backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan
Tanya Doktor
Simpan
Senarai kandungan

Ketasma

Fakta Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel


Ditulis oleh Nur Lyna Alfira Jamal Mohamed · Disemak pada 19/12/2019

Kegunaan

Apa kegunaan Ketasma® (ketotifen)?

Ketasma® biasanya digunakan untuk mengubati asma bronkial atau menghalang serangan asma, terutama pada kanak-kanak yang mempunyai asma atopik yang ringan.

Ia juga digunakan untuk merawat reaksi alergik seperti alergik rinitis dan konjunktivitis, juga boleh melegakan simptom-simptom, contohnya, kesesakan hidung, hidung gatal yang berair, bersin, mata berair dan gatal, merah, serta bengkak.

Bagaimanakah kegunaan Ketasma® (ketotifen)?

Ketasma®  adalah dalam bentuk tablet dan diambil mengikut dos dan tempoh seperti yang diarahkan oleh doktor yang merawat. Ia diambil secara oral bersama segelas air atau makanan.

Anda harus melihat perubahan ketara dalam tempoh 4-6 minggu dan bergantung kepada cadangan doktor anda samada untuk terus mengambil ubat ini selama tempoh 2-3 bulan.

Bagaimana saya menyimpan Ketasma® (ketotifen)?

Ketasma®  paling baik disimpan pada suhu bilik jauh dari cahaya matahari langsung dan kelembapan. Untuk mengelakkan ubat daripada rosak, elakkan daripada menyimpan Ketasma®  di bilik mandi atau penyejuk beku. Mungkin ada jenama Ketasma® yang berbeza yang mungkin mempunyai keperluan penyimpanan yang berlainan. Adalah penting untuk sentiasa menyemak pakej produk untuk arahan mengenai penyimpanan, atau boleh bertanya kepada ahli farmasi anda. Untuk keselamatan, anda perlu menyimpan semua ubat jauh dari kanak-kanak dan haiwan peliharaan.

Anda tidak boleh membuang Ketasma® ke tandas atau tuangkannya ke dalam longkang kecuali diarahkan untuk berbuat demikian. Adalah penting untuk membuang produk ini dengan betul apabila ia tamat tempoh atau tidak lagi diperlukan. Rujuk ahli farmasi anda untuk maklumat lanjut tentang cara membuang produk anda dengan selamat.

Langkah berjaga-jaga & Amaran

Apakah yang perlu saya tahu sebelum menggunakan Ketasma® (ketotifen)?

Sebelum menggunakan ubat ini, beritahu doktor tentang sejarah perubatan anda, termasuk alahan (terutama alahan ubat-ubatan).

Pengambilan alkohol perlu dihadkan untuk mengelak  kesan sampingan yang mungkin memburukkan keadaan.

Awas ketika melaksanakan tugas yang memerlukan kewaspadaan (contohnya, memandu).

Pengurangan dos mesti dilakukan dengan teliti di bawah penyeliaan doktor atau ahli farmasi.

Adakah selamat untuk mengambil Ketasma® (ketotifen) semasa mengandung atau menyusukan bayi?

Tidak ada kajian yang mencukupi bagi menentukan risiko menggunakan Ketasma®  semasa hamil atau menyusukan bayi. Sila sentiasa berunding dengan doktor anda untuk melihat potensi manfaat dan risiko sebelum mengambil ubat ini.  Ubat ini tergolong dalam kategori risiko kehamilan C, menurut Pentadbiran Makanan dan Dadah Amerika Syarikat (FDA).

Kategori risiko kehamilan FDA adalah seperti rujukan di bawah:

A = Tiada risiko

B = Tiada risiko dalam beberapa kajian

C = Mungkin ada risiko

D = Risiko positif

X = Kontraindikasi

N = Tidak diketahui

Kesan Sampingan

Apakah kesan sampingan Ketasma® (ketotifen)?

Mengantuk, pening, masalah tidur atau selesema boleh berlaku. Jika ini berterusan atau bertambah teruk, beritahu doktor anda.

