu doktor anda jika:

  • Anda mengandung atau menyusu badan. Ini kerana, semasa anda mengandung atau menyusukan bayi, anda hanya perlu mengambil ubat-ubatan atas cadangan doktor.
  • Anda ada mengambil sebarang ubat lain. Ini termasuk ubatan yang anda ambil yang boleh didapati tanpa preskripsi, seperti ubat-ubatan herba dan supplement.
  • Anda mempunyai alahan dengan bahan aktif atau tidak aktif pivalone neomycin atau ubat-ubatan lain.
  • Anda mempunyai sebarang penyakit, gangguan, atau keadaan perubatan yang lain.
  • Anda ada epistaks atau pendarahan dari hidung.

Boleh digunakan selepas meniup dengan berhati-hati atau untuk membersihkan hidung.

Sekiranya ada tanda-tanda jangkitan bakteria sistematik, rawatan dengan menggunakan antibiotik sistematik mesti dipertimbangkan.

Terjadinya epidural lipomatosis, central serous chorioretinopathy dan krisis pheochromocytoma juga dikaitkan dengan pengawalan kortikosteroid sistemik. Pengawalan jangka masa panjang rumusan kortikosteroid yang tersedut atau topikal turut juga berkait dengan kesan sistemik yang berpotensi ini.

Pivalone neomycin tidak menjejaskan keupayaan untuk memandu atau menggunakan mesin.

Kewujudan jangkitan virus atau kulat semasa rawatan dan kewujudan jangkitan setempat yang penting.

Adakah selamat untuk mengambil Pivalone Neomycin semasa mengandung atau menyusukan bayi?

Tiada kajian yang mencukupi tentang keselamatan menggunakan ubat ini semasa hamil dan menyusukan bayi. Sila sentiasa berunding dengan doktor anda untuk melihat potensi manfaat dan risiko sebelum mengambil oxamniquine. Pivalone neomycin adalah dalam kategori risiko kehamilan D, menurut Pentadbiran Makanan dan Dadah Amerika Syarikat (FDA).

Rujukan kategori berisiko berdasarkan FDA adalah seperti berikut:

  • A = Tiada risiko
  • B = Tiada risiko dalam beberapa kajian
  • C = Mungkin ada risiko
  • D = Bukti risiko positif
  • X = Contraindicated
  • X = Tidak diketahui

Kesan Sampingan

Apakah kesan sampingan Pivalone Neomycin?

Reaksi intoleransi setempat (kesemutan) boleh berlaku ketika rawatan awal.

Beberapa reaksi setempat samaada mukosa hidung yang kering, atau sejenis alahan (edema pada kulit muka yang luar biasa iaitu angioedema pembengkakan pada lapisan tisu yang paling bawah) telah dilaporkan.

Tidak semua orang mengalami kesan sampingan ini. Mungkin terdapat beberapa kesan sampingan yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan mengenai kesan sampingan di atas, sila berjumpa doktor atau ahli farmasi anda.

Tindakbalas

Apakah ubat yang mempunyai tindak balas Pivalone Neomycin?

Pivalone neomycin mempunyai tindakbalas dengan ubat lain yang anda ambil, di mana ia boleh mempengaruhi prestasi atau meningkatkan risiko kepada kesan sampingan yang lebih serius. Untuk mengelakkan sebarang tindakbalas, anda harus menyimpan senarai nama ubat yang anda guna (termasuk ubat yang mendapat preskripsi, tidak berpreskripsi dan produk-produk herba lain) dan kongsikannya bersama doktor dan ahli farmasi. Untuk keselamatan anda, jangan mula menggunakan, berhenti atau mengubah dos ubat anda tanpa sebarang kebenaran daripada doktor anda.

Adakah makanan atau alkohol bertindak balas Pivalone Neomycin?

Pivalone neomycin mungkin mempunyai tindakbalas dengan makanan dan alkohol dengan mengubah cara ia berfungsi ataupun meningkat kesan sampingan yang serius. Sila bertanya kepada doktor atau ahli farmasi tentang makanan dan minuman beralkohol yang berpotensi mengakibatkan tindakbalas sebelum menggunakannya.

Apakah masalah kesihatan yang mungkin bertindak balas dengan Pivalone Neomycin?

Pivalone neomycin mungkin bertindakbalas dengan keadaan kesihatan anda. Tindakbalas ini akan mengakibatkan keadaan anda semakin teruk atau mengubah cara ubat ini berfungsi. Sangat penting untuk anda memberitahu doktor dan ahli farmasi mengenai keadaan kesihatan anda sekarang.

Penggunaan / Dos

Maklumat yang diberikan tidak menggantikan nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor atau ahli farmasi anda sebelum menggunakan ubat ini.

Apakah dos Pivalone Neomycin yang disyorkan untuk dewasa?

1 hingga 2 semburan atau pengewapan di setiap lubang hidung dalam 2 sehingga 4 kali sehari. Jangan melebihi dos yang ditetapkan.

Apakah dos Pivalone Neomycin yang disyorkan untuk kanak-kanak?

Dos untuk pesakit kanak-kanak tidak di buat. Di sebabkan ia mungkin tidak selamat untuk digunakan pada anak anda. Adalah lebih penting untuk memahami sepenuhnya keselamatan ubat ini sebelum menggunakannya. Sila berunding dengan doktor atau ahli farmasi untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Apakah bentuk penyediaan Pivalone Neomycin

Pivalone neomycin boleh didapati dalam bentuk dan kekuatan dos yang berikut:

  • Pivalone suspension neomycin nasal (dos 100 mg) 10 mL. Setiap mL mengandungi tixocortol pivalate 1 g dan N-cetylpyridinium chlodire 0.02 g.

Apakah yang perlu saya lakukan jika berlakunya kecemasan atau terlebih dos?

Jika terdapat kecemasan atau berlaku pengambilan dos berlebihan, sila hubungi perkhidmatan kecemasan atau terus pergi ke unit kecemasan di hospital yang berdekatan anda.

Apakah yang perlu saya lakukan jika terlepas dos?

Jika anda terlepas dos pivalone neomycin, sila ambil dengan segera. Walaubagaimanapun, jika sudah hampir masa untuk dos yang berikutnya, anda boleh abaikan dos yang terlepas dan sambil dos yang ditetapkan seperti biasa. Jangan mengambil dos dengan dua kali ganda sebagai ganti.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Fakta Disemak oleh

Hello Doktor Medical Panel


Ditulis oleh Nurafidah Samsuir · Disemak pada 19/12/2019

advertisement iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

advertisement iconIklan
advertisement iconIklan