Hubungi doktor anda dengan segera jika anda melihat beberapa kesan sampingan yang tidak mungkin, seperti:

  •         Penambahan berat badan yang luar biasa
  •         Kesakitan perut
  •         Ruam
  •         Pendarahan luar biasa atau lebam
  •         Keresahan yang melampau
  •         Keceriaan atau kegelisahan yang luar biasa

Tidak semua orang mengalami kesan sampingan ini. Mungkin terdapat beberapa kesan sampingan yang tidak disenaraikan. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan mengenai kesan sampingan, sila berjumpa dengan doktor atau ahli farmasi anda.

Tindakbalas

Apakah ubat yang mempunyai tindak balas Ketasma® (ketotifen)?

Ketasma®  mudah bertindakbalas dengan ubat-ubatan lain jika diambil bersama. Ia boleh mengubah cara ubat berfungsi atau mendedahkan anda pada risiko kesan sampingan yang serius. Untuk mengelakkan sebarang tindakbalas yang memudaratkan, anda harus merujuk kepada doktor atau ahli farmasi tentang risiko gabungan  ubat yang diambil (termasuk ubat preskripsi, ubat tanpa preskripsi, dan produk herba). Untuk keselamatan anda, jangan mulakan, berhenti atau ubah dos sebarang ubat tanpa kelulusan doktor anda.

Ubat yang boleh menyebabkan tindak balas yang serius dengan Ketasma® adalah ubat antidiabetik oral, yang boleh menyebabkan trombositopenia dan mengantuk.

Adakah makanan atau alkohol bertindak balas Ketasma® (ketotifen)?

Ketasma® boleh bertindakbalas dengan makanan atau alcohol samada ia dengan mengubah cara ubat tersebut berfungsi atau meningkatkan risiko kesan sampingan yang serius. Sila dapatkan nasihat doktor atau ahli farmasi tentang makanan atau minuman beralkohol yang berpotensi mengakibatkan tindakbalas sebelum menggunakan ubat ini.

Apakah masalah kesihatan yang mungkin bertindak balas dengan Ketasma® (ketotifen)?

Ketasma® boleh berinteraksi dengan keadaan kesihatan anda. Interaksi ini boleh mengubah cara ubat tersebut berfungsi atau memperburuk lagi keadaan kesihatan anda.  Adalah penting untuk sentiasa membiarkan doktor dan ahli farmasi anda tahu keadaan sebenar kesihatan sebelum mengambil ubat ini.

Penggunaan / Dos

Maklumat yang diberikan tidak menggantikan nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor atau ahli farmasi anda sebelum menggunakan ubat ini.

Apakah dos Ketasma® (ketotifen) yang disyorkan untuk dewasa?

Ambil tablet Ketasma® 1mg dua kali sehari.

Anda harus terus mengambil selama 2-3 bulan, bergantung kepada cadangan doktor anda.

Apakah dos Ketasma® (ketotifen) yang disyorkan untuk kanak-kanak?

Ambil tablet Ketasma® 1mg dua kali sehari.

Anda harus terus mengambil selama 2-3 bulan, bergantung kepada cadangan doktor anda.

Apakah bentuk penyediaan Ketasma® (ketotifen)?

Ketasma® boleh didapati dalam bentuk dan kekuatan dos berikut:

Tablet Ketasma® 1mg

Apakah yang perlu saya lakukan jika berlakunya kecemasan atau terlebih dos?

Jika terdapat kecemasan atau berlaku terlebih dos, sila hubungi perkhidmatan kecemasan atau pergi terus ke unit kecemasan di hospital yang terdekat.

Apakah yang perlu saya lakukan jika terlepas dos?

Jika anda terlepas atau terlupa mengambil dos  Ketasma® (ketotifen) sila ambil ubat ini dengan kadar segera. Walau bagaimanapun, jika ia sudah hampir melebihi separuh masa dos sehingga dos yang baru, anda boleh abaikan dos yang terlepas dan sila ambil dos yang ditetapkan seperti biasa. Jangan ambil dos dua kali ganda sebagai ganti.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Fakta Disemak oleh

Hello Doktor Medical Panel


Ditulis oleh Nur Lyna Alfira Jamal Mohamed · Disemak pada 19/12/2019

advertisement iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

advertisement iconIklan
advertisement iconIklan